JMB Villa Tropika Apartment

JMB Villa Tropika Apartment VILLA TROPIKA APARTMENT

Pendedahan kitar semula perlu bermula sejak kecil, kerana tangan kecil hari ini membentuk bumi yang lebih hijau esok.
01/12/2025

Pendedahan kitar semula perlu bermula sejak kecil, kerana tangan kecil hari ini membentuk bumi yang lebih hijau esok.

Alhamdulillah, aktiviti bersama penduduk VTA semalam berjalan dengan begitu meriah!Dari Misi 3R, Teka Minyak, Kuiz Cabar...
01/12/2025

Alhamdulillah, aktiviti bersama penduduk VTA semalam berjalan dengan begitu meriah!

Dari Misi 3R, Teka Minyak, Kuiz Cabaran Eko hingga ke Pengembaraan Maze Eko, semuanya penuh gelak tawa, ilmu dan semangat menjaga alam.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Hj. Mazwan yang sudi hadir dan menyempurnakan penyerahan hadiah kepada pemenang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan usaha hijau ini! 🌿

Terima kasih semua! Perasmian Pusat Kitar Semula Villa Tropika oleh Hj Mazwan Johar (Penyelaras Dun N.26 Sungai Ramal se...
01/12/2025

Terima kasih semua! Perasmian Pusat Kitar Semula Villa Tropika oleh Hj Mazwan Johar (Penyelaras Dun N.26 Sungai Ramal semalam berlangsung dengan penuh meriah. Komitmen anda menjadikan program ini satu kejayaan.

Komuniti yang hebat bukan diukur pada besarnya majlis, tetapi pada sekecil-kecil usaha yang dilakukan bersama.

Assalamualikum dan salam sejahtera,Perasmian Sejati MadaniTarikh : 30/11/2025 (Ahad)Tempat : Dewan Serbaguna VTAAktiviti...
27/11/2025

Assalamualikum dan salam sejahtera,

Perasmian Sejati Madani
Tarikh : 30/11/2025 (Ahad)
Tempat : Dewan Serbaguna VTA

Aktiviti :
9.00 am : Sarapan Pagi
9.30 am : Aktiviti Penduduk - Mini Treasure Hunt
10.30 am : Majlis perasmian Sejati Madani

MINI TREASURE HUNT : (Open Berpasangan, 1 kumpulan 2 org) (kanak-kanak dan remaja digalakkan menyertai)

Semua Dijemput Hadir.

Program Santai sihat 11/10/2025
20/11/2025

Program Santai sihat

11/10/2025

Di apartment ini, kita datang dari latar belakang berbeza, jadual berbeza, cara hidup berbeza. Namun satu perkara yang m...
15/11/2025

Di apartment ini, kita datang dari latar belakang berbeza, jadual berbeza, cara hidup berbeza. Namun satu perkara yang mampu menyatukan kita adalah sikap hormat.

Hormat pada hak jiran, hormat pada ruang bersama, hormat pada peraturan yang dibuat demi kebaikan semua. Bila kita saling menghormati, suasana jadi lebih tenang, kemudahan dapat dijaga, keselamatan lebih terjamin dan hubungan kejiranan terasa lebih akrab.

Apartment bukan sekadar tempat tinggal, ia adalah komuniti yang kita bina setiap hari melalui tindakan kecil yang penuh kesedaran.

Mari teruskan budaya positif ini, kerana komuniti yang harmoni bukan lahir daripada yang paling lantang, tetapi daripada mereka yang paling menghormati. ❤️

AlhamdulillahSelesai program Satu Hari Sejuta Ukhuwah bersama komuniti di Villa Tropika Apartment. Seumur hidup rasa keb...
15/11/2025

Alhamdulillah
Selesai program Satu Hari Sejuta Ukhuwah bersama komuniti di Villa Tropika Apartment. Seumur hidup rasa kebersamaan. Semoga Villa Tropika terus melangkah sihat & bergerak maju. 💪🏻

Tarikh : 8 November 2025
Aktiviti : Brisk Walk, Senamrobik & Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)

Terima kasih semua yang menjayakannya 🤗

NOTIS PEMBERITAHUANKepada   :  Semua Pemilik/Penyewa/PenghuniSubjek  :  Servis Kawalan Serangga Perosak BulananTarikh  :...
11/11/2025

NOTIS PEMBERITAHUAN
Kepada : Semua Pemilik/Penyewa/Penghuni
Subjek : Servis Kawalan Serangga Perosak Bulanan
Tarikh : 11/11/2025
___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Untuk Makluman Penduduk Pangsapuri Villa Tropika :

-Servis bulanan-
Pada 13 November 2025 (Khamis) bermula dari 5.00 petang hingga ke 7.30 petang akan diadakan servis kawalan serangga termasuk 'fogging' dan ‘manholes treatment’.

Penduduk disarankan untuk menutup tingkap semasa proses 'fogging' bagi mengelakkan nyamuk dari luar masuk ke dalam unit untuk bersembunyi. Dan penduduk digalakkan menyembur ubat nyamuk di dalam unit masing-masing dan memastikan tiada kawasan takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan jentik-jentik sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Pihak Pengurusan
Tarikh : 11 November 2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :Semua penduduk dijemput hadir utk Hari Bersama Penduduk Tarikh : 8/11/2025 ...
06/11/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :

Semua penduduk dijemput hadir utk Hari Bersama Penduduk

Tarikh : 8/11/2025 (Sabtu)
Tempat : Dewan, Villa tropika
Masa: 7.30 pg - 11 pg

TAWARAN TENDER__________________________________________________________________Projek: Penggantian Tangki Air Baharu di...
06/11/2025

TAWARAN TENDER
__________________________________________________________________
Projek: Penggantian Tangki Air Baharu di Pangsapuri Villa Tropika,
Sg Tangkas, Kajang, Selangor.

Ditawarkan oleh: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Villa Tropika
Tarikh: 5 November 2025
A. SURAT JEMPUTAN TENDER

BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI VILLA TROPIKA
No.Tender: VTA/JMC/WT/2025-01

Tuan/Puan,

TENDER BAGI KERJA PENGGANTIAN TANGKI AIR BAHARU DI PANGSAPURI VILLA TROPIKA APARTMENT, SG. TANGKAS, KAJANG, SELANGOR.
Dengan ini pihak kami menjemput kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dan SSM serta mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pemasangan sistem tangki air untuk mengemukakan tawaran bagi projek di atas.

Tarikh Tawaran Dibuka : 5 November 2025 (Rabu)
Tarikh Lawatan Tapak : 12 November 2025 (Rabu) jam 10 pagi
Tarikh Tawaran Ditutup : 21 November 2025 (Rabu) jam 12.00 tengah hari.
Dokumen tender boleh diperolehi di pejabat pengurusan bangunan dengan bayaran RM 50.00

Sekian, terima kasih.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 03-89280262 / 010-3052694

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :Semua penduduk dijemput hadir utk aktiviti bersama penduduk : Sihat Santai ...
08/10/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :

Semua penduduk dijemput hadir utk aktiviti bersama penduduk : Sihat Santai

Tarikh : 11/10/2025 (Sabtu)
Tempat : Taman Permainan VTA

Untuk detail pertandingan akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Semua Penduduk dijemput hadir.

NOTIS PEMBERITAHUANKepada   :  Semua Pemilik/Penyewa/PenghuniSubjek  :  Servis Kawalan Serangga Perosak BulananTarikh  :...
08/10/2025

NOTIS PEMBERITAHUAN
Kepada : Semua Pemilik/Penyewa/Penghuni
Subjek : Servis Kawalan Serangga Perosak Bulanan
Tarikh : 8/10/2025
___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera,

Untuk Makluman Penduduk Pangsapuri Villa Tropika :

-Servis bulanan-
Pada 9 Oktober 2025 (Khamis) bermula dari 5.00 petang hingga ke 7.30 petang akan diadakan servis kawalan serangga termasuk 'fogging' dan ‘manholes treatment’.

Penduduk disarankan untuk menutup tingkap semasa proses 'fogging' bagi mengelakkan nyamuk dari luar masuk ke dalam unit untuk bersembunyi. Dan penduduk digalakkan menyembur ubat nyamuk di dalam unit masing-masing sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Pihak Pengurusan

Tarikh : 8 Oktober 2025

Address

Villa Tropika Apartment, Taman Villa Tropika
Kajang
43000

Telephone

03-89280262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JMB Villa Tropika Apartment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to JMB Villa Tropika Apartment:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram