Tukang Urut Bersalin Che Sue

Tukang Urut Bersalin Che Sue Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tukang Urut Bersalin Che Sue, Massage service, Jalan Jasmin 28, Taman Jasmin, Kajang.
(569)

-Khidmat urutan tradisional
-Pakej urutan bersalin sebelum dan selepas
-Urutan iktiar hamil
-Menaikkan peranakan/rahim
-Urutan bayi dan cukur rambut bayi
-Khidmat urutan terus ke rumah anda

👉Che Sue share.. 🔥 APA ITU RAHIM KEMBANG?Kebanyakan wanita tak sedar yang rahim mereka kembang, rahim kembang ini boleh ...
25/04/2026

👉Che Sue share..

🔥 APA ITU RAHIM KEMBANG?

Kebanyakan wanita tak sedar yang rahim mereka kembang, rahim kembang ini boleh dialami wanita yang sudah berkahwin mahupun belum berkahwin..

🔥 Berikut adalah punca-punca Rahim kembang:
✔Kerap minum ais batu
✔Banyak mengambil makanan sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang makanan bermalam semalam..
✔Apabila kita keguguran kandungan wanita tidak berpantang dengan baik..
✔Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak..

🔥 ANAK DARA KENA RAHIM KEMBANG

Tak payah nk terkejut sangatlah setiap hari minum ais makan benda-benda yang buat Rahim kembang benda sejuk dan berangin

🔥 ANTARA KESAN BURUK
✔boleh menyebabkan rahim jatuh
✔Boleh juga menyebabkan keputihan kronik
✔Faraj becak
✔Rahim tidak kuat dan tidak subur lepas kahwin susah nak dapat anak
✔Bila Rahim mengembang muncul kes lain macam kentut va**na

🎯 Cegah atau Rawat ....

👉 Macam mana cara nak cegah & rawat ?
Boleh cuba amalkan jamu2 yang sesuai dan urutan merawat Rahim.. Inshaa'Allah Che Sue cuba membantu normalkan kembali masalah anda..

Jika ada tanda2 RAHIM KEMBANG Boleh terus ikhtiar rawat ya..

23/04/2026

Syukur Alhamdulillah TabarakAllah..
Dengan izin Allah SWT Che Sue dapat bantu selesaikan masalah cust bengkak susu.. Tak dapat bayangkan betapa kerasnya breast sementara tunggu Che Sue datang berjaya keluarkan susunya..
Terima kasih Pn sangat rasa lega.. 🤗

Sebarang pertanyaan slot urutan bengkak susu.. Sila klik link di bawah...

www.wasap.my/60183884413/UrutBengkakSusu

Tanda2 bersalin yang Puan2 kena alert ‼️ Sebagai ibu yang sedang menunggu hari lagi, mesti ini yang paling buat nervous....
23/04/2026

Tanda2 bersalin yang Puan2 kena alert ‼️
Sebagai ibu yang sedang menunggu hari lagi, mesti ini yang paling buat nervous..

Meskipun bukan first time mom🤭..

Good luck ibu2 semua..💪🤗👍


Sebarang pertanyaan slot urutan dan pakej bersalin.. Boleh klik link di bawah..

www.wasap.my/60183884413/CheSueUrut

Ramai ibu sebenarnya tak pakai param. Bukan sebab tak nak, tapi sebab tak nampak kepentingannya. Ada yang anggap param t...
19/04/2026

Ramai ibu sebenarnya tak pakai param.
Bukan sebab tak nak, tapi sebab tak nampak kepentingannya.
Ada yang anggap param tu sekadar “accessories berpantang” sahaja.
Tapi hakikatnya…
badan ibu selepas melahirkan bukan badan biasa.
Badan yang telah mengandung 9 bulan,
melalui proses kelahiran,
kehilangan darah, sebenarnya sedang berada dalam keadaan lemah dan terbuka.
Dan pada waktu inilah,
angin mudah masuk ke dalam tubuh.
Mungkin masa dalam pantang, ibu tak rasa apa-apa.
Tapi selepas 3 hingga 6 bulan,
Barulah mula terasa.
Badan jadi bisa-bisa,
cepat letih,
Emosi mudah penat,
dan rasa seperti badan tak pernah kembali “fit” seperti dulu.
Saya selalu jumpa keadaan ini pada custemer..
Dan bila ditanya,
ramai yang bgtau
“Masa pantang dulu, tak pakai param pun…”
Sedangkan pemakaian param bukan sekadar untuk hangatkan badan.
Ia membantu:
– Memberi kehangatan berterusan pada tubuh
– Menghalang angin masuk hingga ke saraf
– Menyokong proses pemulihan dalaman ibu
Bila param disapu ke seluruh badan,
ia seperti satu lapisan perlindungan yang menjaga tubuh ibu sepanjang tempoh pemulihan.
Sebab itu, orang dulu2 selalu pesan…
Badan yang telah melalui proses besar seperti mengandung dan melahirkan,
tak boleh dijaga sambil lewa..
“Jangan tunggu badan mula sakit… baru nak jaga.
Kalau nak tahu rawatan yang sesuai, boleh PM wassap Che Sue.”
👉Pemulihan itu bukan pilihan..
👉Ia satu keperluan..

👉Sebarang pertanyaan tentang pakej dan booking slot urutan klik link di bawah..

www.wasap.my/60183884413/CheSueUrut



Alhamdulillah dapat masuk ke bulan Ramadhan untuk tahun 2026.. 1447H..Bangun makan sahur ada keberkatan walaupun seteguk...
18/02/2026

Alhamdulillah dapat masuk ke bulan Ramadhan untuk tahun 2026.. 1447H..
Bangun makan sahur ada keberkatan walaupun seteguk air. Doa waktu sahur makbul.. insha'Allah.. Semoga di perkenankan doa kita semua.. Amin.. 🤲

18/02/2026

Syukur Alhamdulillah inilah kerjaya Che Sue lebih 20 tahun.. Rezeki dengan izin Allah SWT Che Sue bantu selesaikan masalah bengkak susu @ breast customer..

Sebarang pertanyaan dan booking slot urutan boleh klik link di bawah..

www.wasap.my/60183884413/CheSueUrutBengkakSusu

12/12/2025

Testimoni review customer Damansara dah 2 minggu kena bengkak susu.. Baby nya dah usia 4 bulan tapi still boleh kena bengkak susu.. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT Che Sue dapat bantu selesaikan masalah ketulan dalam breast..

Sebarang pertanyaan dan booking slot urutan boleh klik link di bawah..

www.wasap.my/60183884413/CheSueUrutBengkakSusu

Che Sue nie kan sejenis yg x boleh tgk bahan2 yg baru smpi pastu gemoy gemoy camni...gewammm ...ni namanya Temukunci sal...
12/12/2025

Che Sue nie kan sejenis yg x boleh tgk bahan2 yg baru smpi pastu gemoy gemoy camni...gewammm ...ni namanya Temukunci salah satu bahan wajib yg ada dlm .. Sapa2 buat pun benda ni mmg wajib ada ..betol x ?

Khasiat dia :
Khasiat untuk kesihatan badan

✅Meredakan batuk kering: Sifat anti-radangnya membantu melegakan keradangan pada tekak.

✅Melancarkan pencernaan: Membantu melancarkan penghadaman dan membuang angin dalam badan.

✅Menangkal radikal bebas: Kandungan flavonoidnya bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel badan daripada kerosakan.

✅Mencegah kanser: Sesetengah kajian menunjukkan ia berpotensi menghambat pertumbuhan sel kanser.

✅Mengawal penyakit kulit: Boleh membantu merawat masalah kulit seperti kurap dan jangkitan kulat.

✅Menyembuhkan sariawan: Digunakan secara tradisional untuk membantu menyembuhkan sariawan.

Khasiat untuk kesihatan wanita
❤️Mengatasi keputihan dan bau badan: Membantu mengurangkan masalah keputihan dan bau badan.
❤️Menambah tenaga: Memberi tenaga dan membantu meningkatkan kecergasan.
❤️Meningkatkan kesuburan dan sistem peranakan: Menyokong kesihatan rahim dan sistem peranakan wanita.
❤️Memperbanyakkan susu badan: Dipercayai membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu selepas bersalin.
❤️Mengecutkan rahim: Digunakan dalam jamu tradisional untuk membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.

🌟Lain-lain khasiat
🌻Meningkatkan selera makan: Sesuai untuk mereka yang kurang selera makan.
🌻Meningkatkan ghairah seksual: Dipercayai dapat 🌻meningkatkan libido dan fungsi seksual lelaki.

Pada yang penggemar jamu meh PM..

www.wasap.my/60183884413/NakJamuMantoopCheSue

23/11/2025

Semoga anaknda Nur Zarifah dan semuanya pelajar2 kiblah yang bakal menduduki SPM 2025 ini, berjaya dengan cemerlang hendaknya.. Di lapangkan fikiran, diterangkan hati, di lancarkan menulis menjawab soalan2 dengan tepat dan betul dan di permudahkan segalanya urusan berjalan lancar hingga ke akhirnya.. Terima kasih pada Semuanya customer2 yang mendoakan kejayaan anak bungsu Che Sue dan agk2 Che Sue yang lain.. Semoga doa2 itu berbalik semula pada ank2 Pn..

👉Arini busy urut, terlewat sgttt waktu pergi melawat anak kat asramanye nak bg semangat.. Buatlah mana yang termampu.

25/10/2025

Sebarang pertanyaan mengenai pakej dan booking slot urutan, klik link di bawah..

www.wasap.my/60183884413/CheSueUrut

👉Inilah kerjaya Che Sue lebih 20 tahun, tidak menentu masa pergi dan baliknya..

Ramai yang bagi comment Uqasha ada burnout & post martum yang serius.Jom cerita sikit pasal emotional burnout di kalanga...
23/10/2025

Ramai yang bagi comment Uqasha ada burnout & post martum yang serius.
Jom cerita sikit pasal emotional burnout di kalangan isteri.

Emotional Burnout di kalangan isteri jangan sesekali pandang remeh. Bila isteri burnout, muka lesu, mata kosong. Ada yang cakap.
“Ala, biasa la tu semua perempuan memang macam tu”

Itu bukan biasa. Itu tanda suami mesti cari tahu dimana yang tidak cukup dan apa patut kena buat sebelum jadi lebih serius.

📌Isteri Burnout sebab apa?
~ Sebab semua benda dia mahu fikir, laki cuma fikir “mahu makan apa malam ni”.

~ Sebab kerja rumah tidak pernah habis, tapi suami cuma jawab “kau ni overthinking.”

~ Bila isteri marah, suami ketawa. Bila isteri senyap, suami scroll TikTok.

~ Kalau anak jatuh, isteri yang salah. Kalau rumah semak, isteri yang malas. Kalau isteri murung, isteri kuat drama. Tapi kalau suami stress sikit, pandai p**a jawab “Sayang perlukan ruang…”
Bila turn isteri, semua jadi salah isteri

📌Realiti yang biasa terjadi dengan pasangan zaman sekarang.
~ Suami kalau tengok isteri menangis, dia buat-buat tidur. Tapi kalau kawan yang panggil, terus bangun macam hero mahu selamatkan dunia.

~ Suami boleh hafal nama2 sparepart modified kereta dia, tapi bila suruh cari ubat anak. Semua tidak tahu.

~Bila isteri penat “Ala, rehatlah.”
Tapi bila isteri betul-betul rehat, tidak p**a tolong kemas. Siapa tidak burnout kalau macam ini.

📌Bahaya Burnout sebenarnya, jangan tidak ambil serius.
~Bila burnout, emosi isteri jadi tumpul. Tidak ada marah, tidak ada gembira, semua kosong.

~ Bila burnout, dia masih buat semua kerja, tapi hati dia sudah tidak ada di sana.

~Bila burnout lama-lama, sayang pun boleh hilang. Bukan sebab dia benci suami sendiri, tapi sebab suami tidak pernah tolong dia pulihkan diri.

📌Suami mesti Ingat.
~Isteri bukan robot cuci piring automatik.

~Dia manusia yang ada emosi, dan kalau burnout. Dia boleh rosak dari dalam.

~Tidak ada isteri yang minta suami jadi Superman. Cukuplah suami tidak jadi beban tambahan dalam rumah.

📌Mahu elak & tolong bini senang saja.
~ Tengok sinki penuh? Jangan tanya “kenapa tidak cuci?”, terus ambil span tolong cuci.

~ Dengar anak menangis, jangan tanya “kenapa dia nangis?” Cuba pujuk dulu, baru tanya.

~ Kadang isteri bukan mahu hadiah. Dia mahu dipeluk sambil suami cakap “Saya tahu sayang penat.”

~ Jangan tunggu isteri rebah dulu baru mahu rasa bersalah.

~ Yang paling penting sekali, bila isteri diam jangan rasa tenang. Itu bukan tenang, itu tanda dia sudah putus semangat mahu bercakap.

Akhir sekali, kadang suami fikir “alah, dia tu kuat.”
Ya, dia kuat. Kalau dia lemah, siapa lagi mahu urus rumah, anak dan suami di rumah?
Tapi kuat pun ada had juga.
Jangan nanti isteri “meletup” baru mahu tanya.
“Kenapa tidak kasih tahu dari awal?”
Sebenarnya isteri sudah bagi signal. Cuma suami yang tidak perasan. Sebab sibuk sama hal2 lain diluar atau kawan2 yang hampir setiap hari bawa lepak.

p/s: Bini sebenarnya tidak mengharapkan laki jadi perfect 100%, cukup jangan jadi beban tambahan dalam keluarga. Sebab kahwin ini supaya kita ada pasangan hidup, bukan pasangan bila masa kita perlu..

Address

Jalan Jasmin 28, Taman Jasmin
Kajang
43000

Telephone

60183884413

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tukang Urut Bersalin Che Sue posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share