07/12/2025
Dr. Saiful or Sid Latif, is Hospis Melaka Vice Predident.
I always enjoyed reading his posts. Very informative and practical.
Some of his post will help you in your communications with your loved ones or friends who are sick.
Nowadays there are so many FB posts about cancer, it will make you wonder what is right.
My advise is to read articles that are written by qualified doctors.
Kalau takde tauliah dalam pembelajaran penyakit kanser, tolong jangan mengarut dan menyebarkan dakyah. It will confuse people around you and victimise people who are already suffering. Just learn to be empathetic, that's more helpful than whatever this is.
Untuk pengetahuan anda kanser adalah penyakit yang melibatkan pelbagai sistem badan. Rawatan kanser bukan semudah - kita laparkan sel itu maka sel itu tak berkembang. Kalau anda percayakan semua itu anda bodoh. Gula tak menyebabkan kanser. Gula bukan minyak petrol untuk kanser.
Gula hanyalah karbohidrat. Proses penyakit kanser adalah jauh lebih kompleks daripada memperlahankan metabolisme badan. Ada pelbagai lagi faktor risiko yang menyumbang kepada terjadinya kanser.
Antara contoh-contoh adalah seperti:
- wanita yang tak pernah mengandung lebih tinggi risiko untuk kanser payudara
- kulit cerah dan pendedahan sinar UV berpanjangan menyumbang kanser kulit
- bertukar-tukar pasangan tanpa pelalian HPV menambah risiko kanser pangkal rahim
- kurang serat dalam pemakanan adalah risiko kanser usus
- merokok menambah risiko kanser paru-paru dan pelbagai kanser lain
Namun ada beratus malah mungkin beribu kanser lain yang terjadi tanpa sebarang faktor risiko.
Rawatan juga melibatkan pelbagai bentuk usaha untuk merencatkan sel-sel kanser. Kemoterapi dan radioterapi adalah beberapa contoh di mana rawatan bertumpu untuk membunuh sel-sel yang pantas terbentuk. Kerana kemoterapi diberikan dalam bentuk ubatan intravena atau ubat makan, sel-sel sihat lain juga tidak dapat tidak - mendapat kesan akibat pemberian ubat. Rambut akan gugur dan kuku akan kelihatan berbeza kerana dua ini adalah tempat sel yang berkembang pantas dan kelihatan.
Radioterapi, bergantung kepada tempatnya juga akan melibatkan kesan-kesan sampingan spesifik. Dalam era dunia perubatan moden, terdapat pelbagai juga ubatan lain seperti targeted therapy, immunotherapy, hormonal therapy yang juga boleh membantu beberapa jenis kanser.
Sekiranya kanser yang dirawat adalah tahap awal. Pemberian ubat penting untuk mencapai kesembuhan. Namun begitu, ada masanya kanser dikesan dalam tahap lanjut. Sesetengah pesakit masih sesuai diberikan rawatan-rawatan seperti ini sekiranya ada kefungsian yang bagus dan tidak memiliki terlalu banyak sejarah perubatan lain yang merumitkan proses rawatan.
Ubatan (sekiranya telah ditakrifkan lebih kebaikan daripada kemudaratan) akan dimulakan sebagai sebahagian rawatan paliatif - bukan untuk kesembuhan tetapi untuk memerlahankan proses kanser dalam badan.
Akan sampai satu masa, walaupun ketika ubat diberikan, kanser akan tetap merebak dan mengakibatkan masalah. Ubatan akan dihentikan apabila kemudaratan mengatasi kebaikan atau kesan sampingan yang mengganggu tahap kefungsian asas. Harus diingat, dalam kedua-dua kemungkinan ini, proses kanser yang mengganggu pesakit dan kita hentikan ubatan untuk mengelak lebih banyak masalah kepada individu tersebut.
Jadi doktor ini tak mudah. Kami tidak bersumpah untuk membuat orang hidup selamanya ataupun melawan kehendak kuasa yang lebih besar yang menentukan ajal maut. Sumpah kami adalah "do no harm". Apabila keadaan pesakit tidak mengizinkan untuk rawatan akibat penyakitnya telah merebak, tugas kami p**a memberikan keselesaan untuk keadaan yang tenang.
Sekiranya pesakit yang lemah akibat penyakit yang serius ini dipuasakan dan dihentikan pemberian karbohidrat, mereka akan jadi terlampau lemah dan proses penjagaan akan jadi sukar. Cancer Cachexia ataupun Kebuluran Akibat Kanser akan jadi lebih serius dan keselesaan akan sukar dicapai.
Tahu tak apabila pesakit tanya kita macam-macam pasal ubat tak bertauliah, kita cuma cakap tak boleh komen dan tak nasihatkan. Kita tak tuduh pun orang yang menjual harapan ini dengan nama macam-macam walaupun dalam hati ada banyak nak diucap.
Tetapi dengan niat untuk membantu pesakit, pelbagai nama dan tohmahan orang sebegini berikan pada kami semua. Ini belum cakap pasal geng-geng antivaksin, propilihan, antibidan dan sebagainya.
Cukuplah bebelan pagi ahad saya hari ini.