12/12/2025
Ada org diuji dgn sakit yg tak berkesudahan, segala tmpt rawatan dh pergi, hospital, pakar, mri, ct scan, segala rawatan complimentary semua dh cuba tapi belum ada kesembuhan, bleh ke merungut???
Iman yg tipis biasanya merungut juga, merasa down itu lumrah kita bukan orang muqarrabin tapi bersyukurlah kalau pasangan/waris tidak merungut dan terus support anda tapi adakalanya pesakit masih bersemangat terus mencari kesembuhan sebab dia yang sakit tapi malangnya waris/pasangan yang lelah malah menghamburkan kata2 yang melukakan "asyik sakit jer tak habis2"
ANDA MARAH SIAPA SEBENARNYA???
Anda marah orang yang sakit sebab tak reti nak sembuh, ke marah yang rawat tak reti nak bagi sembuh??? Ke marah diri sendiri sebab malang dapat pasangan/amanah yang asyik sakit tak sembuh???
ANDA MARAH TUHAN SEBENARNYA!!
Kenyataan tu yang anda harus terima.
Anda melihat orang lain bahagia, berubat sembuh, sakit sekali sekala saja. Anda lupa Allah Maha Berkuasa mencipta alam ini dengan makhluk yang pelbagai ujian. Anda hanya mendongak ke atas tetapi tidak melihat manusia lain yang lebih malang.
Mana tahap Rukun Iman anda, Rukun Iman yang ke-6, Beriman kepada Khodo Dan Khadar.
Di bawah ni SS dr ssorg yg pernah diurut oleh perawat wanita, sembuh sekejap ada lagi sakit datang menjengah sebab suasana sekeliling nak bertukar suasana apa kan daya pendapatan di situ lebih baik tetapi sedihnya ada pasangan yang merungut kerana sakitnya yang tak habis2... Menangislah dia sedih di pejabat bagaikan sabotaj dia di rumah p**a tidak menyokong emosinya... Sebagai kakak yang dihubungi saya hanya mampu menasihati yg melalui ujian tu... Lepas solat nanti baca surah Yaasin, lepas baca minta Allah permudahkan urusan mintalah dari hati apa yg nk doa, doalah luahkan, lepas tu rakam segala bukti n guna medium apa yang ada then send bukti. 😁 Nasib akak tukang urut pernah kerja ofis n pernah melalui kejamnya politik ofis, mengalah jangan sekali 😁 tapi berjuang 💪 selagi perjuangan tidak langgar hukum Allah, kita tengok sapa yang tercampak huhu tapi diriku yang tercampak 😆 tapi ok tercampak keluar dari company yang nak bela ular... Company tu apa jadi tak lama lepas tu lingkup sbb bela ular, percaya sgt dengan org yg s**a bodek. Lantak korang.. eh melalut p**a 😅 .
By the way adik ni alhamdulillah lepas solat n baca Quran, alhamdulillah segalanya smooth, wlpun sblum tu system pun mcm sabotaj dia send email berkali tak dpt dah lah hujung tahun bulan achievement. Begitulah ujian hidup, ujian yang bertalu adakalanya eh, bukan adakalanya biasanya kerana Allah sayang ❤️ Allah nak dengar suara kita, nak dengar kita merayu, nak dengar suara kita merintih memohon pertolongan kerana mengharap manusia hanya kepedihan yang diberi.
Begitulah kasih sayang Allah, kata minta Syurga kan, Syurga Allah tu mahal adik2 ku dibayar dengan kesabaran, kepedihan ketaatan. Kita tak dapat pilih ujian tapi kita perlu melalui ujian dengan tenang n sabar. Bila emosi tenang dan stabil baru nampak jalan penyelesaiannya .
Salam Jumaat. Jom baca surah Al-Kahfi. Yang dah baca malam tadi tahniah. Semoga kita terhindar dari fitnah akhir zaman aamiinn 🤲🏼.
Nak urut?? Ada 🤗.. WhatsApp yer untuk maklumat lanjut, nak booking slot urut bila nak pagi, petang or malam. Better booking, walk in tak rekemen sebab kadang tak de kt tempat urut.
Nak pesan 🥰 Yang menyembuhkan Allah yer, sebagai makhluk kita berusaha yang terbaik, Allah lihat usaha kita sampai waktunya Allah izinkan bersebab urut hendaknya atau mungkin bersebab pasrah dan redha. Wallahuaklam bissowab hak DIA semuanya.