Pusat Terapi Pertuturan CIK DA

Pusat Terapi Pertuturan CIK DA PTP CIK DA adalah tempat ibubapa boleh mendapatkan khidmat dari pakar Terapis Pertuturan-Bahasa.

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026.Hari ini kita raikan setiap usaha, pengorbanan, dan titik peluh yang dicurahkan demi men...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2026.

Hari ini kita raikan setiap usaha, pengorbanan, dan titik peluh yang dicurahkan demi mencari rezeki yang halal. Tidak kira di mana kita berada sama ada di pejabat, tapak binaan, jalanan, hospital, sekolah atau di rumah dan setiap pekerjaan itu mulia dan memberi makna besar kepada kehidupan.

Di sebalik kejayaan yang kita lihat, ada kerja keras yang tidak selalu dihargai, ada penat lelah yang tidak selalu terlihat. Namun percayalah, setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh amanah tidak akan pernah sia-sia.

Teruskan melangkah dengan semangat, walau kadang lelah datang menjengah kerana setiap langkah kecil hari ini adalah batu loncatan menuju masa depan yang lebih baik. Semoga segala usaha kita diberkati, dipermudahkan, dan dibalas dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada semua pekerja kerana anda adalah nadi kepada kemajuan dan harapan masa depan. 💙💪





30/04/2026

Alhamdulillah 🤲

Perjalanan perkembangan anak-anak sentiasa bermula dengan langkah-langkah kecil yang sangat berharga ✨

Terima kasih ibu bapa atas kepercayaan, sokongan dan komitmen yang sentiasa diberikan sepanjang perjalanan ini 🥰

Kami melihat anak-anak semakin menunjukkan perkembangan yang positif…mereka nampak lebih bersedia menerima arahan, lebih yakin untuk mencuba, dan semakin membina cara mereka berinteraksi dengan dunia sekeliling 💕

Ini bukan usaha satu pihak. Ia adalah hasil kerjasama antara terapi dan komitmen ibu bapa dalam memastikan anak sentiasa konsisten hadir dan mengikuti sesi intervensi💪

Setiap usaha yang berterusan ini sedang membentuk asas yang lebih kukuh untuk perkembangan mereka seterusnya, insyaAllah 🌈

👉 Teruskan bersama kami dalam perjalanan ini, kerana setiap langkah kecil hari ini adalah permulaan kepada pencapaian yang lebih besar 🤗





29/04/2026

Alhamdulillah 🤲

Setiap feedback daripada ibu bapa menjadi sumber semangat untuk kami terus konsisten memberikan yang terbaik 🤍 Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang tidak pernah putus kepada Pusat Terapi Pertuturan CIK DA.

Paling bermakna buat kami apabila melihat anak-anak hadir dengan penuh keterujaan, mula berusaha sendiri, dan semakin menunjukkan sikap berdikari ✨ Itu tanda perkembangan yang sedang terbina.

Di sini, setiap sesi dirancang dengan tujuan yang jelas. Setiap intervensi memberi fokus kepada perkembangan komunikasi, tingkah laku dan keyakinan diri anak-anak 💕

Perubahan ini lahir daripada usaha berterusan serta komitmen ibu bapa dalam memastikan anak hadir secara konsisten 💪

Setiap langkah hari ini sedang membuka peluang kepada perkembangan yang lebih besar pada masa hadapan, insyaAllah 🌈

🤍 Bersama, kita bantu anak-anak melangkah lebih jauh mencapai potensi terbaik mereka.




28/04/2026

Ibu ayah…jujur ya 👀

Pernah rasa risau tentang perkembangan anak,
tapi pilih untuk diamkan saja?

“Maybe nanti okay kot…”

Tapi sampai bila nak tunggu? ⏳

🚨 Jika ada tanda-tanda yang merisaukan, jangan normalisasikan terlalu awal

Anak tak perlukan “tunggu dulu”
Mereka perlukan bantuan sekarang 🤍

📞 Hubungi kami untuk sesi konsultasi
📲 Scan QR code untuk maklumat lanjut





Anak tantrum.Menjerit. Menangis. Melawan.Dan ya…kita pun meletup.Lepas tu?Sunyi.Anak diam.Kita…rasa bersalah.Tapi dengar...
27/04/2026

Anak tantrum.
Menjerit. Menangis. Melawan.

Dan ya…
kita pun meletup.

Lepas tu?
Sunyi.

Anak diam.
Kita…rasa bersalah.

Tapi dengar ni…

Anak bukan sengaja melawan.
Mereka cuma tak tahu urus emosi.

Bila kita jerit,
mereka tak faham.
Mereka cuma…takut.

Bila kita tenang,
mereka mungkin masih menangis,
tapi dalam hati mereka belajar:

“Aku selamat.”

Tak perlu jadi ibu ayah sempurna.
Tapi kita ada pilihan…

Nak besarkan anak dengan takut,
atau dengan rasa selamat?

Sebab satu hari nanti…
anak mungkin lupa apa yang kita marah…
tapi mereka tak akan lupa
bagaimana kita buat mereka rasa 💙





Alhamdulillah 🤲Terima kasih ibu bapa atas kepercayaan dan kerjasama yang sentiasa diberikan. Setiap usaha kecil hari ini...
26/04/2026

Alhamdulillah 🤲

Terima kasih ibu bapa atas kepercayaan dan kerjasama yang sentiasa diberikan. Setiap usaha kecil hari ini sedang membentuk perubahan yang besar dalam perjalanan anak-anak kita 🌱

Kami sangat gembira melihat perkembangan yang semakin positif dan konsisten dari semasa ke semasa 💛

Setiap pencapaian, walaupun kelihatan kecil, sebenarnya sangat berharga dan memberi impak besar untuk masa depan mereka 💕

Semoga perjalanan ini terus dipermudahkan, dan anak-anak terus berkembang dengan lebih yakin, stabil dan bermakna ✨





23/04/2026

Setiap anak membesar dengan cara dan keunikan tersendiri 💛✨

Namun, jika si kecil:
⚡ Sukar fokus / terlalu aktif
🔊 Sensitif terhadap bunyi
🤔 Sukar memahami arahan
😢 Mudah marah atau menggigit

Ini mungkin tanda mereka memerlukan sokongan awal 🌱

Di Pusat Terapi Pertuturan CIK DA, kami percaya setiap anak belajar dengan cara berbeza 🧠💬

Dengan intervensi yang tepat, anak boleh:
🗣️ Berkomunikasi dengan lebih baik
❤️ Mengawal emosi
🌈 Lebih yakin dalam kehidupan seharian

⏳ Jangan tunggu sehingga cabaran menjadi lebih besar.

✨ Tindakan awal membuka lebih banyak peluang untuk masa depan anak anda.

📞 Hubungi kami untuk sesi konsultasi.
📲 Scan QR code untuk maklumat lanjut!





Anak istimewa tidak hadir untuk diubah menjadi seperti orang lain.Mereka hadir untuk mengajar kita melihat dunia dari su...
22/04/2026

Anak istimewa tidak hadir untuk diubah menjadi seperti orang lain.

Mereka hadir untuk mengajar kita melihat dunia dari sudut yang lebih penuh kasih dan makna.

Mereka tidak meminta untuk difahami dengan sempurna,
cukup sekadar kita hadir, menerima, dan membimbing dengan penuh kesabaran.

Setiap perubahan kecil adalah satu pencapaian yang layak dihargai sepenuh hati🌷

Dengan sokongan yang tepat dari segi kesihatan, pendidikan, dan kasih sayang keluarga,
mereka mampu berdiri teguh dan bersinar dengan cara mereka sendiri ✨

Kerana hakikatnya, kejayaan tidak diukur dengan satu ukuran yang sama…
dan kejayaan mereka mungkin berbeza, tetapi nilainya tetap luar biasa 💙




21/04/2026

Masa kualiti > Masa kuantiti ❤️‍🩹

Bersama anak bukan tentang berapa lama,
tetapi bagaimana kita hadir dalam setiap momen 💖

10–20 minit dengan:
✨ fokus penuh
👀 eye contact
🗣️ komunikasi penuh kasih

…jauh lebih bermakna daripada berjam-jam tanpa perhatian📱

Untuk anak berkeperluan khas,
🤍 sentuhan
🤍 sokongan emosi
🤍 kehadiran ibu bapa

adalah asas penting dalam perkembangan mereka 🌈

Jadi hari ini, pilih untuk:
✨ hadir sepenuh hati
✨ bina hubungan
✨ cipta momen kecil yang bermakna

Kerana bagi anak,
kehadiran kita adalah dunia mereka 🌍💕




19/04/2026

Terima Kasih Anakku, Kerana Mengajar Kami Erti Sabar. 🕊️

Kehadiran anak pertama bukan sekadar menambah ahli keluarga, tapi mengubah seluruh dunia kita.

• Terima perubahan dengan hati terbuka.
• Kawal emosi dengan kasih sayang.
• Saling menyokong antara suami isteri.
• Elakkan membandingkan perjalanan kita dengan orang lain.

Setiap anak itu unik, dan setiap ibu bapa itu hebat dengan cara tersendiri. Semangat buat semua 'new parents'! 💪 :)




17/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin✨🌙

PART 3
- Random Video Student
- Ucapan Hari Raya




17/04/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin✨🌙

PART 2
- Sesi Bergambar Solo
- Sesi Bergambar Group
- Sesi Pembahagian Duit Raya & Goodies




Address

LOT 2655, WISMA ARIFF, TINGKAT 2, KAMPUNG PANJANG, 16010, KOTA BHARU, KELATAN
Kampong Binjai
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601111036624

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Pertuturan CIK DA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Terapi Pertuturan CIK DA:

Share