Klinik Kampar Cares

Klinik Kampar Cares Aspiration towards health

04/12/2025

Pagi bangun tidur, jari terasa ketat. Nak luruskan pun susah. Ada bunyi klik halus. Kita paksa sikit… barulah jari bergerak. Tengah hari, rasa mencucuk di pangkal jari mula datang. Petang p**a, jari tiba-tiba “tersangkut” bila nak genggam sesuatu.

Hari berganti hari, gejala sama berulang.

Dan di sinilah ramai mula tertanya-tanya,
“Kenapa jari aku jadi macam ni sebenarnya?”

Kenapa Trigger Finger berlaku?

Di dalam setiap jari ada tendon seakan tali halus yang tarik jari untuk bengkok dan lurus. Tendon ini bergerak dalam satu laluan kecil seperti terowong, dipanggil pulley.

Bila terowong ini mengecil atau meradang, atau bila tendon membengkak, ruang jadi sempit. Tendon dah tak boleh meluncur lancar. Ia tersekat, bergesel, dan tersangkut.

Di situlah bermulanya masalah:
• rasa jari sangkut
• bunyi klik
• jari lock dan susah lurus
• sakit di pangkal jari

Ini bukan salah urat, bukan sebab angin, bukan kerana tidur pelik.
Ia keradangan pada laluan tendon.

Kenapa waktu pagi paling ketara?

Ini soalan yang ramai tanya.

Masa tidur, kita tak banyak gerakkan jari. Bila lama tak bergerak:
• tendon jadi lebih kaku
• keradangan kecil di dalam jadi lebih tebal
• sendi sekitar jari jadi lebih “sejuk” dan kurang fleksibel

Hasilnya, bila bangun tidur, ruang tendon yang dah sempit tadi jadi makin sempit.
Itu sebab waktu pagi jari rasa paling susah nak bergerak dan perlukan masa untuk “panas”.

Kenapa ada bunyi ‘klik’?

Bunyi itu muncul bila tendon yang tersekat melompat keluar dari kawasan sempit. Bayangkan tali yang tersepit dalam celah sempit, bila ditarik kuat, ia terlepas dan berbunyi.

Itulah trigger.

Bila ia jadi makin teruk…

Gerakan jadi semakin sukar.
Jari boleh terkunci sepenuhnya.
Ada hari jari tak boleh buka melainkan ditarik paksa. Ada orang sampai tak boleh genggam sudu atau pegang kunci.

Semua ini berlaku perlahan-lahan… dan kita tak sedar bila ia mula mengawal hidup harian.

Apa yang perlu dibuat?

Rawatan bergantung tahap:
• rehat & hadkan pergerakan
• splint untuk stabilkan jari
• ubat & fisioterapi untuk kurangkan bengkak
• suntikan steroid untuk kes sederhana
• pembedahan kecil untuk kes terkunci atau berulang

Yang penting: jangan tunggu sampai jari benar-benar mengunci.

Akhirnya, ini mesej untuk semua. Kalau jari kita mula memberi petanda sangkut, klik, sakit, kaku pagi itu tubuh sedang beritahu, “tolong perhatikan aku sebelum terlambat.”

Jari yang kita guna setiap hari pun perlukan ruang untuk sembuh.

Berita baik untuk warga Kampar 🥳 Anda mengalami gejala penyakit kronik ? Dapatkan rawatan di klinik kami !!!!!Klinik kam...
08/11/2025

Berita baik untuk warga Kampar 🥳

Anda mengalami gejala penyakit kronik ?

Dapatkan rawatan di klinik kami !!!!!

Klinik kampar cares ada menyediakan Rawatan Penyakit Kronik untuk masalah buah pinggang , hati , penyakit kulit , kencing manis , saraf dan stroke .
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:
📞012 6415377 / 05 4667703
📌No 1 ,Jalan Tiara 1 , Taman Tiara 31900 Kampar Perak .
📱 https://wa.me/60126415377

MERDEKA PROMOTION 🇲🇾 MERDEKA PROMOTION 🇲🇾 MERDEKA PROMOTION 🇲🇾Sudahkah anda buat Health Screening 🤷 ? Jika belum , dapat...
07/08/2025

MERDEKA PROMOTION 🇲🇾 MERDEKA PROMOTION 🇲🇾 MERDEKA PROMOTION 🇲🇾
Sudahkah anda buat Health Screening 🤷 ?
Jika belum , dapatkan promosi Health Screening sempena bulan kemerdekaan di Klinik Kampar Cares 🥳 .

Anda mengalami sakit lutut ? Jangan risau Klinik Kampar Cares juga ada menyediakan rawatan Intra - Articular untuk masalah lutut anda. Dapatkan rawatan dengan kami dengan segera !!!!!!

Sebarang pertanyaan & temujanji boleh hubungi kami di:
📞012 6415377 / 05 4667703
📌No 1 ,Jalan Tiara 1 , Taman Tiara 31900 Kampar Perak📱 https://wa.me/60126415377

05/08/2025

“Di rumah, pijak semut pun tak mati.”
Anak kita nampak lembut, sopan… tapi cikgu kata dia pembuli?

S**ar diterima, tapi hakikatnya buli bukan hanya tumbuk dan sepak. Ia boleh berlaku dalam bentuk arahan kasar, ejekan halus, atau sindiran berulang.

Kadang-kadang, yang nampak ‘baik’ di rumah… sebenarnya melepaskan kuasa di luar, terutamanya jika dia:
• Panas baran bila ditegur
• S**a mengarah dan kawal rakan sebaya
• Label orang dengan gelaran mengejek

Kajian psikologi oleh Olweus (Norway) menunjukkan bahawa pembuli selalunya datang dari rumah yang kurang empati atau terlalu keras, atau mereka sendiri pernah jadi mangsa.
Buli ini bukan perangai, tapi corak tingkah laku yang dipelajari dan ia bergerak dalam satu kitaran.

Jika tidak dihentikan, anak yang membuli hari ini, akan membesar menjadi pasangan yang mengawal, ketua yang menindas, atau ibu bapa yang mewariskan gaya yang sama.

Apa Tindakan Ibu Bapa?

✅ Tengok semula cara kita bergurau atau marah anak di rumah
✅ Dengarkan laporan cikgu atau rakan tanpa cepat menafikan
✅ Jangan halalkan ejekan sebagai ‘gurauan’
✅ Bantu anak kenal emosi dan kesannya pada orang lain

Buli adalah kitaran. Dan rumah adalah tempat pertama ia bermula atau dihentikan.

Berita baik untuk kamu semua 🥳Klinik Kampar Cares ada menyediakan rawatan penyakit kronik (Chronic Disease Treatment) se...
03/07/2025

Berita baik untuk kamu semua 🥳
Klinik Kampar Cares ada menyediakan rawatan penyakit kronik (Chronic Disease Treatment) seperti stroke , skin , liver , kidney , diabetes , neuropathy dan pelbagai rawatan lain .

Sebarang pertanyaan & temujanji boleh hubungi kami di:

📞012 6415377 / 05 4667703
📌No 1 ,Jalan Tiara 1 , Taman Tiara 31900 Kampar Perak .
📱 https://wa.me/60126415377

03/07/2025

Buah pinggang kita bukan mesin. Bila rosak, tak boleh baiki, cuma boleh ganti.

Setiap hari, buah pinggang kita tapis hampir 200 liter darah. Kerja senyap-senyap. Tak pernah minta cuti.

Tapi bila rosak, ia senyap juga.
Tak sakit. Tak berbunyi. Tapi perlahan-lahan merosakkan seluruh badan.

Apa yang diam-diam meracun buah pinggang kita?

☠️ Minuman manis setiap hari
☠️ Ubat tahan sakit tanpa kawalan
☠️ Kurang minum air
☠️ Terlalu banyak makanan masin, diproses
☠️ Tak pernah periksa tekanan darah & gula

Tubuh kita perlukan air kosong. Buah pinggang perlukan makanan segar. Dan kita perlukan kesedaran, sebelum terlambat.

Jaga buah pinggang hari ini.
Kerana dialah penapis hidup kita.

