Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra ( Original )

Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra ( Original ) Medical

ULANGSIAR DENGAN PENAMBAHBAIKAN :๐Ÿ“ข PENGUMUMAN: KEMPEN DERMA DARAH โ€œSemai Harapan, Selamatkan Nyawaโ€ โค๏ธAssalamualaikum & ...
13/11/2025

ULANGSIAR DENGAN PENAMBAHBAIKAN :

๐Ÿ“ข PENGUMUMAN: KEMPEN DERMA DARAH โ€œSemai Harapan, Selamatkan Nyawaโ€ โค๏ธ

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ๐ŸŒธ

Pihak Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 6 Disember 2025
๐Ÿ•— Masa: 8:30 pagi โ€“ 2:30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra

โœจ Aktiviti menarik turut diadakan!

- Saringan kesihatan percuma (PEKA B40, pap smear, imunisasi kanak2)

- Booth farmasi & pengump**an barangan terpakai

- Pertandingan mewarna kanak-kanak

- Cabutan bertuah untuk penderma darah

- Pertunjukan silat & senamrobik

- Booth jualan makanan dan banyak lagi aktiviti yang menarik

_*aktiviti tertakluk kelulusan dan perubahan pada hari kempen*_

Kami berharap agar anda semua dapat menyertai dan memeriahkan lagi kempen ini ๐Ÿ’ช Sama-sama kita bantu menyelamatkan nyawa! ๐Ÿฉธ

๐Ÿ“ฒ Boleh imbas kod QR pada poster untuk daftar awal dan semak kelayakan pendermaan darah.

Terima kasih atas sokongan semua! โค๏ธ
โ€œSetitis darah anda, penyelamat nyawa mereka.โ€

07/11/2025

Di Darfur, tanah yang sepatutnya kaya menjadi kubur besar manusia. Setiap sebutir emas yang digali, setiap senjata yang dibeli semuanya dibayar dengan darah yang kini kelihatan dari angkasa.

Dan duniaโ€ฆ masih diam.

Imej satelit dari Yale Humanitarian Research Lab mendedahkan tompokan merah besar di sekitar El Fasher, Darfur dipercayai darah manusia.
Kajian imej menunjukkan kluster yang sepadan dengan saiz tubuh manusia dan kesan tanah berubah warna akibat darah segar.

Maksudnya pembunuhan di El Fasher kini begitu besar, sehingga kesannya dapat dilihat dari angkasa.

Di mana Sudan dan kenapa penting?

Sudan terletak di timur laut Afrika, antara Mesir dan Ethiopia, dengan pop**asi lebih 45 juta orang.

Negara majoriti Islam ini pernah menjadi yang terbesar di benua Afrika sebelum berpecah apabila Sudan Selatan merdeka pada tahun 2011.Kini, Sudan berdepan perang saudara paling dahsyat abad ini.

Siapa yang sedang berperang?

Dua pihak utama:

โ€ข Sudanese Armed Forces (SAF) โ€“ tentera rasmi kerajaan, diketuai Jeneral Abdel Fattah al-Burhan.

โ€ข Rapid Support Forces (RSF) โ€“ militia kuat diketuai Mohamed Hamdan Dagalo (Hemedti), bekas ketua kump**an Janjaweed yang pernah melakukan pembunuhan etnik di Darfur pada 2003.

Mereka berebut kuasa selepas kegagalan perjanjian kerajaan baharu pada 2023.

Apa kaitan โ€œemas berdarahโ€ dengan perang ini?

Inilah rahsia gelap di sebalik tragedi Darfur.
Wilayah itu bukan sekadar padang pasir ia menyimpan lombong emas terbesar di Sudan.
Emas ini diseludup ke pasaran antarabangsa. Hasil jualan digunakan untuk membeli senjata dan membiayai peperangan.

Lombong dikawal dengan kekerasan, pekerja tempatan dipaksa, kampung dihapuskan.

Seorang saksi berkata:

โ€œKami tidak mati kerana peluru. Kami mati kerana emas.โ€

Berapa ramai yang sudah mati?

๐Ÿ’” Statistik rasmi (setakat November 2025):

โ€ข >150,000 orang terbunuh di seluruh Sudan sejak perang bermula.
โ€ข >2,000 orang terbunuh di El Fasher dalam tempoh dua minggu.
โ€ข 460 pesakit & pengiring dibunuh di hospital pada 28 Oktober.
โ€ข 70,000 pelarian baharu melarikan diri minggu lalu.
โ€ข 6.3 juta rakyat kini di ambang kebuluran

Kenapa dunia lambat sedar?

Sudan tidak mempunyai liputan media besar seperti ๐Ÿ‰. Wartawan dan NGO dihalang masuk.
Internet disekat oleh pihak berkuasa. Dunia sedang menonton perang lain.Akibatnya Darfur berdarah dalam senyap.

Apa isu utama sekarang?

โ€ข Genosid & pembunuhan etnik.
โ€ข Sekatan makanan & ubatan.
โ€ข Eksploitasi emas untuk dana perang.
โ€ข Kebuluran terburuk di dunia kini (6.3 juta orang).
โ€ข Pemindahan paksa jutaan pelarian

Kesimp**an & Semboyan

Darah yang kelihatan dari angkasa itu bukan metafora, itu bukti. Genosid di Darfur masih berlaku hari ini, dan dunia masih diam.

Di bawah pasir emas yang digali, ribuan jasad manusia tertimbus tanpa nama.Bila darah sudah kelihatan dari langit, dunia tak boleh terus berpaling.

Kita mungkin tak mampu hentikan perang,
tapi kita mampu hentikan diam.

03/10/2025

Bayangkan malam tanpa garis pantai. Hanya enjin berdegup, ombak memukul dinding besi, dan beg kecil ubat yang kian menipis. Di atas dek sempit itu, tubuh manusia belajar bertahan, bukan sekadar terhadap laut, tetapi terhadap ketakutan yang tidak berbunyi. Inilah realiti Sumud Flotilla, konvoi kemanusiaan yang belayar menuju Gaza, merentasi ribuan kilometer lautan, membawa bukan sahaja makanan dan ubat, tetapi juga harapan.

Hari ini, sebuah kapal flotila terpaksa berlabuh di Cyprus selepas dua penumpangnya, yang menghidap penyakit kronik, mengalami masalah kesihatan serius. Di lautan, tanpa hospital, tanpa ambulans, setiap degupan jantung menjadi tanda tanya. Sukarelawan kesihatan di atas kapal, doktor, jururawat, paramedik: berpusing dari kabin ke kabin, memastikan sesiapa yang sakit tidak dibiarkan sendirian. Bekalan ubat mereka terhad, dan setiap pil yang diberikan dihitung dengan cermat, seolah-olah ia adalah emas terakhir di dunia.

Kajian ke atas pelaut profesional membuktikan minggu pertama di laut adalah tempoh paling kritikal. Lebih separuh mengalami "motion sickness", mabuk laut yang bukan sekadar rasa loya, tetapi satu gangguan sistem keseimbangan. Mata nampak dinding yang diam, telinga dalam rasa dunia bergoncang, dan otak menjadi keliru. Simptom ini boleh melarat kepada muntah berulang, dehidrasi, malah renjatan jika tidak dikawal. Bagi mereka yang sudah pun ada penyakit kronik seperti kencing manis atau jantung, kesannya boleh berganda.
..

Kajian lain p**a terhadap tentera laut Finland pernah menunjukkan bahawa kru kapal yang bekerja mengikut shift 4 jam, siang dan malam, mengalami gangguan tidur kronik. Denyut jantung meningkat, hormon stres melonjak, dan kognitif menurun.

Di flotila, realitinya sama, malah lebih berat. Sukarelawan tidur dalam keadaan berjaga, kadang-kadang hanya sejam dua, kerana bimbang diserbu. Setiap bunyi enjin yang berubah nada boleh mengundang panik, setiap bayang di ufuk boleh menjadi kapal musuh.

Ada yang mula alami halusinasi ringan selepas beberapa hari, mendengar suara yang tiada, merasakan lantai bergerak walaupun kapal sedang diam. Tekanan psikologi ini bukan perkara kecil. Trauma selepas misi, walaupun selamat kembali, boleh melekat lama. Insomnia, mimpi buruk, dan rasa cemas berterusan menjadi bayaran yang tidak selalu disebut.
..

Air bersih adalah kehidupan. Namun, di laut terbuka, ia adalah barang paling mahal. Sukarelawan minum seadanya, air hujan yang ditadah, atau stok botol yang disimpan. Ramai tidak sedar, dehidrasi boleh datang tanpa disangka. Angin laut yang lembap menipu rasa dahaga, sedangkan tubuh terus kehilangan cecair. Dalam satu kajian pelayar amatur Trans-Atlantic, hampir semua mengalami dehidrasi kronik, dan berat badan turun sehingga 4 kilogram dalam tempoh dua minggu. Bayangkan jika situasi ini berlaku pada sukarelawan flotila yang juga perlu berjaga malam, menjaga pesakit, dan menghadapi tekanan serangan.
..

Di darat, kita terbiasa dengan nombor kecemasan, ambulans, dan hospital dalam jangkauan 15 minit. Di laut, โ€œhospitalโ€ ialah beg pertolongan cemas. Satu kajian pada tahun 2024 mendapati kekurangan latihan pertolongan pertama atas kapal adalah faktor risiko besar kepada kru. Dalam flotila, perkara ini menjadi sangat nyata. Jika berlaku kecederaan akibat serangan, atau ada yang pengsan kerana dehidrasi, hanya pengetahuan asas dan keberanian sukarelawan kesihatan menjadi pemisah antara hidup dan mati.

Sejarah flotila juga mengingatkan kita kepada tragedi 2010, apabila serbuan Israel ke atas Mavi Marmara meragut 9 nyawa aktivis dan mencederakan ramai. Selain kecederaan akibat peluru, laporan menyebut ubat-ubatan yang dibawa ada yang rosak kerana penyimpanan tidak sesuai di laut. Ini mengingatkan kita bahawa dalam perjalanan kemanusiaan, logistik kesihatan sama pentingnya dengan keberanian.
..

Namun, di sebalik semua cabaran ini, tubuh manusia menunjukkan kemampuan luar biasa untuk bertahan. Seorang nelayan Mexico, Salvador Alvarenga, pernah terapung 438 hari di Lautan Pasifik, hidup dengan ikan mentah, burung laut, dan air hujan. Sains menyebut sepatutnya dia tidak mungkin bertahan selama itu, tetapi tekad dan adaptasi tubuhnya membuktikan sebaliknya.

Cerita itu menjadi cermin kecil kepada apa yang dilalui sukarelawan flotila. Tubuh yang sakit, minda yang lelah, namun semangat untuk membawa ubat dan makanan kepada mereka yang terkepung menjadikan mereka terus mara. โ€œSumudโ€ itu akhirnya bukan lagi slogan, tetapi degupan nadi mereka sendiri.
...

Di Malaysia, kita hidup dengan kemudahan yang mungkin terlalu mudah hingga kita lupa menghargainya. Segelas air bersih ada di setiap dapur. Ubat darah tinggi atau kencing manis boleh dibeli di farmasi sekitar pekan. Ambulans boleh sampai dalam 15 minit jika kita pengsan di rumah.

Tapi di atas flotila, satu pil terakhir mungkin jadi penentu hidup mati. Segelas air hujan mungkin dikongsi berempat. Dan bila serangan berlaku, tiada siapa tahu sama ada ada esok untuk mereka...

Sumud Flotilla bukan hanya cerita tentang kapal yang cuba menembusi sekatan. Ia adalah kisah tubuh manusia yang diuji hingga ke batas terakhir. Ia adalah kisah tentang kesihatan yang rapuh bila jauh dari daratan, dan minda yang kuat bila yakin pada perjuangan.

Mungkin kita tidak berada di atas kapal itu. Tapi kita boleh belajar sesuatu: bahawa kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai, dan solidariti adalah ubat paling besar untuk dunia yang sedang sakit.

๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ข๐›๐ฎ ๐›๐š๐ฉ๐š ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ค๐ž๐›๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ž๐š๐ฌ๐ฅ๐ž๐ฌ & ๐‘๐ฎ๐›๐ž๐ฅ๐ฅ๐š โ€ผ๏ธTahukah anda, Measles & Rubella bukan sekadar demam dan ru...
03/10/2025

๐‘๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ข๐›๐ฎ ๐›๐š๐ฉ๐š ๐ญ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐ค๐ž๐›๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐Œ๐ž๐š๐ฌ๐ฅ๐ž๐ฌ & ๐‘๐ฎ๐›๐ž๐ฅ๐ฅ๐š โ€ผ๏ธ

Tahukah anda, Measles & Rubella bukan sekadar demam dan ruam biasa? Ia boleh sebabkan radang paru-paru, sawan, jangkitan otak malah banyak lagi risiko yang akan berlaku.

Klinik As-Salam dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra akan mengadakan Program Imunisasi Tambahan Measles & Rubella (MR) ๐Ÿ’‰ *PERCUMA* pada:

๐Ÿ“… 11 Oktober 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 1.00 tengahari
๐Ÿ“ Klinik As-Salam 24 Jam Bandar Seri Putra

Kenapa pilih Klinik As-Salam:
โœ… Masa menunggu yang singkat
โœ… Ruang menunggu yang selesa
โœ… Program hujung minggu & tak menganggu waktu ibu bapa bekerja

๐ŸŽ Haa...Cenderahati menarik menanti anda!

๐Ÿ‘‰ Jangan tunggu. Scan QR & daftar sekarang.

Untuk maklumat lanjut:
๐Ÿ“ž 03-9078 3030 / 012-414 0969
๐ŸŒ www.kliniksalam.com
๐Ÿ”— : https://acesse.one/Ttaoc

List of Main Services 2D / 3D / 4D / 5D HD Ultrasound Scan Package Antenatal Clinic Vaccination Program X

Selepas ini. Lokasi : LAVENDER PLACE, BANGI AVENUE CONVENTION CENTER (BACC)Tarikh : 12/10/2025, 8.00am-12tgh hari. Jempu...
02/10/2025

Selepas ini.

Lokasi : LAVENDER PLACE, BANGI AVENUE CONVENTION CENTER (BACC)
Tarikh : 12/10/2025, 8.00am-12tgh hari.

Jemput bawa anak yang lahir antara 1/8/2020 hingga 31/1/2025

Seterusnya : ๐Ÿ“ Lokasi & Tarikh1๏ธโƒฃ RESIDENSI PRIMA, BANDR BUKIT MAHKOTA , BLOK A&B๐Ÿ—“ 3 Oktober 2025 (Sabtu)๐Ÿ•— 4.30โ€“ 6.30pm2...
02/10/2025

Seterusnya :
๐Ÿ“ Lokasi & Tarikh

1๏ธโƒฃ RESIDENSI PRIMA, BANDR BUKIT MAHKOTA , BLOK A&B
๐Ÿ—“ 3 Oktober 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•— 4.30โ€“ 6.30pm

2. PASARAYA CS, BANGI AVENUE
๐Ÿ—“ 4 Oktober 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•— 2.00โ€“ 6.00pm

๐Ÿ“ข PROGRAM IMUNISASI MEASLES & RUBELLA (Campak & Rubella) ๐Ÿ“ข
Anjuran: Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra

Ibu bapa/penjaga di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Taman Impian Putra, Bandar Puteri dan Bangi Avenue dijemput untuk membawa anak-anak menyertai program suntikan vaksin PERCUMA ini!

โœ… Sasaran:
Kanak-kanak yang lahir dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025
(bagi warganegara & bukan warganegara)

โธป

๐ŸŽฏ Tujuan Program:
โ€ข Mengurangkan & mencegah penularan penyakit Measles (Campak) dan Rubella dalam kalangan kanak-kanak.
- Mengurangkan risiko komplikasi jangkitan demam campak yang serius
โ€ข Memberi perlindungan tambahan kepada anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk membawa buku kesihatan kanak2 ketika hadir mengambil vaksin

๐Ÿ“ฒ Daftar awal melalui imbasan QR code pada poster.

๐Ÿ“ข PROGRAM IMUNISASI MEASLES & RUBELLA (Campak & Rubella) ๐Ÿ“ขAnjuran: Klinik Kesihatan Bandar Seri PutraIbu bapa/penjaga di...
25/09/2025

๐Ÿ“ข PROGRAM IMUNISASI MEASLES & RUBELLA (Campak & Rubella) ๐Ÿ“ข
Anjuran: Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra

Ibu bapa/penjaga di sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Taman Impian Putra, Bandar Puteri dan Bangi Avenue dijemput untuk membawa anak-anak menyertai program suntikan vaksin PERCUMA ini!

โœ… Sasaran:
Kanak-kanak yang lahir dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025
(bagi warganegara & bukan warganegara)

โธป

๐Ÿ“ Lokasi & Tarikh

1๏ธโƒฃ Masjid Bandar Seri Putra
๐Ÿ—“ 27 September 2025 (Sabtu)
๐Ÿ•— 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari

2๏ธโƒฃ Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra
๐Ÿ—“ 28 September 2025 (Ahad)
๐Ÿ•“ 10.00 pagi โ€“ 2.00 petang

โธป

๐ŸŽฏ Tujuan Program:
โ€ข Mengurangkan & mencegah penularan penyakit Measles (Campak) dan Rubella dalam kalangan kanak-kanak.
- Mengurangkan risiko komplikasi jangkitan demam campak yang serius
โ€ข Memberi perlindungan tambahan kepada anak-anak daripada penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi.

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk membawa buku kesihatan kanak2 ketika hadir mengambil vaksin

๐Ÿ“ฒ Daftar awal melalui imbasan QR code pada poster.

25/09/2025

YB dah ajak juga tu..

Jemput.. jemput..

Gambarnya macam sama, eventnya itu lah dia, tapi lain tempat dan masanya : PROGRAM MEASLES & RUBELLA (MMR)Sabtu 27/9/202...
24/09/2025

Gambarnya macam sama, eventnya itu lah dia, tapi lain tempat dan masanya :
PROGRAM MEASLES & RUBELLA (MMR)
Sabtu 27/9/2025 8.30am-12.30pm
Di Masjid Bandar Seri Putra

Kita elakkan campak dan rubella.

Cuba ingat.. kita yang bekerja ni hantar anak- anak kecil ke taska. Kalau ada kanak-kanak yang dapat jangkitan campak, anak kena kuarantin di rumah, taska p**a ditutup 2 minggu. Alaaa.. siapa nak jaga anak kita? Majikan mana nak bagi cuti 2 minggu jaga anak yang tak dapat dihantar ke taska?..

Kalau anak-anak kita kena jangkitan, tanpa vaksinasi jangkitan mungkin jadi teruk sehingga merebak ke otak dan paru-paru sebab anak tu belum ada antibody yang nak lawan virus campak. Kita nak tengok dulu ia berlaku?

Jom-jom.. vaksinasikan anak cucu kita yang berusia 9 bulan hingga 5 tahun. Kalau kenal anak warganegara asing yang layak pun boleh suruh mereka datang dapatkan vaksinasi. PERCUMA weh!



Address

Jalan Seri Putra 1/9
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389258534

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra ( Original ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra ( Original ):

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram