Imagi Dansi

Imagi Dansi Info tentang kesihatan luaran & dalaman lelaki

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!Panggilan manja itu tanda a...
10/09/2022

Hilang Gelaran Manja Lepas Kahwin? Usah Begitu! Ada Banyak Manfaat Panggil Pasangan 'Sayang'!

Panggilan manja itu tanda anda cinta?
Masihkah anda ingat ketika saat pertama kali berkenalan dengan pasangan? Pada ketika itu, masih tiada nama yang manis-manis kerana masing-masing juga rasa malu dan segan.

Dalam fasa sedang berkawan , panggilan yang biasa digunakan seperti ‘Saya – Awak’, ‘Kau – Aku’ atau ‘I – You’ sebelum ia berubah kepada nama lebih sweet seiring waktu berjalan.

Ada juga yang mungkin akan membahasakan diri atau pasangan dengan nama asal mereka sahaja contoh; ‘Aiman – Aina’ dan ini boleh kekal sehingga mereka tiba ke fasa seterusnya.

Apabila pasangan itu sudah tiba di persimpangan percintaan, panggilan-panggilan yang formal ini akan mula berubah secara semula jadi kepada sesuatu yang lebih romantik, seperti contoh di atas tadi.

Variasi panggilan pasangan orang kita?

Ya, mungkin masih ada pasangan daripada orang kita yang menggunakan panggilan dalam bahasa asing seperti Baby, Babe,

Honey dan lain-lain namun ada juga yang kurang biasa dengannya.

Ini kerana orang kita mungkin lebih biasa dengan panggilan dalam bahasa kita sahaja dan ini tidak p**a mengehadkan pada satu tahap yang minimum kerana ia tetap akan membawa kesan yang sama.

Contohnya, pasangan masyarakat kita mungkin lebih biasa menggunakan panggilan yang berikut:

Panggilan manja untuk suami – Sayang, Abang, Kanda, Ayang
Panggilan manja untuk isteri – Sayang, Adik, Dinda, Ayang

Sebenarnya, tiada masalah untuk anda sapa pasangan dengan panggilan apapun asalkan ia tetap mempunyai maksud yang baik.

Namun, apa p**a salahnya untuk anda jadi lebih romantik, bukan?
Jangan malu panggil pasangan anda ‘Sayang’!

Konklusinya, panggilan manis terhadap pasangan itu mampu untuk membuahkan benih kasih dan sayang yang akan mengeratkan lagi menguatkan hubungan di dalam rumah tangga.

Ayuh, mulakan pada hari ini juga! Siapa tahu mungkin ia akan buat hubungan anda dan pasangan itu lebih hangat?

Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?Ketika mencapai usia matang atau tua...
09/09/2022

Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ketika mencapai usia matang atau tua, setiap individu tanpa mengira jantina pasti akan merasakan kesannya terhadap tubuh badan termasuklah wanita 40an.

Wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini juga sudah kian menghampiri umur menopaus dan kehidupan seksual mungkin tidak lagi hangat dan hebat.

Tidak, ada kajian yang cakap bahawa wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual! Benarkah? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi.
Wanita 40an itu matang atau tua?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita mengetahui perkara penting ini terlebih dahulu.

Jadi, adakah wanita yang termasuk di dalam lingkungan usia ini boleh dikategorikan sebagai matang atau tua?
Jawapan mudahnya adalah mungkin mereka boleh dikatakan sudah matang namun masih belum tua jika dinilai dari aspek menopaus.

Ini kerana kajian medlineplus.gov menyatakan bahawa majoriti wanita akan mula berhenti datang haid sekitar usia 45 tahun ke atas.

Seperti mana yang kita tahu, menopaus akan mengakibatkan pelbagai perubahan terhadap tubuh badan seorang wanita termasuklah aspek kemahuan dan kemampuan seksual mereka.

Namun tahukah kalian bahawa ada kajian yang kata wanita 40an sebenarnya lebih aktif dan puas secara seksual?

Wanita 40an lebih aktif dan puas secara seksual?
Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Medicine, majoriti wanita akan lebih aktif dan puas secara seksual menjelang usia 40 tahun dan ke atas.
Kajian ini telah menyelidik sekump**an wanita dalam lingkungan usia 40 sehingga 100 tahun dengan median umur 67 tahun.

Separuh daripada responden ini mengatakan masih aktif secara seksual dan majoriti mereka mengatakan masih mampu untuk terangsang dan mencapai orgasma walaupun selepas menjangkau usia 80 tahun.

Antara dapatan kajian paling menarik adalah wanita yang berusia 40 ke atas dan 55 ke bawah dikatakan lebih aktif dan puas secara seksual.

“Kajian ini sangat mengejutkan kerana majoriti wanita lewat usia mengatakan mereka masih puas dengan kehidupan seks bersama pasangan”, jelas pengkaji Elizabeth Barrett-Connor.

Dalam erti kata yang lebih mudah, menopaus mungkin bukan alasan bagi wanita hambar di ranjang kerana kajian ini jelas menunjukkan bahawa wanita 40an masih mampu aktif dan puas secara seksual!

Sekadar foreplay mungkin sudah memadai

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kepuasan seksual hanya mampu dicapai melalui hubungan kelamin yakni penetrasi z***r ke dalam f***j semata-mata.

Sebenarnya, pemikiran sebegini harus diubah dan ditukar kerana sekadar foreplay mungkin sudah memadai buat wanita 40an atau lebih tua lagi.

Dalam erti kata yang lebih mudah, wanita lewat usia mungkin sudah tidak mendambakan kepuasan seksual melalui kemas**an z***r ke dalam f***j sahaja.

Namun sekadar sentuhan, pelukan atau ciuman mungkin sudah mampu untuk membuat mereka puas.
Seks bukan lagi keutamaan buat mereka

Penjelasan yang lain berkaitan perkara ini adalah disebabkan wanita 40an atau lebih tua lagi mungkin sudah tidak menjadikan seks sebagai keutamaan buat mereka.

Ini seterusnya menjadikan mereka akan berasa s**a dan gembira meskipun tidak lagi aktif secara seksual bersama pasangan kerana bukan itu yang didambakan.

Sebaliknya, mungkin mereka lebih mengejar kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak melalui percakapan dan perbuatan yang menzahirkan perasaan cinta serta kasih sayang.

Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!Nafsu syahwat siapa lebih tinggi- lelaki@wanit...
07/09/2022

Siapa Lebih Bernafsu Tentang Seks, Lelaki Atau Wanita? Ini Jawapan Kajian!

Nafsu syahwat siapa lebih tinggi- lelaki@wanita?

Baiklah, tanpa membuang masa lagi marilah sama-sama kita selami kajian dan huraian untuk menentukan siapa yang mempunyai nafsu syahwat lebih besar sama ada lelaki atau wanita.

Lelaki lebih bernafsu?

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association pada tahun 1999, golongan lelaki adalah lebih ‘lapar’ dan ‘dahaga’ akan seks.

Ini dibuktikan melalui kenyataan di mana majoriti lelaki berusia 50 tahun ke atas sekalipun masih memikirkan dan mungkin melakukan aktiviti seksual dengan kerap.

Berbanding dengan wanita, Pakar Sosiologi Edward O. Laumann mendedahkan bahawa kira-kira 30% dari mereka adalah rendah atau tidak langsung mempunyai libido.

Dalam erti kata yang lebih mudah, kajian ini mendapati bahawa lelaki adalah golongan yang lebih bernafsu tentang seks berbanding golongan wanita.

Pun begitu, kajian ini sahaja tidak mampu untuk membuktikan sesuatu yang begitu rumit ini.

Wanita lebih bernafsu?

Pada tahun 2000 hingga 2002, Pakar Psikiatri Rosemary Basson telah menemubual ratusan wanita untuk mendapatkan pendapat mereka tentang seks.

Hasilnya mendapati bahawa majoriti golongan wanita juga adalah bernafsu tinggi, cuma mereka ‘lambat panas’.

Pada responden kajian ini menyatakan bahawa kebanyakan wanita akan berasa neutral ketika belum atau baru sahaja ingin melakukan hubungan seks.

Namun segalanya akan berubah tatkala mereka sedang bersenggama dengan pasangan tercinta dan nafsu syahwat akan meningkat mendadak ketika ini.

Ini membuktikan bahawa kaum Hawa juga sama bernafsu seperti kaum Adam cuma mereka mungkin memerlukan rangsangan yang lebih hebat pada awal aktiviti seksual.

Nafsu syahwat penting untuk seks yang sejahtera!

Baiklah, sekarang kita sudah tahu jawapannya dan tiada mana-mana pihak yang lebih bernafsu berbanding pihak yang satu lagi.

Maka adalah wajar untuk kita tahu bahawa libido ini sangat penting untuk hubungan di kamar tidur yang lebih sejahtera terutamanya buat suami isteri.

Disebabkan itu, anda dan pasangan perlu bijak dan bersikap terbuka untuk membincangkan segala masalah di ranjang untuk mencari penyelesaiannya.

Jika isteri kesayangan anda itu kelihatan seperti tidak berminat sahaja dengan aktiviti seksual, encik suami jangan mudah berputus asa ya?

Sesuai dengan kajian yang dinyatakan tadi, mereka mungkin ‘lambat panas’ dan hanya akan menikmati seks ketika sedang melakukannya!

Oleh itu, berkomunikasilah demi hubungan di kamar tidur kalian berdua terjamin bahagia sentiasa.

Cara Mencegah dan Merawat Penyakit Tiga Serangkai :Penyakit tiga serangkai bermaksud penyakit darah tinggi, kencing mani...
07/09/2022

Cara Mencegah dan Merawat Penyakit Tiga Serangkai :

Penyakit tiga serangkai bermaksud penyakit darah tinggi, kencing manis dan tinggi kolesterol. Seseorang boleh menghidap salah satu atau gabungan ketiga-tiga penyakit tersebut. Ketiga-tiga penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi yang lebih berbahaya seperti serangan jantung, strok dan sakit buah pinggang.

Penyebab utama kematian di Malaysia adalah penyakit kardiovaskular yang terdiri daripada penyakit jantung koronari dan angin ahmar atau strok. Hampir 30 % kematian yang disahkan oleh doktor di Malaysia disebabkan penyakit kardiovaskular.

Di antara punca utama kematian penyakit kardiovaskular adalah penyakit jantung koronari yang merupakan 18 % daripada kesemua kematian di negara kita. Penyakit jantung koronari adalah merupakan pembunuh utama diikuti dengan angin ahmar/strok.

Faktor risiko utama penyebab penyakit jantung koronari dan angin ahmar/strok adalah:

o Gaya hidup tidak aktif atau sedentari.
o Amalan pemakanan yang tidak sihat.
o Tabiat buruk merokok.

Penyakit diabetis juga berkait rapat dengan gaya hidup sihat yang tidak aktif. Ini juga merupakan salah satu faktor risiko utama untuk penyakit jantung. Prevalen penyakit diabetis di Malaysia juga telah meningkat dari tahun ke tahun. Kos rawatan untuk penyakit diabetis juga semakin meningkat akibat komplikasi yang dihadapi oleh pesakit diabetis seperti penyakit buah pinggang, jantung dan kebutaan.

Kanser juga merupakan pembunuh utama kelima di Malaysia. Kanser payudara juga dikaitkan dengan gaya hidup tidak aktif adalah merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan wanita di negara ini.

Kejadian beberapa penyakit kronik berhubung rapat dengan gaya hidup yang tidak aktif. Kajian senaman yang dijalankan di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6 % daripada rakyat Malaysia yang aktif bersenam (bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu).

Manakala 69.1 % tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu. Golongan yang didapati amat kurang bersenam ialah wanita, pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan mereka yang meningkat tua.

Cerita Lawak Di Hospital – Perbualan Doktor dan PesakitPerbualan Doktor dan PesakitPesakit : Doktor kenapa rambut kat at...
05/09/2022

Cerita Lawak Di Hospital – Perbualan Doktor dan Pesakit

Perbualan Doktor dan Pesakit

Pesakit : Doktor kenapa rambut kat atas kepala saya ni cepat sangat beruban ? Dah puas saya cari ubat.

Doktor. : Sebab di atas kepala kita ni ialah pusat pemikiran
Pesakit : Tapi kenapa rambut kat bawah saya ni tak beruban ?

Doktor : Sebab rambut kat bawah tu pusat hiburan
Hahahahahaha!!!

5 Petanda Hubungan Suami Isteri Tidak Lagi SEMESRA Dulu. Berhati - hati Dengan Petanda Nombor 2*1 - CurangIni adalah per...
04/09/2022

5 Petanda Hubungan Suami Isteri Tidak Lagi SEMESRA Dulu. Berhati - hati Dengan Petanda Nombor 2

*1 - Curang

Ini adalah perkara utama yang menyebabkan pasangan tawar hati. Sesungguhnya pengalaman dicurangi sangat tidak boleh diubati.

*2 - Hubungan kelamin tidak lagi menjadi kegemaran

Antara kenikmatan alam perkahwinan ialah tiada tembok pemisah antara lelaki dan perempuan. Kedua - duanya bebas meluahkan rasa cinta secara fizikal antara satu sama lain. Namun, apabila ia semakin kurang , ikatan kuat yang mengikat suami dan isteri bakal putus pada bila - bila masa saja. Lelaki atau perempuan mesti saling memuaskan barulah kehidupan seharian penuh dengan kasih sayang.

*3 - Tiada lagi layanan mesra

Balik kerja tidak di sambut, makan minum tak terjaga. Isteri p**a jarang memasak, isteri tak di pandang suami, masa rehat isteri tidak menjadi kepentingan. Perkara sebegini lama kelamaan akan merebak dan boleh menjadi lebih teruk.

*4 - Pasangan saling tidak bertentang mata

Nampak seperti tidak penting, tetapi pandangan mata ini sangat memberi erti. Apabila seseorang bercakap, adalah amat penting ada "eye contact" yang menunjukkan ada hubungan yang kuat. Apabila pandangan ini telah tiada, bermakna yang mendengar sudah tidak fokus ,fikir ke arah lain dan yang bercakap p**a rasa tidak penting. Dari sinilah datangnya perasaan TAWAR HATI.

*5 - Tidur bersama tapi jiwa tiada

Hanya beberapa inchi saja yang menjarakkan suami isteri, tetapi pada hakikatnya amat jauh. Bila seorang sudah mula dengan facebook dan seorang lagi p**a dengan instagram. Kedua - duanya melihat kebahagiaan orang lain dan takde usaha untuk memperbaiki hubungan.

Masalah kesihatan orang lelaki yang lazim di MalaysiaPada tahun 2006, punca utama yang menyebabkan kematian dalam kalang...
04/09/2022

Masalah kesihatan orang lelaki yang lazim di Malaysia

Pada tahun 2006, punca utama yang menyebabkan kematian dalam kalangan orang lelaki ialah penyakit jantung iskemia (13.3%), kemalangan jalan raya (7.9%), septicaemia (6.2%), penyakit serebrovaskular (6.3%) dan pneumonia (5.2%).

Dari segi kesihatan seksual lelaki p**a, penyakit yang sering dijadikan kajian di negara kita ialah disfungsi erektil dan ejakulasi pramatang.

Menurut kajian, prevalens untuk penyakit disfungsi erektil berada pada sekitar 15 hingga 54% untuk lelaki berusia 40 tahun ke atas.

Manakala, untuk penyakit ejakulasi pramatang p**a, ia didapati berlaku sebanyak 22-38% ke atas lelaki daripada setiap kump**an umur.

Di Malaysia, penyakit ini mula mendapat perhatian disebabkan kesan negatifnya terhadap kualiti hidup kaum Adam.

Namun, ada banyak lagi penyakit lelaki lain yang perlu diambil berat seperti penyakit Peyronie, kesihatan z***r, masalah hormon dan lain-lain.

Address

538 Km 16 Tehel Batu Beremdam
Kampong Cheng
77200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imagi Dansi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram