18/12/2013
Buah,Minyak Zaitun dan Khasiatnya.
Firman Allah Taala:
“Demi buah tin dan buah zaitun!”….. (surah At-Tin:1)
Al Hadith:
1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat. (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Antara kegunaan dan faedah minyak zaitun :
1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah: Disapu di wajah sebelum tidur:
2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur. Sapu pada jerawat dan parut.
3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit: Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur:
4) Masalah penghadaman, usus,sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut).
5) Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
6) Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama, jika tidak guna sepenuhnya, dapat guna sedikit pun sudah memadai.
7) Melebatkan rambut: Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama nabi SAW! Antara sifat nabi adalah rambu baginda sentiasa berminyak (dengan minyak zaitun)!!!