03/12/2018
Khasiat Dan Kelebihan Buah Avokado
1. Mengawal Tekanan Darah
-Avokado merupakan sumber besar kalsium, yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2. Menggalakkan Kesihatan Mata
-Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
3. Melindungi Daripada Kanser
-Banyak kajian yang telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4. Menyembuhkan Nafas Berbau
-Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5. Ciri-ciri Anti-Penuaan
-Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu mengingkatkan sistem imun, melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
6. Penjagaan Kulit
-Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaan untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
7. Mengekalkan Kesihatan Jantung
-Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik, yang membantu mengawal tahap homocysteine. Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandung vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
8. Vitamin E Powerhouse
-Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.
9. Mengandungi Banyak Vitamin
-Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflabin, C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.
Banyakkan khasiat buah Avokado ini. Jom kongsikan aritkel ini agar semua orang peka akan kelebihan buah yang banyak khasiat ini.
Produk yg kami ada
-Minuman Avokado Coklat
-Avokado Fiber Detox
-Serbuk Avokado