Klinik Taqwa Bangi

Klinik Taqwa Bangi Your well-being is our business. Kami percaya setiap pesakit mempunyai kehendak yang berbeza. Pusat

GERD Semasa Hamil: Normal, Tapi Bukan Untuk DiabaikanRamai ibu hamil mengalami pedih ulu hati, rasa masam di tekak, loya...
06/01/2026

GERD Semasa Hamil:
Normal, Tapi Bukan Untuk Diabaikan

Ramai ibu hamil mengalami pedih ulu hati, rasa masam di tekak, loya atau angin berlebihan — terutamanya di trimester kedua dan ketiga.
Keadaan ini dikenali sebagai GERD (gastroesophageal reflux).

Kenapa GERD kerap berlaku semasa hamil?

GERD berlaku disebabkan gabungan beberapa faktor:
• Perubahan hormon kehamilan yang melonggarkan injap antara perut dan esofagus
• Rahim yang membesar dan menekan perut
• Sistem penghadaman yang lebih perlahan

Akibatnya, asid perut lebih mudah naik ke atas, terutama selepas makan atau ketika berbaring.

Tanda-tanda GERD yang biasa dialami ibu hamil
• Pedih ulu hati
• Rasa masam atau pahit di tekak
• Loya atau muntah
• Perut rasa penuh dan berangin
• Sukar baring atau tidur lena

Bila GERD perlu diberi perhatian?

Walaupun sering dianggap biasa, GERD yang berpanjangan boleh:
• Mengganggu tidur dan rehat ibu
• Menjejaskan ibadah dan aktiviti harian
• Menyebabkan keletihan dan stres emosi

Keselesaan ibu adalah sebahagian daripada kesihatan kehamilan.

Apa yang boleh membantu mengurangkan GERD?

Pendekatan asas yang sering disarankan:
• Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
• Elakkan berbaring sejurus selepas makan
• Tinggikan kepala ketika tidur
• Kenal pasti makanan pencetus
• Urus stres dan rehat secukupnya

Setiap ibu berbeza — pendekatan juga perlu disesuaikan secara individu.

Kesimp**an:
GERD semasa hamil adalah biasa, tetapi ia bukan sesuatu yang perlu ditahan tanpa sokongan.
Berbincanglah dengan profesional kesihatan untuk membantu kehamilan yang lebih selesa dan berkualiti 🤍

Dr Aimi
Klinik Taqwa Bangi
http://kliniktaqwabangi.wasap.my

✨ PROMOSI GUT ALLERGY PANEL kini di Klinik Taqwa Bangi! ✨Pernah alami perut kembung, cepat letih, kulit gatal, atau rasa...
18/10/2025

✨ PROMOSI GUT ALLERGY PANEL kini di Klinik Taqwa Bangi! ✨

Pernah alami perut kembung, cepat letih, kulit gatal, atau rasa tak selesa selepas makan? 😣
Mungkin badan anda sedang memberi isyarat alergi makanan atau gangguan pada usus.

🔬 GUT ALLERGY PANEL merangkumi:
✅ Pemeriksaan darah lengkap – hati, buah pinggang & darah
✅ Risiko diabetes, kolesterol & asid urik
✅ Tahap Vitamin D & jangkitan Helicobacter pylori
✅ Ujian alahan – kesan sensitiviti terhadap 60 jenis makanan seperti susu, telur, gandum, seafood, kekacang & banyak lagi 🍳🥜🍤

Dengan satu ujian menyeluruh, anda boleh:
🌿 Kenal pasti punca sebenar simptom badan
🍽️ Pilih diet yang lebih sesuai
💪 Pulihkan tenaga & kesihatan usus secara semula jadi

💰 Harga promosi: RM400 sahaja
💸 Harga sebenar: RM500 — jimat RM100 untuk tempoh terhad!

📍 Klinik Taqwa Bangi
📞 Untuk temujanji & maklumat lanjut: +6011 5516 7293
http://kliniktaqwabangi.wasap.my

💄 Gangguan Estrogen Disebabkan oleh Makeup, Produk Tandas & PewangiRamai tak sedar, produk yang kita guna setiap hari — ...
16/10/2025

💄 Gangguan Estrogen Disebabkan oleh Makeup, Produk Tandas & Pewangi

Ramai tak sedar, produk yang kita guna setiap hari — seperti makeup, losyen, syampu, deodorant, dan minyak wangi — boleh mengandungi bahan kimia yang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan kita.

Bahan-bahan ini dipanggil Endocrine Disrupting Chemicals (EDCs) — bahan yang boleh meniru atau mengganggu fungsi hormon semula jadi, terutamanya estrogen.

🔬 Bagaimana Ia Mengganggu Hormon?

EDCs boleh meniru hormon estrogen dan ‘menipu’ sistem badan, menyebabkan isyarat hormon jadi bercelaru. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil dominasi estrogen — di mana estrogen terlalu tinggi berbanding progesteron.

Kesan ini boleh mengganggu:

Kitaran haid

Kesuburan

Kesihatan payudara & rahim

Fungsi tiroid

Berat badan & mood

🚫 Bahan Kimia yang Perlu Dielakkan

1. Paraben – digunakan sebagai pengawet dalam kosmetik & losyen.
👉 Meniru estrogen dan pernah ditemui dalam tisu payudara.

2. Phthalates – banyak dalam minyak wangi, pewangi bilik, cat kuku, spray rambut.
👉 Mengganggu hormon pembiakan dan menjejaskan kesuburan.

3. Triclosan – bahan antibakteria dalam sabun & ubat gigi.
👉 Ganggu hormon tiroid dan keseimbangan hormon.

4. Benzophenone – ada dalam lip balm & sunscreen.
👉 Boleh bertindak seperti estrogen tiruan.

5. Fragrance / Parfum – campuran bahan kimia yang tak dinyatakan.
👉 Antara punca utama ketidakseimbangan hormon dan alergi kulit.

⚠️ Kesan Pendedahan Jangka Panjang

Kitaran haid tak teratur

Masalah PMS dan emosi tak stabil

Berat badan naik (terutama bahagian pinggul & paha)

Fibroid, endometriosis

Kesuburan menurun

Awal baligh pada kanak-kanak

Risiko kanser payudara & rahim meningkat

🌿 Cara Lindungi Diri

✅ Baca label — elakkan paraben, phthalates & “fragrance/parfum”.
✅ Pilih produk bebas pewangi sintetik atau berasaskan minyak pati semula jadi.
✅ Guna produk mesra alam & “clean beauty”.
✅ Kurangkan penggunaan plastik (terutama untuk makanan/minuman).
✅ Bantu hati detox — minum air secukupnya, makan sayur cruciferous (brokoli, kobis, kailan).
✅ Tidur cukup, bersenam, dan kawal stres untuk seimbangkan hormon semula jadi.

✨ Kecantikan sebenar datang bila badan dan hormon kita seimbang. Cantik luar, sihat dalam — itu baru berseri dari hati. 🌷

💊 “Murah tak semestinya berbaloi…”Minggu lepas, saya nampak seseorang kongsi supplement “viral” dari platform ketiga — k...
16/10/2025

💊 “Murah tak semestinya berbaloi…”

Minggu lepas, saya nampak seseorang kongsi supplement “viral” dari platform ketiga — katanya, “murah, sama je dengan yang ori”.
Tapi bila saya tengok betul-betul… jenama tu tak berdaftar, tiada nombor MAL, dan ada p**a yang dijual OEM tanpa kawalan kualiti 😨

Ramai tak sedar — benda yang kita makan masuk terus ke dalam darah.
Kalau produk tu tiruan, mengandungi bahan terlarang, atau dibuat tanpa standard kebersihan…
bukan saja tak beri manfaat, malah boleh rosakkan buah pinggang, hati, dan hormon kita perlahan-lahan.

Kita jaga makan, jaga kesihatan, tapi kalau salah pilih supplement, semua usaha tu boleh sia-sia 💔

👉 Sebelum beli, semak dulu:

Ada nombor MAL / KKM?

Syarikat berdaftar & ada kilang berlesen?

Sumber bahan & keberkesanan jelas?

Jangan main-main dengan apa yang kita makan.
Kesihatan tak boleh diganti, tapi supplement boleh ditapis.
Pilih yang berkualiti, bukan sekadar yang viral ❤️

Di Klinik Taqwa kita pastikan anda dapatkan supplement yang berdaftar dan kualiti tinggi.
Semestinya pemberian mengikut keperluan.

Kadang-kadang sakit belakang, sendi atau bahu yang beku (frozen shoulder) kita anggap perkara biasa. Ada yang fikir cuku...
23/09/2025

Kadang-kadang sakit belakang, sendi atau bahu yang beku (frozen shoulder) kita anggap perkara biasa. Ada yang fikir cukup dengan rehat, ada juga yang cuba bertahan dengan ubat tahan sakit. Tapi lama-kelamaan, rasa sakit itu semakin mengganggu aktiviti harian – nak solat pun rasa terbatas, nak angkat barang jadi susah, malah nak tidur lena pun terganggu.

Di sinilah pentingnya dapatkan pemeriksaan yang menyeluruh. Di Klinik Taqwa Bangi, Dr Aimi akan membantu dengan:
✔️ Pemeriksaan & saranan khusus mengikut masalah anda
✔️ Nasihat nutrisi & perubahan gaya hidup
✔️ Ubat & suplemen yang bersesuaian
✔️ Rujukan terus kepada pakar atau fisioterapi yang berpengalaman

Dengan rawatan yang betul, anda boleh kembali bergerak lebih bebas, tanpa perlu risau rasa sakit yang mengekang kehidupan seharian. 🌿✨

Hubungi Ecah di 📱 011-5516 7293 untuk temujanji.
http://kliniktaqwabangi.wasap.my

Demam Tinggi yang Tidak Surut dengan Ubat DemamDemam adalah tanda badan sedang melawan kuman.Sebenarnya badan dengan sis...
21/09/2025

Demam Tinggi yang Tidak Surut dengan Ubat Demam

Demam adalah tanda badan sedang melawan kuman.
Sebenarnya badan dengan sistem imun yang sihat mampu melawan kuman secara semulajadi namun ada keadaan di mana demam terlalu tinggi atau lama yang boleh menyebabkan anak kecil terutamanya jadi lemah.

Demam virus terutamanya menyebabkan suhu badan naik tinggi, berterusan walaupun sudah diberi paracetamol atau ubat demam.
Keadaan ini memang merisaukan, terutamanya pada anak kecil.

Jangan lupa bawa anak jumpa doktor sekiranya demam terlalu tinggi, dan sekiranya lebih 3 hari. Doktor akan periksa punca demam dan berikan nasihat juga rawatan mengikut masalah.

Namun usaha dari ibu ayah juga amat penting. Apa yang boleh ibu ayah lakukan?

👉 Ingat, ubat demam sangat membantu, tapi jangan bergantung pada ubat semata-mata. Ada langkah lain yang sama penting untuk menyokong proses penyembuhan.

✨ 1. Pastikan anak cukup hidrasi
Beri minum sedikit tetapi kerap. Badan yang dehidrasi akan lemah dan sistem imun tak dapat berfungsi dengan baik.

✨ 2. Makanan yang mudah dihadam
Pilih makanan berkuah dan berkhasiat seperti sup bone broth atau bubur. Tambah bawang putih untuk bantu lawan kuman. Dalam bentuk cairan, nutrisi lebih mudah diserap.

✨ 3. Elakkan makanan yang membebankan badan
Kurangkan makanan berproses, tinggi gula dan tinggi radang. Ini hanya menambahkan beban pada badan yang sedang ‘stress’.

✨️ 4. Rehat secukupnya
Pastikan anak dapat tidur yang berkualiti untuk bantu sistem badan perbaiki dan perkuatkan diri.

✨️ 5. Lap dengan tuala
Sekiranya demam tinggi, boleh pakaikan baju nipis atau lubang-lubang, pastikan dada ditutup.
Lap bahagian dahi, leher, dan ketiak dengan tuala lembap sehingga kering.
Ulang sehingga suhu menurun.

✨ 6. Tambah makanan berfungsi & suplemen
Virus biasanya self-limiting — ia akan berhenti menyerang dalam tempoh tertentu. Namun, imun badan yang lemah boleh membawa kepada komplikasi.
Antara yang saya biasa gunakan:

supplement – bantu lawan kuman secara umum

– baik untuk masalah pernafasan

– untuk kesihatan usus

Jika perlu, boleh juga rujuk ke Homeopathy Integrasi Bangi bagi ibu ayah yang terbuka dengan rawatan komplementari.
Homeopathy sendiri adalah salah satu rawatan komplementari yang diiktiraf KKM, selamat untuk bayi, ibu hamil, menyusu dan semua lapisan masyarakat.

💡 Gabungan rawatan moden + homeopathy dapat bantu percepatkan proses penyembuhan.

⚠️ Namun begitu, jangan lupa bawa anak berjumpa doktor kerana ada keadaan ysng memerlukan rujukan ke hospital segera terutamanya jika ada tanda amaran berikut:

🚫 Anak lemah & tidak aktif
🚫 Enggan menyusu atau makan
🚫 Tiada kencing
🚫 Pernafasan terganggu
🚫 Atau tanda membimbangkan lain

🌸 Jadi ibu ayah yang bersedia, cakna dan proaktif dalam menjaga kesihatan anak-anak kita.

Apa-apa pun, cegah sebelum sakit, rawat sebelum melarat 💪

Disediakan oleh,
Dr Aimi Jaafar
MD, IBCLC
Klinik Taqwa Bangi

21/09/2025
👩‍🍼 Susu ibu adalah hadiah paling berharga untuk si manja.Tapi ramai ibu melalui cabaran – susu sedikit, puting sakit, b...
10/09/2025

👩‍🍼 Susu ibu adalah hadiah paling berharga untuk si manja.
Tapi ramai ibu melalui cabaran – susu sedikit, puting sakit, bayi tak melekap – hingga rasa stress dan hilang keyakinan.
Hakikatnya, anda tak perlu lalui semua ini seorang diri. 💕

✨ Bersama Lactavist Nur Ezzati

Ibu kepada 3 anak, setiap seorang berjaya disusukan lebih 2 tahun

Aktif dalam sokongan penyusuan sejak 2017

Speaker antenatal class di hospital & pusat berpantang

Berpengalaman membimbing ramai ibu dari pelbagai latar belakang

🌷 Perkhidmatan yang ditawarkan:

Kaunseling 1-to-1 masalah penyusuan

Pemeriksaan bayi (mulut, tongue tie, lekapan, perkembangan)

Panduan pam & simpan susu untuk ibu bekerja & ibu baru

Sokongan emosi & pemakanan – elak stress, lebih yakin

Antenatal class – persediaan menyusu sejak mengandung

📅 24–26 September 2025
📍 Klinik Taqwa

📞 Hubungi Ecah 011-5516 7293 untuk book slot sekarang!
⚡ Slot adalah terhad – first come, first serve!

http://kliniktaqwabangi.wasap.my

10/07/2025

Saya banyak juga terima kes speech difficulties atau pelat. Ramai ibuayah yang ingat berkaitan dengan tongue tie. Dan bila check, tak jelas pun tie nya, dan lidah bergerak bagus.

Ada anak yang saya lihat terlalu laju bercakap, dan tidak fokus. Cenderung ke arah yang 1 ini.

Seeloknya dapatkan assessment dari pakar, dan occupational therapist.

Semoga dipermudahkan 🫰

Dr Aimi
Klinik Taqwa Bangi

Pakej Saringan Kesihatan (Darah dan Ultrasound)“Saring Awal, Kenali Badan Anda.”Kami buka peluang untuk 20 orang wanita ...
06/06/2025

Pakej Saringan Kesihatan
(Darah dan Ultrasound)

“Saring Awal, Kenali Badan Anda.”

Kami buka peluang untuk 20 orang wanita pertama mendapatkan pakej saringan termasuk tiroid & payudara pada harga promosi.

Termasuk:
✅ Ultrasound tiroid / payudara / rahim / ECG (pilih 2)
✅ Ujian darah (yang basic dan termasuk CRP, Vit D, Tumor Marker)
✅ Konsultasi asas keputusan

Hanya RM200 untuk 20 orang terawal!

http://kliniktaqwabangi.wasap.my
Hubungi untuk book slot anda sekarang 🥰.

Slot hari ini dan esok , jumaat masih available lagi ya dengan Dr aimi 🥰Manaa yang nak dapatkan rawatan dan konsultasi d...
22/05/2025

Slot hari ini dan esok , jumaat masih available lagi ya dengan Dr aimi 🥰

Manaa yang nak dapatkan rawatan dan konsultasi dengan Dr aimi boleh wassap klinik segeraaaa 🤗🤗

Nak walk in , boleh 😊 call dahulu sebelum datang 😉🫰

https://wasap.my/601155167293/nakslotappt

08/05/2025

Ramai wanita tak tahu…
Pap smear bukan hanya untuk kesan kanser serviks.

Kadang-kadang ia juga boleh bantu kesan jangkitan macam candidiasis & GBS yang kita tak sedar pun kita ada.

5 minit je buat ujian ni. Tapi boleh selamatkan masa depan.

Jangan tunggu sakit baru nak periksa.
Sayangi diri. Buat temujanji hari ini.

http://kliniktaqwabangi.wasap.my

Address

Blok A 3 3Ab, Ostia Bangi Business Avenue, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi
Kajang
43650

Opening Hours

Tuesday 09:30 - 17:30
Wednesday 09:30 - 17:30
Thursday 09:30 - 17:30
Friday 09:30 - 17:30
Saturday 09:30 - 17:30

Telephone

+601155167293

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Taqwa Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Taqwa Bangi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Your well-being is our business

Kami percaya setiap pesakit mempunyai kehendak yang berbeza. Pusat rawatan kami sesuai untuk setiap golongan, bermula seawal dari dalam rahim.

Rawatan kami bukan semata-mata berasaskan ubat. Tetapi fokus juga pada pencegahan. Seperti konsultasi nutrisi, gaya hidup sihat, penyusuan, stimulasi perkembangan anak dan lain lain lagi.

Justeru apa yang kami tawarkan 1. Konsultasi dan pemeriksaan yang teliti untuk memastikan punca penyakit dapat dikenalpasti 2. Perbincangan dua hala untuk menyelesaikan masalah 3. Memberikan rawatan secara holistik (menyeluruh) setelah melihat dari segenap sudut 4. Setiap pesakit boleh mendapat akses rawatan susulan selepas rawatan Datanglah dan jadi sebahagian dari keluarga kami :)