25/09/2018
12 TANDA ANAK ANDA KENA JANGKITAN CACING
Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti cacing kerana mereka lebih aktif dan s**a bermain di kawasan luar rumah.
Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak masukkan jari ke dalam mulut selepas bermain tanah yang tercemar.
Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.
Kemungkinan tiada sebarang tanda jangkitan jika jangkitan ringan (kurang dari 100 cacing). Tapi ada kala kanak-kanak alami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa.
=======
12 TANDA JANGKITAN CACING?
=======
Jika anak anda mempunyai tanda-tanda di bawah, kemungkinan dia terkena jangkitan cacing yang teruk ataupun dipanggil kecacingan (melebihi 100 - 1000 cacing) :
1. Cacing keluar dari dubur atau ada cacing pada najis.
2. Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
3. Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung. Susut berat badan.
4. Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
5. Batuk-batuk yang berpanjangan.
6. Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
7. Mengetap gigi ketika tidur malam.
8. Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
9. Hiperaktif.
10. Sakit kepala.
11. Sensitif terhadap cahaya.
12. Gusi dan hidung berdarah.
Di Malaysia, jangkitan cacing yang paling kerap ialah jenis cacing cambuk, diikuti oleh cacing gelang, cacing kait, cacing kerawit dan cacing benang. Cacing cambuk merupakan salah satu jangkitan cacing yang s**ar dihapuskan.
======
BAHAYA JANGKITAN CACING
======
Bagi kes jangkitan yang teruk, dehidrasi (kekurangan air) dan kekurangan darah dalam badan berlaku akibat cirit-birit berdarah. Kadang-kala berlaku, hujung usus besar terkeluar.
======
BAGAIMANA MERAWAT JANGKITAN CACING?
======
Rawatan cacing berkesan dengan pengambilan ubat jenis Albendazole untuk sehari ataupun Mebendazole untuk 3 hari. Ubat perlu diambil semula jika masih terdapat tanda jangkitan selepas 2 minggu.
Disyorkan untuk mengambil ubat anti-cacing ini setiap 3 - 6 bulan sekali sahaja untuk mengelakkan jangkitan cacing.
Jenama ubat cacing yang boleh didapati dari Farmasi antaranya ZENTEL, Champ D-Worm, Nox Worm dan lain-lain.
**Larangan: Wanita yang disahkan atau disyaki hamil dan bayi berusia 12 bulan ke bawah dilarang mengambil ubat cacing.
=====
3 Langkah Cegah Jangkitan Cacing
=====
#1. Elakkan anak anda dari bermain di tanah yang tercemar dengan telur cacing. (Tanah pertanian, tanah subur)
#2. Basuh makanan yang mungkin tercemar dengan telur cacing dengan bersih.
#3. Basuh tangan dengan sempurna sebelum makan atau menyediakan makanan.
"SIHAT UNTUK BERAMAL"
Mudah-mudahan dapat membantu anda. Boleh terus share kepada kawan-kawan lain. Maklumat ini dibawakan untuk anda oleh PharmaGo Malaysia.
PHARMAGO PHARMACY
PT12173 Jalan BBN 1/1F
Bandar Putra Nilai
71800 Negeri Sembilan
06-7947884 / 0199423968
Rujukan :
1. myhealth.gov.my
2. ZENTEL Albendazole