Syifa Acupuncture Treatment

Syifa Acupuncture Treatment Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Syifa Acupuncture Treatment, Kajang.

Kepakaran saya adalah membantu semua lapisan masyarakat menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi melalui kaedah rawatan komplementari seperti akupuntur, bekam, herba, dan sebagainya dengan cara professional, selamat dan berkesan

04/01/2026

Pesakit yang telah mengambil ubat pencair darah seperti Aspirin, Warfarin, jangan sewenang-wenang diberi herba bawang putih & halia

Sakit Lutut dan cuaca?Hari ini berpeluang membantu pesakit lutut. Betul ke bila hujan banyak, cuaca jadi sejuk pastu lut...
02/01/2026

Sakit Lutut dan cuaca?

Hari ini berpeluang membantu pesakit lutut. Betul ke bila hujan banyak, cuaca jadi sejuk pastu lutut pun makin sakit?

Akupunturis akan jawab : Ya!

Tahukah anda di dalam terapi akupuntur, perubahan cuaca memang akan mengganggu sistem tubuh. Kenapa? Disebabkan halangan dan juga. Oleh disebabkan oleh satu atau gabungan angin luaran yang masuk sama ada sejuk atau lembap. Akupunturis akan namakan sebagai 'Sindrom Bi Lembap'.

Apabila tubuh atau sendo diserang oleh salah satu patogen luar ini ianya akan menyebabkan genangan pada tenaga, cecair dqn darah. Maksudnya di sinu tenaga, cecair dan darah itu tadi tidak bergerak, seperti lopak air duduk sahaja di situ. Akhirnya, tekanan, haba, atau sakit akan terkumpul di kawasan yabg mengalami masalah.

Maka TJC Acupuncture pada musim ini banyak menerima pesakit sakit bahu, sakit pinggang, sakit lutut, masalah sendi dan sebagainya.

Apa terjadi bila Akupunturis melakukan tugasnya?
- maka di sini beberapa jarum akan disisipkan di beberapa kawasan yang dipilih untuk mencetuskan pergerakan pada darah, tenaga dan cecair yang mana sebelum ini tersumbat, di samping berfungsi mengurangkan rasa sakit dan peradangan.

Itu cara Akupunturis anda membantu meredakan masalah anda.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

GERD? ๐Ÿค”Kadang-kadang ada masa-masa kami sebagai akupunturis jadi buntu dengan pelbagai istilah, nama, panggilan penyakit...
02/01/2026

GERD? ๐Ÿค”

Kadang-kadang ada masa-masa kami sebagai akupunturis jadi buntu dengan pelbagai istilah, nama, panggilan penyakit-penyakit sekarang.

Syukur bila berada di dalam perubatan tradisional fan komplementari kami banyak melihat kepada akar permasalahan organ itu sendiri.

Organ apa yang terlibat? Apa pasangan organ tersebut. Bagaimana 'Flow' organ itu. Bagaimana mahu menyeimbangkan kembali organ yang lemah, atau stabilkan kembali organ yang terlalu aktif? Di sini Akupunturis atau pengamal yang berpengalaman akan membuat plan rawatan navi mengurus masalah tersebut.

Contohnya masalah ini adalah disebabkan ketidakseimbangan organ perut dan hati yang tidak harmoni. Antara sebabnya adalah stress, tidur lambat, tidak boleh tidur malam, dan diet yang salah. Saya selalu mengingatkan 6 faktor asas yang perlu diambil perhatian iaitu makan, minum, buang air besar, buang air kecil, tidur dan rehat. 6 perkara ini jika tidak seimbang, maka penyakit pun timbul ๐Ÿ™.

Akupuntur membantu menenangkan keradangan, membantu pergerakan pencernaan yang lebih baik, mengurangkan sensitiviti saraf dalam esofagus, menguatkan kembali LES (Lower Esophageal Sphincter), dan menurunlan tekanan yang mencetuslan pedih ulu hati.

Cari dan berbincanglah dengan akupunturis yang berpengalaman agar anda dapat belajar sesuatu dan dapat mengembalikan kesihatan tubuh yang baik.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

Alhamdulillah akhirnya! Nak dapat kalendar sekarang pun susah. Siap kena beli alahai.Dapatkan kalendar PERCUMA ini apabi...
05/12/2025

Alhamdulillah akhirnya!
Nak dapat kalendar sekarang pun susah.
Siap kena beli alahai.
Dapatkan kalendar PERCUMA ini apabila anda hadir untuk temujanji rawatan di TJC Acupuncture .
Sementara stok masih ada!
Kami pun baru nak dapatkan juga kalendar 2026 tjc acupuncture ini untuk diri sendiri โ˜บ๏ธโ˜บ๏ธโ˜บ๏ธ

Alhamdulillah masih ada rezeki untuk tahun hadapan.
Inshaa Allah dapat berkongsi dengan pesakit yang membuat rawatan dan temujanji di TJC Acupuncture ๐Ÿซถ๐Ÿผ.

Tanyakan pada admin/perawat yang bertugas untuk dapatkan kalendar 2026 yang terhad ini. Siapa yang bertuah memiliki kalendar kami โ˜บ๏ธ

๐—š๐—˜๐—๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—”๐—ก?Pernah tak ada masa, tiba-tiba je muncul jerawat yang banyak mencanak-canak '๐™—๐™ง...
01/12/2025

๐—š๐—˜๐—๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—จ๐—ฅ ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ๐—”๐—ก?

Pernah tak ada masa, tiba-tiba je muncul jerawat yang banyak mencanak-canak '๐™—๐™ง๐™š๐™–๐™ ๐™ค๐™ช๐™ฉ' Itu maksudnya tubuh anda panas! Dalam perubatan cina kita mengindentifikasi sebagai terlebih unsur panas.

Apabila unsur panas terlebih, mudah sebenarnya untuk rasa panas, cepat marah, berpeluh waktu malam, mulut kering, sembelit, jerawat, ulser juga termasuk dalam unsur panas.

Masalah kulit yang teruk juga berpunca daripada unsur panas. Jadi kita dapat lihat bagaimana kulit tersebut mengelupas, merah, ada juga seperti merekah menunjukkan kepanasan yang mahu keluar dari dalam tubuh.

Bagaimana ini terjadi? Pengambilan makanan pedas, berempah. Atau pesakit yang tinggal di kawasan atau negara beriklim panas misalnya. Stress yang melampau. Sering tidur lewat pada waktu malam adalah punca keadaan ini terjadi.

Ramai golongan muda sering memilih untuk tidur lewat pada waktu malam, dan ini dapat kita lihat di TJC Acupuncture apabila ramai antara mereka mempunyai masalah unsur panas.

Kalau semasa kami di Xiamen, kami dinasihatkan oleh prof-prof kami untuk mengambil teh chrysanthemum terutama pada musim panas untuk menurunkan kepanasan. Jika di sini, air kelapa, barli, timun, tembikai juga sangat baik untuk pesakit unsur panas ini.

Berhenti dahulu makanan pedas, berminyak, yang goreng-goreng, dan yang paling penting '๐˜๐—ถ๐—ฑ๐˜‚๐—ฟ ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น'.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

Permasalahan pesakit yang mengalami masalah 'kurang darah' cenderung mengalami masalah kesejukan seperti di tangan, kaki...
28/11/2025

Permasalahan pesakit yang mengalami masalah 'kurang darah' cenderung mengalami masalah kesejukan seperti di tangan, kaki.

Bukan itu sahaja kita juga banyak menerima pesakit yang mengalami masalah sejuk dan lembab yang melampau di dalam tubuh disebabkan pengambilan makanan atau minuman sejuk yang berlebihan.

Selalunya pesakit begini kita akan bantu dengan menstabilkan terlebih dahulu suhu panas dan sejuk di dalam tubuh pesakit. Biasanya pesakit akan mengadu rasa seperti mahu demam atau dalam bahasa saya disebut 'dedar', sedikit selsema, dan gatal di tekak.

Pengambilan herba panas seperti halia contohnya akan membuka liang roma untuk berpeluh dan dapat membuang toksin dengan menyingkirkan patogen angin sejuk dalam tubuh. Dalam situasi ini, berpeluh sangat baik untuk tubuh bertindakbalas bagi mengimbangkan panas dan sejuk tadi.

Di dalam perubatan tradisional cina, peringkat panas adalah berbeza dan herba yang dicadangkan juga berbeza. Untuk sesuatu seperti keadaan yang ringan seperti bersin, tiba-tiba selsema sedikit, gatal sedikit di tekak, cadangan pengambilan halia sangat baik. Akan tetapi apabila melibatkan 4-5 hari selsema, demam dan sebagainya herba yang lain akan diberikan mengikut simptom dan keadaan pesakit.

Rujuk dan cari akupunturis yang berpengalaman untuk membantu menangani masalah kesihatan yang anda.

'SIHAT TANPA RISAU'
Syifa Acupuncture Treatment

Masalah kremโ€ฆ.?????
06/07/2025

Masalah kremโ€ฆ.?????

Simpul biawak? Krem? Kejang Kaki Tiba-Tiba?!

Kejang kaki boleh jadi sebab aliran darah tak lancar, otot penat, atau ketidakseimbangan elektrolit.

Titik akupuntur yang bantu kejang kaki:
โ€“ BL57 (Chengshan): Legakan kejang otot betis & lancarkan aliran darah
โ€“ ST36 (Zusanli): Kuatkan tenaga badan & otot
โ€“ SP6 (Sanyinjiao): Bantu keseimbangan otot & redakan ketegangan

Kajian (Journal of Traditional Chinese Medicine, 2020) menunjukkan rawatan akupuntur secara konsisten dapat kurangkan kekerapan & tahap kejang kaki, terutamanya pada warga emas & pesakit masalah gula yang tidak boleh dikawal.

Minum air cukup, cukup rehat, dan pengambilan herba seperti akar halia atau daun serai wangi untuk bantu lancarkan peredaran darah dari dalam.

Kejang jangan dibiarkan โ€” rawat dengan lembut & semula jadi

PROFESIONAL, BERKESAN & SELAMAT
TJC Acupuncture

Foto : Novus Spine

Salah satu panduan untuk kawal sakit tekak. Minyak kelapa dara juga salah satu alternatif rawatan untuk masalah sakit te...
28/06/2025

Salah satu panduan untuk kawal sakit tekak. Minyak kelapa dara juga salah satu alternatif rawatan untuk masalah sakit tekak.

Sakit Tekak? Rawat Luar & Dalam Secara Semula Jadi

Disebabkan cuaca yang panas dan tak menentu ramai orang jatuh sakit akhir-akhir ini kan? Bukan itu sahaja, ada yang batuk, ada yang demam, ada yang selaema dan macam-macam lagi. Dan kebiasaannya bermula dengan rasa sakit tekak pada peringkat awal.

Kajian (Evid-Based Complement Alternat Med, 2022) menunjukkan terapi akupuntur membantu mengurangkan sakit tekak akibat jangkitan saluran pernafasan di sebelah atas.

Kebiasaannya antara titik akupunktur yang biasa dipilih oleh akupunturis termasuklah :
โ€“ LI4 (Hegu) โ€“ bantu kurangkan kesakitan & radang
โ€“ LU1 (Zhong Fu) โ€“ khusus untuk rasa sakit dan ketat di paru-paru, leher, belakang
โ€“ Ren 22 (Tiantu) โ€“ bantu legakan rasa perit & batuk

Pemilihan herba yang menyokong rawatan:
โ€“ Licorice root (Glycyrrhiza) โ€“ kesan anti-radang & legakan batuk
โ€“ Pudina โ€“ segar & buka saluran pernafasan
โ€“ Madu asli โ€“ lindungi lapisan tekak & kurangkan gatal

Akupunktur tenangkan dari luar, herba pulihkan dari dalam ๐Ÿซถ๐Ÿผ

๐Ÿƒ
PROFESIONAL, SELAMAT & BERKESAN
TJC Acupuncture

Foto : Xtra

Kadang memang tak sangka terapi akupuntur dapat bantu legakan sakit. Yang penting cari akupunturis yang berpengalaman ya...
23/06/2025

Kadang memang tak sangka terapi akupuntur dapat bantu legakan sakit. Yang penting cari akupunturis yang berpengalaman yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda ๐Ÿ’™

Di dalam terapi akupuntur, titik tertentu digunakan untuk menangani masalah ketidakseimbangan hormon dan menyokong siste...
28/05/2025

Di dalam terapi akupuntur, titik tertentu digunakan untuk menangani masalah ketidakseimbangan hormon dan menyokong sistem endokrin.

Pemilihan titik ini mempengaruhi mekanisme pengawalseliaan semula jadi badan dan menggalakkan keseimbangan dalam pengeluaran hormon.

Pemilihan titik seperti di gambar, adalah bertujuan membantu mengimbangi sistem saraf dan endokrin, terutamanya dalam mengurus masalah STRESS.

Cari akupunturis yang berpengalaman dan berbincanglah dengan mereka untuk membantu anda mencari solusi masalah kesihatan.

โ€˜SIHAT TANPA RISAUโ€™
Syifa Acupuncture Treatment

27/04/2025

Pesakit yang mengadu sakit yang amat sangat di rambut dan kuku, akupunturis perlu menerapi emosi pesakit

Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal tiba.Jaga diri, dan jaga kesihatan semua dengan baik.Mohon maaf z...
27/03/2025

Salam Ramadhan dan selamat menyambut syawal yang bakal tiba.
Jaga diri, dan jaga kesihatan semua dengan baik.
Mohon maaf zahir dan batin daripada kami di team TJC Acupuncture

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masih ada lagi beberapa hari lagi untuk kita menikmati Bulan Yang Penuh Barakah dan Mulia ini. Semoga semua amal ibadah kita diterima olehNYA.

Untuk makluman semua TJC Acupuncture telah mula bercuti mulai 25 Mac sehingga 4 April 2025. Dan kembali beroperasi semula pada 5 April 2025 (SABTU) berdasarkan temujanji.

Didoakan agar semua diberikan kesihatan yang baik, kesembuhan yang cepat dan dapat menyambut Syawal yang bakal tiba dengan gembira.

Semoga berjumpa lagi di lain masa.
Mohon maaf zahir dan batin daripada kami semua.

Address

Kajang

Opening Hours

Monday 09:30 - 12:00
Tuesday 09:30 - 12:00
Thursday 09:30 - 12:00
Saturday 09:30 - 12:00
Sunday 09:30 - 12:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syifa Acupuncture Treatment posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syifa Acupuncture Treatment:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram