Isnad Tadawi

Isnad Tadawi Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir dan saka.

Isnad Tadawi menjana pembangunan masyarakat dengan menyediakan pelbagai program pembangunan modal insan, samada daripada sudut perniagaan, teknologi dan kerohanian. Pusat Rawatan Islam Kumpulan Isnad Tadawi (KIT) berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan atau pengubatan Islam daripada KIT, sila klik: http://www.isnadtadawi.my/pages/hubungi-kami atau sila buat temujanji melalui SMS/Whatsapp ke nombor 019-3839 777. Semua urusan adalah melalui temujanji sahaja kerana kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Pusat Rawatan Islam Kumpulan Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Kumpulan Isnad Tadawi berpusat di Kajang, kami turut menyediakan rawatan Islam kepada mereka yang berada di seluruh Malaysia, khasnya di sekitar Putrajaya, Bangi, Semenyih, Serdang, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur serta di Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Perak. Pusat Rawatan Islam Kumpulan Isnad Tadawi memperjuangkan dan mengamalkan Rawatan Berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. dan sentiasa berusaha untuk mengajak para orang ramai agar menjauhi kaedah-kaedah rawatan yang tidak mengikut syariah agar dapat mengelakkan daripada perbuatan syirik kepada Allah. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah rawatan yang kami gunakan sila rujuk http://www.isnadtadawi.my/rawatan-islam/page-9217.html atau merujuk video di bawah. Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi pula bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam. Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Kumpulan Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.

"Salam Isra' Mikraj 1447H. Mari kita jadikan peristiwa agung ini sebagai titik tolak untuk memperkukuhkan tiang solat da...
16/01/2026

"Salam Isra' Mikraj 1447H. Mari kita jadikan peristiwa agung ini sebagai titik tolak untuk memperkukuhkan tiang solat dan meningkatkan integriti dalam setiap amanah yang digalas. Semoga keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita semua."

Selamat Tahun Baru 2026! Semoga setiap langkah kita tahun ini dipenuhi keberkatan, kejayaan dan rezeki melimpah ruah
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026! Semoga setiap langkah kita tahun ini dipenuhi keberkatan, kejayaan dan rezeki melimpah ruah

Salam Rejab
21/12/2025

Salam Rejab

Semua pengamal Perubatan Islam / Tradisional / Komplementari WAJIB berdaftar dengan KKM (MOH) di bawah Akta 775.✔️ Untuk...
04/12/2025

Semua pengamal Perubatan Islam / Tradisional / Komplementari WAJIB berdaftar dengan KKM (MOH) di bawah Akta 775.

✔️ Untuk elakkan tindakan undang-undang
✔️ Untuk beramal secara sah & diiktiraf
✔️ Untuk pastikan keselamatan pesakit
✔️ Supaya pengamal ada standard & etika profesional

Tanpa pendaftaran = amalan dikira tidak sah dan boleh dikenakan denda/penalti oleh MOH.

Jika anda seorang pengamal — daftarlah segera.
Kalau anda seorang pelanggan — pilih pengamal yang berdaftar sahaja.

Alhamdulillah, pengamal di Isnad Tadawi sudah berdaftar ya. Jadi, jangan ragu-ragu. InsyaAllah, kami mengikuti prosedur dan garis panduan yang dikeluarkan dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 😀

🎓 Melahirkan Generasi Pemimpin Masa Hadapan!Berpeluang mengendalikan sesi latihan bersama pelajar Sekolah Menengah Keban...
12/11/2025

🎓 Melahirkan Generasi Pemimpin Masa Hadapan!

Berpeluang mengendalikan sesi latihan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang menumpukan kepada kepimpinan diri, motivasi dan kerjasama berpasukan.

Sungguh menginspirasikan melihat semangat, kreativiti dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar sepanjang program ini. Mereka inilah bakal pemimpin masa depan yang akan mencorakkan masyarakat dengan nilai dan akhlak yang baik. 🌱

Pembangunan insan bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah — tetapi melalui pengalaman, bimbingan dan inspirasi yang kita berikan kepada mereka hari ini.

09/11/2025

“Hujung minggu bukan hanya masa untuk berehat, tapi juga masa untuk muhasabah — sejauh mana kita mendekat kepada Allah, bukan hanya dunia.”

03/11/2025

Bukan banyaknya ilmu yang memuliakan seseorang, tetapi bagaimana ia merendah diri dengannya

Kami berbesar hati dapat mengendalikan Program Latihan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memfokuskan...
27/10/2025

Kami berbesar hati dapat mengendalikan Program Latihan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memfokuskan kepada pengurusan tekanan di tempat kerja dan pembangunan modal insan.

Sesi ini menekankan teknik-teknik praktikal untuk mengurus tekanan, membina ketahanan diri, serta memperkukuh pertumbuhan peribadi dan profesional.

Amat menginspirasikan melihat komitmen dan semangat para peserta sepanjang latihan berlangsung.

Pembelajaran berterusan adalah kunci untuk membina pasukan yang lebih kuat, seimbang, dan berdaya tahan — dan kami amat bersyukur dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

24/10/2025

Pengetahuan yang sejati bukanlah mengetahui segalanya, tetapi mengetahui mana yang benar dan berpegang padanya.
Salam Jumaat 🤲

Kami berbesar hati dapat menjalankan sesi latihan bertajuk “Analisis Perniagaan Dalam Talian” untuk staf Majlis Amanah R...
13/10/2025

Kami berbesar hati dapat menjalankan sesi latihan bertajuk “Analisis Perniagaan Dalam Talian” untuk staf Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Program ini direka bagi memperkukuh kemahiran peserta dalam menganalisis model perniagaan dalam talian, mengenal pasti peluang utama, serta mengaplikasikan rangka kerja praktikal dalam membuat keputusan.

Sangat menginspirasikan apabila melihat tahap penglibatan dan kerjasama yang tinggi sepanjang sesi berlangsung. Kami yakin ilmu yang dikongsikan ini akan menyokong usaha berterusan MARA dalam memperkasa usahawan dan memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan.

10/10/2025

Jumaat baraqah. Perbaharui niat, perbaiki hati, dan perbanyakkan amal. Moga hari ini membawa keberkatan dan ketenangan dalam hidup kita. InsyaAllah

"Sesi Latihan bersama Mahasiswa UKM"Satu penghormatan dapat mengendalikan sesi latihan berbentuk praktikal bersama para ...
08/10/2025

"Sesi Latihan bersama Mahasiswa UKM"

Satu penghormatan dapat mengendalikan sesi latihan berbentuk praktikal bersama para pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Sesi ini memberi tumpuan kepada kemahiran yang boleh terus diaplikasikan oleh pelajar — sebagai persediaan untuk kerjaya masa hadapan dan peluang keusahawanan.

Terima kasih kepada semua peserta atas semangat, soalan, dan idea yang dikongsikan.
Tidak sabar untuk melihat bagaimana anda akan menerapkan kemahiran ini pada masa akan datang! 💪

Address

B-2A-GA, Jalan Prima Saujana 2/H, Prima Saujana
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Isnad Tadawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Isnad Tadawi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi berusaha membangunkan ummah melalui rawatan dengan pembacaan hanya ayat-ayat Al-Quran, doa-doa masyhur daripada Rasulullah saw dan ulamak-ulamak perubatan Islam. Kami merawat pesakit-pesakit yang menghadapi masalah jasmani dan rohani, termasuk sakit medikal, gangguan jin, syaitan, sihir dan saka. Untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan atau pengubatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi, sila klik: http://www.isnadtadawi.my/pages/hubungi-kami atau sila buat temujanji melalui SMS/Whatsapp ke nombor 019-3839 777. Semua urusan adalah melalui temujanji sahaja kerana kami ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik. Pusat Rawatan Islam Isnad Tadawi menyediakan rawatan Islam berasaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Walaupun Kump**an Isnad Tadawi berpusat di Kajang, kami turut menyediakan rawatan Islam kepada mereka yang berada di seluruh Malaysia, khasnya di sekitar Putrajaya, Bangi, Semenyih, Serdang, Cheras, Puchong, Kuala Lumpur serta di Negeri Sembilan, Selangor, Pahang dan Perak. Isnad bermaksud sanad, manakala di dalam bahasa melayu membawa maksud sandaran atau riwayat atau pengijazahan. Tadawi p**a bermaksud rawatan. Oleh itu Isnad Tadawi bermaksud Sanad Rawatan ataupun Pengijazahan Rawatan. Ini bersesuaian dengan misi kami untuk menyampaikan ilmu rawatan Islam kepada semua yang memerlukannya, samada melalui sesi rawatan mahupun sesi pendidikan. Kami di sini tidak mempunyai apa-apa kelebihan, sekadar mempunyai sanad di dalam rawatan Islam. Kepada sesiapa yang teringin mempelajari ilmu ini, kami sentiasa bersedia berkongsi apa yang kami tahu dan memberi pengijazahan kepada mereka yang sudi menerima sanad daripada kami. Oleh itu kami turut mengadakan kursus, seminar atau pengajian rawatan islam. Perkhidmatan rawatan Islam daripada Pusat Rawatan Islam Kump**an Isnad Tadawi adalah suatu khidmat kemasyarakatan kami kepada ummah, oleh itu tidak ada caj rawatan atau sebarang paksaan untuk membeli mana-mana produk kami. Tugas kami hanya berikhtiar untuk merawat dengan meruqyah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Kami tidak menjanjikan penyembuhan atau penyelesaian masalah kerana penyembuhan itu adalah hak Allah. Oleh itu kami tidak berani meminta sebarang bayaran. Namun sekiranya terdapat sumbangan ikhlas daripada pesakit, sebarang sumbangan akan digunakan untuk mengekalkan operasi kami.