13/07/2025
POV : SUSU IBU KURANG ZAT BESI ?
Betul ke tak betul?
Banyak kes yg saya jumpa, bayi seawal umur 8-10 bulan datang dgn Anemia (Hemoglobin < 9g/dL).
Kebanyakannya adalah bayi yg menyusu badan sepenuhnya tetapi agak kurang dari segi pengambilan makanan tambahan selepas mencecah umur 6 bulan.
KENAPA BOLEH BERLAKU?
DARI MANAKAH BAYI BARU LAHIR MENDAPAT SUPPLY IRON ATAU ZAT BESI?
👉 Bayi baru lahir mendapat supply zat besi dari ibunya ketika masih dalam kandungan.
Selepas dilahirkan, bayi tersebut akan mendapat zat besi tambahan drpd susu ibu.
👉 Tetapi zat besi atau 'iron storage' yg diperoleh ketika dlm kandungan & juga drpd susu ibu, hanya mampu menampung keperluan zat besi bayi sehingga umur 6 bulan.
👉 Ketika bayi mencecah umur 6 bulan, dia perlukan makanan tambahan samada dlm bentuk makanan pejal atau soft diet yg ada kandungan iron ataupun drpd susu formula (sekiranya susu badan berkurangan).
👉 Susu ibu secara kasarnya punyai kandungan iron yg agak rendah berbanding susu formula. Ini kerana iron dlm susu formula sudah diformulasikan utk mnjadi lebih tinggi (fortified iron). Berikut merupakan level iron dlm susu :
- Iron dlm susu ibu : 0.2 - 0.4 mg/L
- Iron dlm susu formula : : 4 - 12 mg/L
👉 Kadar kebolehserapan (absorption) susu ibu adalah lebih tinggi dari susu formula. Bermaksud, walaupun kandungan iron yg rendah, susu ibu lebih cpt diserap dlm usus bayi disebabkan kandungan lactoferrin yg lebih tinggi brbanding susu formula.
👉 Walaubagaimanapun, ketika bayi mencecah umur 6 bulan, susu ibu tidak dpt menampung keperluan iron bayi yg semakin membesar, maka disebabkan itulah, bayi perlukan makanan tambahan.
👉👉 Secara rumusannya, ketika bayi mencecah umur 6 bulan, pastikan bayi diberi makanan tambahan. Lebih baik yg seimbang & punyai zat besi yg mencukupi bagi mengelakkan terjadinya Anemia kurang zat besi atau Iron Defficient Anemia.
👉👉 Jom dengar perkongsian saya di bawah utk pemahaman lanjut.
Semoga bermanfaat. 😊
Dr Nujaimah Safie
Klinik Nur Hijrah