26/10/2021
Mengubat org yg ada gangguan bukanlah perkara yg boleh dipandang ringan. Kes2 sebegini adalah berat bagi perawat.
Berapa ramai perawat yg terkena "serangan'. Kerana itu menjadi perawat yg jitu sangat2 susah. Perlukan disiplin yg tinggi. Tawakkal kepada Allah SWT semata-mata.
Sebab itu ramai perawat menarik diri jika mereka sendiri terkesan dengan serangan balas dari makhluk halus tersebut. Apabila hijab terbuka, antara kita dan dia akan berseteru. Serang hendap pasti berlaku.
Maka, jangan anggap perawat hanya baca2 doa.. Senang.. Guna air liur sahaja..
Perawat perlu merawat org yg terkena gangguan, sambil itu kena berdoa agar serangan tidak terkena kepada mereka dan anak isteri mereka..
Bagi saya sendiri, saya tidak berminat menjadi perawat alam mistik ini. Kesan risiko terlalu besar. Namun kerana Ianya kewajipan membantu sesama insan, kerana Allah telah memberi ilmu ini, maka saya gagahkan diri agar terus berjuang.
Bukan sekadar sembang tepi jalan.. Bukan sekadar menulis di FB.. Tetapi yg telah melalui Jalan ini akan tahu liku2 perjalanannya..
Wallahualam