29/10/2025
🌟 AUTISME & ADHD – Panduan Terapi Cara Kerja Untuk Sokongan Ibu Bapa & Keluarga 🌟
📅 27 Oktober 2025
📍 Dewan Akasia, Aras 5, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (WCC)
Sempena Sambutan Hari Terapi Cara Kerja Sedunia 2025 (World Occupational Therapy Day), Unit Terapi Cara Kerja HTPN dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat serta Jabatan Psikiatri (Kanak-Kanak dan Remaja) telah menganjurkan kursus bertemakan “Autisme & ADHD: Panduan Terapi Cara Kerja Untuk Sokongan Ibu Bapa & Keluarga”.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa dalam menyokong anak-anak dengan Autisme dan ADHD melalui ceramah ilmiah, latihan praktikal, serta sesi kumpulan sokongan ibu bapa.
Antara pengisian menarik termasuklah:
🧩 Ceramah berkaitan pemahaman Autisme & ADHD
🧠 Isu pemprosesan sensori, tingkah laku dan strategi terapi
👨👩👧👦 Peranan ibu bapa dan strategi penyesuaian (coping strategies)
💬 Sesi kumpulan sokongan dan perkongsian pengalaman ibu bapa
Sesi kumpulan sokongan ibu bapa menjadi antara paling berimpak dalam program ini. Melalui perkongsian pengalaman sebenar, para peserta dapat saling memberi sokongan emosi, bertukar strategi, dan membina semangat baharu dalam perjalanan keibubapaan mereka. Ia sekaligus membantu mengurangkan tekanan serta meningkatkan kesejahteraan keluarga secara menyeluruh. 💖
Pihak Unit Terapi Cara Kerja merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah jemputan, peserta, serta warga kerja yang menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh peranan keluarga dan meningkatkan kualiti hidup anak-anak serta penjaga. 🌈
& ADHD