20/04/2026
*’The Art of Orthognathic Surgery: Current Updates & Future Directions’ Peringkat Hospital Kluster Klang Valley Zon 4 (KKV4)*
Kursus ini telah berlangsung pada 15 April 2026 bertempat di Pusat Rawatan Wanita & Kanak-Kanak, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).Program ini dianjurkan oleh Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, HTPN dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, dan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Perubatan) II, Dr Naim Bin Abd Malek.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan dan perkembangan terkini bidang pembedahan ortognatik, khususnya dalam pengurusan pesakit deformiti dentofasial yang dirawat melalui pembedahan tulang rahang secara kolaboratif bersama Pakar Ortodontik. Selain sesi ceramah, turut diadakan forum interaktif bagi membincangkan pendekatan klinikal, cabaran serta perkongsian pengalaman dalam pengurusan kes kes ortognatik .
Latihan ini melibatkan penyertaan aktif daripada Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial, Pakar Ortodontik serta Pegawai Pergigian daripada kedua-dua disiplin. Walaupun dianjurkan di peringkat KKV4, program ini turut disertai oleh peserta dari hospital seluruh negeri Selangor yang menyediakan perkhidmatan kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial.
Barisan penceramah jemputan terdiri daripada Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial yang berpengalaman, antaranya dari Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, serta Pakar Ortodontik dari Pusat Pakar Pergigian Seremban, Negeri Sembilan.
Diharapkan program seperti ini dapat terus memperkukuhkN lagi kolaborasi pelbagai kepakaran, seterusnya meningkatkan kualiti rawatan dan hasil klinikal pesakit.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan OMFS HTPN yang diketuai oleh Dr Mohd Khairul Anwar Bin Mohd Tahir, atas kejayaan menganjurkan kursus yang berimpak tinggi ini.