Thankyou for the honest review and best recommendation😊KLINIK KAMPAR CARESNo.1, Jalan Tiara 1,Taman Tiara,31900 Kampar, ...
24/07/2024

Thankyou for the honest review and best recommendation😊

KLINIK KAMPAR CARES
No.1, Jalan Tiara 1,
Taman Tiara,
31900 Kampar, Perak.

Operating hours as following: 8.00am - 9.30pm
Monday to Sunday

Contact Us : 05-4667703
Whatsapp Care : 0126415377

Services / treatment provided are as follows:

*General health consultation
*General treatment based on health condition
* Basic medical checkup/ blood test
* Common treatment for chronic illness
* Medical stabilization and Etc..

Berita baik untuk warga Kampar 🥳Klinik kampar cares ada menyediakan Rawatan Nebulizer ,Rawatan Iv Drip (tambah air) ,Blo...
14/04/2024

Berita baik untuk warga Kampar 🥳

Klinik kampar cares ada menyediakan Rawatan Nebulizer ,Rawatan Iv Drip (tambah air) ,Blood Test ,Urine test ,Minor surgery ,Inj Intra Articular (lutut) ,Thypoid Vaksin, penyakit kronik dan pelbagai lagi.

Rawatan ini sangat sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

📞012 6415377 / 05 4667703
📌No 1 ,Jalan Tiara 1 , Taman Tiara 31900 Kampar Perak .
📱 https://wa.me/60126415377

01/03/2024
23/02/2024

Sempena cuti akhir persekolahan sesi 2023/ 2024 ini, KKM sedia maklum akan keperluan berkhatan dalam kalangan kanak-kanak lelaki di Malaysia terutamanya bagi kanak- kanak Muslim, di mana secara amnya, ianya merupakan sebahagian daripada tuntutan agama.

Berdasarkan hasil daripada audit berkhatan bagi kanak-kanak lelaki yang telah dijalankan oleh KKM pada cuti persekolahan yang lalu (iaitu pada 14 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024), terdapat peningkatan bilangan kes rujukan ke hospital-hospital KKM bagi kanak-kanak yang mengalami komplikasi selepas berkhatan. Komplikasi-komplikasi ini terdiri daripada komplikasi minor dan komplikasi major.

Sehubungan itu, KKM memandang serius akan perkara ini dan menyarankan agar ibu bapa yang merancang untuk membawa anak menjalani prosedur berkhatan pada musim cuti sekolah ini hendaklah cakna dan memastikan fasiliti tersebut adalah fasiliti yang berdaftar dengan KKM.

KLINIK KAMPAR CARESNo.1, Jalan Tiara 1,Taman Tiara,31900 Kampar, Perak. Operating hours as following:   8.00am - 9.30pm ...
31/01/2024

KLINIK KAMPAR CARES
No.1, Jalan Tiara 1,
Taman Tiara,
31900 Kampar, Perak.

Operating hours as following: 8.00am - 9.30pm
Monday to Sunday

Contact Us : 05-4667703
Whatsapp Care : 0126415377

Services / treatment provided are as follows:
*General health consultation
*General treatment based on health condition
* Basic medical checkup/ blood test
* Common treatment for chronic illness
* Medical stabilization and Etc..
--‐---------------------
KLINIK KAMPAR CARES
No.1, Jalan Tiara 1,
Taman Tiara,
31900 Kampar, Perak.

Waktu operasi seperti berikut: 8.00 pagi - 9.30 malam
Isnin hingga Ahad

Hubungi Kami : 05-4667703
Whatsapp Care : 0126415377

Perkhidmatan/rawatan yang disediakan adalah seperti berikut:
*Perundingan kesihatan am *Rawatan am berdasarkan keadaan kesihatan
* Pemeriksaan perubatan asas/ ujian darah
* Rawatan biasa untuk penyakit kronik
* Penstabilan perubatan dan lain-lain.

Happy Deepavali 🥰
11/11/2023

Happy Deepavali 🥰

Address

No. 1, Jalan Tiara 1, Taman Tiara
Kampar
31900

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:30
Tuesday 08:00 - 21:30
Wednesday 08:00 - 21:30
Thursday 08:00 - 21:30
Friday 08:00 - 21:30
Saturday 08:00 - 21:30
Sunday 08:00 - 21:30

Telephone

+60126415377

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kampar Cares posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kampar Cares:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram