Pusat Rawatan & Urutan D'Sufi Selangor

Pusat Rawatan & Urutan D'Sufi Selangor (KAMI HANYA PERGI KERUMAH PESAKIT BUAT MASA INI)

KAMI MEMBANTU PESAKIT DALAM MERAWAT PENYAKIT ZAHIR

Antara kebaikan berbekam
22/01/2024

Antara kebaikan berbekam

Dari D'Sufi selangor
22/04/2023

Dari D'Sufi selangor

Selamat hari raya maaf zahir batin semua
04/05/2022

Selamat hari raya maaf zahir batin semua

08/09/2021

SUAMI DAN ISTERI SALING MELINDUNGI

Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu p**a sebagai pakaian bagi mereka.”
(al-Baqarah: 187)

Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:

جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء

“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”

Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.

Malah dalam sebuah hadith, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:

إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا

“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Begitu juga menurut Rasulullah, sebaik-baik wanita itu adalah yang menjaga hak suaminya. Sabda Rasulullah:

خيرُ النِّساءِ امرأةٌ إذا نظرتَ إليها سرَّتك، وإذا أمرتَها أطاعتك، وإذا غبتَ عنها حفظتَك في نفسِها ومالِك

"Sebaik-baik wanita itu adalah wanita yang tenang hatimu saat memandangnya, dia taat kepadamu saat disuruh, dan ketika engkau tiada, dia menjaga kehormatannya dan memelihara hartamu."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti.
Wallahu A'lam

28/07/2021

Bila hati nak belajar lagi...

Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

عن أبي ذر الغفاري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، يا أبا ذرٍّ لأن تغدوَ فتعلَّمَ آيةً من كتابِ اللَّهِ خيرٌ لَكَ من أن تصلِّيَ مئةَ رَكْعة ٍولأن تغدوَ فتعلَّمَ بابًا منَ العلمِ عُمِلَ بِهِ أو لم يُعمَلْ بهِ خيرٌ لكَ من أن تصلِّيَ ألفَ رَكْعةٍ

Daripada Abu Zar RA, sabda Rasulullah SAW:
"Wahai Abu Zar! Sesungguhnya jika engkau keluar (dari rumahmu) lalu engkau belajar satu ayat Al-Quran, perkara itu lebih baik daripada engkau bersolat seratus rakaat. Sesungguhnya jika engkau keluar (dari rumahmu) lalu engkau belajar satu bab ilmu yang telah diamalkan atau diamalkan (daripada Al-Quran), maka itu lebih baik daripada engkau bersolat seribu rakaat".

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Dari Ibnu Mas'ud RA, dari Nabi SAW, sabdanya:
"Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah Al-Qur'an dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu".
(Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)

Hadith ini mengandungi perintah belajar dan mengajar. Ilmu yang diperintahkan belajar dan mengajarnya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadith ini ialah segala ilmu pengetahuan yang berhubung dengan agama, ilmu yang difardukan seseorang mempelajarinya untuk bawaan dirinya sendiri dan juga untuk orang lain dan ilmu yang berhubung secara khusus dengan Al-Quran.

Sebagai sebuah kitab suci, kalam Allah yang wajib dijaga dan dipelihara dari sebarang pindaan dan pengubahan, baik pada sebutannya mahu pun pada cara bacaannya, maka Rasulullah SAW menegaskan secara khusus tentang wajibnya belajar dan mengajar ilmu yang tersebut untuk mengesahkan benarnya apa yang dijaminkan oleh Allah SWT sebagaaimana firmanNya pada ayat 9, Surah Al-Hijr, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Qur'an dan Kamilah yang memeliharanya".

من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع.
رواه الترمذي والضياء وحسنه الألباني.

Siapa yang keluar pada menuntut ilmu maka ia berada di jalan Allah sehinggalah ia kembali.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Orang yang berada di majlis ilmu untuk menuntut ilmu, akan sentiasa dinaungi sayap Malaikat dan didoakan agar dicucuri rahmat serta akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.

Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang).

Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.

رَبِّ هَبْ لِيْ حُكْمًا وَّاَلْحِقْنِيْ بِالصّٰلِحِيْنَ

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh"
(Asy-Syu'ara': 83)

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang cerdik dan bijaksana kerana sentiasa belajar untuk menjadi orang yang berilmu.

Justeru, biar mati ketika belajar ilmu...

besarkan hatimu,rendahkan dirimu, tinggikan akhlakmu🤲🏽🤲🏽
20/04/2021

besarkan hatimu,rendahkan dirimu, tinggikan akhlakmu🤲🏽🤲🏽

Wahai saudaraku...
Kalaulah sahabatmu berbeza pandangan denganmu.Maka berbaik sangkalah padanya.
Usahlah didahulukan buruk sangka dan prejudis padanya.

Mungkin...
Ilmunya atau rujukannya, Atau cara berfikirnya,
Atau jiwa dan perasaannya dan latar belakangnya berbeza daripada mu.Buruk sangka dan prejudis hanya akan menyebabkan dadamu sempit terhadapnya.Sedangkan martabat ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada terhadap saudaramu.

Walau pun berbeza dia tetap sahabatmu.Dia tetap al akhi fillah dan al ukhti fillah.Dia bukan musuhmu.Kasihilah dia, maafkanlah dia.

Doakanlah ia...

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
﴿آل عمران: ١٥٩﴾

'Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka , dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Ali 'Imran: 159)

Di antara paksi utama dan penting dalam kehidupan ialah akhlak.

Aqidah, tauhid dan keimanan membuahkan akhlak.

Taqwa dan ibadah membuahkan akhlak.
Amal soleh membuahkan akhlak.Dakwah dengan akhlak.Tarbiyyah melahirkan manusia berakhlak.

Politik dan ahli politik juga dengan akhlak.
Perjuangan juga mesti berakhlak.Membina ummah dan negara yang beraklak.

Menegur pun biar berakhlak, menerima teguran juga dengan berakhlak.Berbeza pandangan pun berakhlak.Berukhuwwah pun wajib berakhlak.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ
(رواه أحمد)

dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Hanyasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Justeru, cerminkan dirimu dengan akhlak...

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ“Ya ...
29/01/2021

Salam dan selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

PERBANYAKKAN BERSELAWAT..

Jika kita mempunyai segunung ilmu dan amal kebaikan serta merasakan diri lebih baik dan mulia dari orang lain, Lalu s**a merendahkan seorang muslim yg lain, siapapun dia dari manapun dia (meski pon ia adalah orang yang paling hina dan paling banyak dosanya di dunia ini).

Maka itu sudah cukup menjadi dosa besar yang menutupi semua yang kita miliki,Dalam surat Al Hujurat, Allah Ta’ala memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekump**an orang laki-laki merendahkan kump**an yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan p**a sekump**an perempuan merendahkan kump**an lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.”
(QS. Al Hujurat: 11)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata bahwa ayat di atas berisi larangan meremehkan dan merendahkan orang lain. Dan sifat meremehkan dan merendahkan termasuk dalam kategori sombong sebagaimana sabda Rasul ﷺ ,

الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”
(HR. Muslim no. 91).

Itu baru meremehkan dan merendahkan, bagaimana jika mengkafirkan dan membidaahkan saudara muslimnya?

Seandainya Rasulullah ﷺ dulu dakwahnya s**a mengkafirkan orang-orang yang belum beriman mungkin Islam tidak jaya dan menyeluruh di alam semesta.

Tetapi beliau dakwah dengan AKHLAQUL KARIMAH, Akhlak budi pekerti yang sangat mulia!

Maka jelaslah firman ALLAH s.w.t . bahawa Rasulullah ﷺ itu diutus untuk Menyempurnakan Akhlak Bukannya sekadar menyempurnakan ILMU.

Dan maka jelaslahlah p**a kalam para auliya' orang sholih, bahawa beliau berkata : "DAHULUKAN AHKLAK DARIPADA ILMU "

Akhlak yang baik itu bersumber dari hati yang baik, dan hati yang baik itu dari hasil belajar membersihkan hati dari kotoran hati. Kotoran hati disebabkan dari penyakit hati dan dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Dan salah satu cara untuk membersihkan dosa-dosa kita selain membaca ISTIGHFAR adalah dengan memperbanyak membaca
SELAWAT Kepada Rasulullah ﷺ dan bacaan SELAWAT itu pasti di terima ALLAH s.w.t .

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم

28/01/2021

HATI ORANG YG SABAR

Hati yang hidup dengan keimanan dan dibasahi sifat kesabaran sentiasa merasai nikmat ujian yang datang dari Allah Azza wa Jalla...

وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ؕ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ *
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ *
اُولٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوٰتٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۙ وَاُولٰٓئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُوْنَ *

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya."
(Al-Baqarah: 155-157)

وَلَقَدْ فَتَـنَّا الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَـعْلَمَنَّ اللّٰهُ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكٰذِبِيْنَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata p**a apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
(Al-'Ankabut: 3)

Manakala mereka yang hatinya alpa dan memandang hebat dirinya sendiri, angkuh terhadap Rabb Penciptanya, akan sentiasa resah gelisah jiwanya...

وَاِذَا مَسَّ الْاِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْۢبِهٖۤ اَوْ قَاعِدًا اَوْ قَآئِمًا ۚ فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهٗ مَرَّ كَاَنْ لَّمْ يَدْعُنَاۤ اِلٰى ضُرٍّ مَّسَّهٗ ؕ كَذٰلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِيْنَ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan."
(Yunus: 12)

Kalaulah mengharap pada istighfarnya, berapa banyak sangatlah istighfarnya dibanding dengan dosanya yang setinggi gunung seluas langit...

Namun Dia, Allah membuka pintu keampunanNya melalui pintu-pintu kaffarah, menikmati ujianNya...

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿٨٠﴾ وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿٨١﴾ وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ﴿٨٢

(Iaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki
aku,(78) dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,(79)
dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,(80 dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),(81) dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat".(82)
(As Syu'araa: 78-82)

Allah akan pimpin hati orang-orang yang beriman pada jalan sabar ketika mereka ditimpa musibah...

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ

"dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)".
(At-Taghabun: 11)

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
مَا مِنْ مُصِيبَةٍ تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا

Rasulullah SAW bersabda:
"Tidaklah suatu musibah yang menimpa seorang muslim bahkan duri yang melukainya sekalipun melainkan Allah akan menghapus (kesalahannya)".
(Hadith Riwayat Bukhari)

Allah menguji manusia adalah untuk mengetahui siapakah yang benar-benar beriman kepadaNya...

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata p**a apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta".
(Al-Ankabut: 3)

Ketika musibah melanda, sebenarnya Allah ingin kita kembali kepadaNya...

وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Dan Kami timpakan mereka dengan berbagai azab (bala bencana), supaya mereka kembali (bertaubat)".
(Az-Zukhruf: 48)

Justeru, mohonlah dan kembalikanlah jiwamu padaNya dengan ketenangan...

23/01/2021
21/01/2021

moga dipermudahkan segala urusannya🤲🏽🤲🏽

13/01/2021

Address

No 1 Jalan Seksyen 3/10 Block L Taman Kajang Utama
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:30
Tuesday 09:30 - 22:30
Wednesday 09:30 - 22:30
Thursday 09:30 - 22:30
Saturday 09:30 - 23:00
Sunday 09:30 - 22:30

Telephone

0122454878

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan & Urutan D'Sufi Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category