Physio Hut - Fisioterapi Kelantan

Physio Hut - Fisioterapi Kelantan Physiotherapy & Wellness Centre
✓Fisioterapi (Centre & Ke Rumah)
✓Sport Massage & Therapeutic Massage
✓Bekam Klinikal & Sunnah
✓Akupunktur & Dry Needling

Walaupun nampak macam “simple”, latihan guna dumbbell sebenarnya ada teknik yang betul 💪Ramai ingat angkat ringan tak be...
10/04/2026

Walaupun nampak macam “simple”, latihan guna dumbbell sebenarnya ada teknik yang betul 💪

Ramai ingat angkat ringan tak beri kesan…
Tapi hakikatnya, kalau buat dengan cara yang salah:
❌ Boleh tambah sakit
❌ Otot tak aktif dengan betul
❌ Risiko injury berulang

Sebaliknya, bila teknik betul:
✔️ Otot diaktifkan dengan lebih efektif
✔️ Bantu kuatkan bahagian yang lemah
✔️ Kurangkan ketegangan & sakit
✔️ Percepatkan proses recovery

Sebab tu dalam sesi fisioterapi, kami bukan sekadar bagi exercise —
kami guide step by step, betulkan postur, dan pastikan setiap pergerakan selamat & berkesan 👩🏻‍⚕️✨

Recovery yang betul bukan tentang buat banyak…
tapi buat dengan teknik yang tepat.

📩 Nak tahu exercise yang sesuai dengan kondisi anda?
Jom buat physiotherapy assessment dengan kami sekarang!

📞 Walk-in atau booking slot pun boleh
📍 Physio Hut & Wellness Centre

Perbaiki Postur, Kurangkan SakitLatihan menggunakan gymball membantu menguatkan otot teras (core), memperbaiki postur da...
09/04/2026

Perbaiki Postur, Kurangkan Sakit

Latihan menggunakan gymball membantu menguatkan otot teras (core), memperbaiki postur dan mengurangkan risiko kecederaan.
Dengan bimbingan physiotherapist yang betul, setiap pergerakan jadi lebih selamat dan berkesan.

Sesuai untuk:
✔️ Sakit belakang
✔️ Masalah postur
✔️ Pemulihan kecederaan
✔️ Penguatan otot badan

Mulakan langkah kecil hari ini untuk badan yang lebih kuat esok. ✨

𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓! 𝐀𝐧𝐢𝐨𝐬𝐲𝐦𝐞 𝐗𝟑 𝐃𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐃𝐢 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐊𝐚𝐦𝐢!Good news untuk semua pelanggan kami!Aniosyme X3 kini dah RESTOCK d...
08/04/2026

𝐑𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐀𝐋𝐄𝐑𝐓! 𝐀𝐧𝐢𝐨𝐬𝐲𝐦𝐞 𝐗𝟑 𝐃𝐚𝐡 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐃𝐢 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 𝐊𝐚𝐦𝐢!

Good news untuk semua pelanggan kami!
Aniosyme X3 kini dah RESTOCK di centre kami!

Aniosyme X3 ialah cecair enzimatik yang digunakan untuk membersihkan dan menanggalkan kotoran organik seperti darah, tisu dan protein pada peralatan perubatan dengan lebih efektif dan selamat.

Siapa yang sesuai guna Aniosyme X3?
✅ Klinik fisioterapi
✅ Klinik bekam
✅ Klinik kesihatan & rawatan
✅ Pengamal rawatan yang menggunakan peralatan berulang
✅ Mana-mana centre yang mementingkan kebersihan dan standard disinfeksi yang tinggi

Dengan penggunaan Aniosyme X3, peralatan anda boleh dibersihkan dengan lebih menyeluruh sebelum proses disinfeksi seterusnya — lebih bersih, lebih selamat, lebih yakin! 🧼✨

⚠️ Stok adalah TERHAD — dapatkan segera sementara masih ada!
📩 WhatsApp kami sekarang untuk tempahan
📍 Boleh walk-in terus ke centre kami

Individu yang TIDAK AKTIF secara fizikal akan kehilangan 3% hingga 5% j***m otot setiap 10 tahun selepas berumur 30 an.P...
07/04/2026

Individu yang TIDAK AKTIF secara fizikal akan kehilangan 3% hingga 5% j***m otot setiap 10 tahun selepas berumur 30 an.

Proses DEGENERATIF ini juga dikenali sebagai Sacropenia.

Ia biasanya akan berlaku dengan lebih cepat bila mencecah umur 75 tahun atau pun seawal 65 tahun. 😱

Sacropenia juga merupakan antara faktor penyebab warga emas sering HILANG KESEIMBANGAN dan berisiko mengalami PATAH akibat daripada jatuh.

Sememangnya kita tidak boleh menghentikan proses penuaan ini.

Tapi. . . Ada cara untuk melambatkannya melalui amalan GAYA HIDUP SIHAT, AKTIF dan PEMAKANAN yang seimbang.

Selama kita bergerak, otot kita akan turut bekerja dan secara automatik akan menjadi KUAT.

Oleh itu, aktifkan otot kita dengan melakukan aktiviti atau HOBI kegemaran seperti berkebun, berjalan, berkayak atau berbasikal. Tiada alasan untuk terbaring atau duduk sahaja hanya kerana bertambah usia.

Mudah kan? Jom mula gaya hidup sihat hari ni. 🥰

07/04/2026

𝙎𝙀𝙉𝘼𝙈𝘼𝙉 𝙒𝘼𝙍𝙂𝘼 𝙀𝙈𝘼𝙎 𝘽𝙐𝘼𝙏 𝘿𝙄 𝙍𝙐𝙈𝘼𝙃

Ramai ingat bila dah berumur, badan memang akan jadi lemah…

❌ Sebenarnya tidak.

Dengan senaman yang betul, warga emas masih boleh:
✅ Jalan tanpa sakit
✅ Lebih stabil (kurang risiko jatuh)
✅ Kekal aktif & berdikari

Dalam video ni kami share 3 senaman mudah untuk:
🦵 Kuatkan otot kaki
⚖️ Improve keseimbangan badan

Sesuai untuk buat di rumah 💯

Kalau mak ayah atau anda sendiri ada masalah:
📌 Sakit lutut
📌 Mudah hilang balance
📌 Cepat penat bila berjalan

Jangan tunggu jadi lebih teruk.

💬 Comment “NAK” atau hubungi kami di 01125600049 (Admin) untuk check kondisi & guide latihan yang sesuai.”

JAWATAN KOSONGFISIOTERAPIS (SEPENUH MASA)Kami mencari fisioterapis berdedikasi untuk menyertai team Physio Hut yang komi...
06/04/2026

JAWATAN KOSONG

FISIOTERAPIS (SEPENUH MASA)

Kami mencari fisioterapis berdedikasi untuk menyertai team Physio Hut yang komited dalam memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.



KELAYAKAN

• Minimum Diploma / Ijazah dalam Fisioterapi
• Fresh graduates dialu-alukan untuk memohon



KELEBIHAN

• Gaji basic + elaun & komisyen
• KWSP + PERKESO + EIS
• Ganjaran prestasi tahunan
• Cuti tahunan & cuti sakit
• Uniform disediakan
• Kursus & latihan komprehensif
• Peluang perkembangan kerjaya



LOKASI
Kota Bharu, Kelantan



UNTUK PERTANYAAN :
011-2560 0049 (Ms. Mira)

𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧? 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐫𝐨𝐧𝐢𝐤!Sakit pergelangan tangan, kebas jari, atau rasa lemah bila genggam barang...
06/04/2026

𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧? 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐫𝐨𝐧𝐢𝐤!

Sakit pergelangan tangan, kebas jari, atau rasa lemah bila genggam barang?
Rawatan ultrasound therapy bantu:
✔ Kurangkan sakit & keradangan
✔ Tingkatkan aliran darah untuk percepatkan healing
✔ Legakan tegang pada tendon & saraf

Sesuai untuk masalah seperti:
🌿 Carpal Tunnel Syndrome
🌿 Tendonitis
🌿 Overuse injury (kerja banyak guna tangan)

Rawatan ni painless, selesa & cepat ✨
Ramai dah mula rasa perubahan selepas beberapa sesi!

Jangan biar sakit ganggu aktiviti harian.
📲 WhatsApp kami sekarang untuk slot rawatan
📍 Physio Hut Kota Bharu


𝟳 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘂𝗽𝘂𝗻𝗸𝘁𝘂𝗿Ramai ingat akupunktur cuma cucuk jarum… tapi sebenarnya lebih dari itu 👇Terapi akupunktur membant...
05/04/2026

𝟳 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗔𝗸𝘂𝗽𝘂𝗻𝗸𝘁𝘂𝗿

Ramai ingat akupunktur cuma cucuk jarum… tapi sebenarnya lebih dari itu 👇

Terapi akupunktur membantu merangsang sistem semulajadi badan untuk pulih dengan lebih efektif.
Antara kebaikan utama:
✨ Mengurangkan sakit otot & sendi
✨ Melancarkan peredaran darah
✨ Mengurangkan stress & anxiety
✨ Meningkatkan kualiti tidur
✨ Membantu masalah migrain & sakit kepala
✨ Kurangkan ketegangan badan
✨ Support proses healing secara semulajadi

Rawatan ini sesuai untuk anda yang nak alternatif tanpa ubat dan lebih fokus pada pemulihan secara natural.

Kalau selalu rasa badan tegang, penat atau sakit berulang — mungkin ini solusi yang anda cari.

📩 Hubungi kami sekarang untuk konsultasi
📞 WhatsApp 01125600049 (Hotline) untuk booking slot anda hari ini
⏳ Slot terhad setiap hari — cepat secure tempat anda!

Pernah tak tengok seseorang dengan masalah 𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹 ❓Atau anda sendiri yang mengalami nya ❓Simp**an urat...
04/04/2026

Pernah tak tengok seseorang dengan masalah 𝘂𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹 ❓Atau anda sendiri yang mengalami nya ❓

Simp**an uratnya berwarna kebiruan atau ungu gelap dan kelihatan timbul. Keadaan ini dinamakan 𝗩𝗘𝗡𝗔 𝗩𝗔𝗥𝗜𝗞𝗢𝗦.

Vena varikos adalah satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang mengalami kemelesetan aliran vena; akan tetapi keadaan ini kerap melibatkan anggota kaki.

Vena varikos terbentuk apabila saluran darah yang dipanggi vena di urat lemah dan gagal untuk kembali ke jantung. Darah kemudian dapat bergerak ke kawasan kapilari di bawah lapisan kulit (yang timbul di atas kulit anda) supaya tekanan gravity dapat menariknya ke jantung.

Insiden vena varikos ini meningkat dengan peningkatan umur. Kajian mendapati prevalens vena varikos kalangan wanita adalah lima kali ganda berbanding lelaki.

𝗙𝗔𝗞𝗧𝗢𝗥
Faktor- faktor yang mungkin menjadi penyebab vena varikos ialah :
1️⃣ Sejarah keturunan
2️⃣ Kehamilan
3️⃣ Obesiti
4️⃣ Postur badan( berdiri atau duduk terlalu lama)
5️⃣ Pengambilan pil perancang keluarga bagi wanita
6️⃣ Pengambilan pil rawatan hormon

𝗚𝗘𝗝𝗔𝗟𝗔
Gejala- gejala vena varikos ialah :
✅ Lenguh dan sakit
✅ Gatal-gatal
✅ Bengkak kaki
✅ Kekejangan otot kaki
✅ Keresahan otot setempat

𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡
Pencegahan kemerosotan gejala vena varikos adalah penting. Antara cara yang dapat membantu kemerosotannya ialah :
✅ Pengurangan berat badan
✅ Mengangkat kaki melepasi paras jantung selama 30 minit 4 kali sehari
✅ Penggunaan stoking kompressi
✅ Senaman 'ankle pump'
✅ Senaman kaki melibatkan betis yang membantu melancarkan aliran darah ke jantung

Jangan ambil mudah dengan vena varikos kerana ia boleh menyebabkan pendarahan, inflammasi dan ulser kulit yang kronik.

04/04/2026

𝗡𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗢𝗦𝗧𝗨𝗥 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔 & 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨𝗞 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗸𝗲 𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻?
Start dengan ni dulu.

3 senaman.
1 minit setiap satu.
Ulang 3x sehari.

Simple, tapi ramai tak konsisten.

Kalau nak postur cantik & kurang sakit — buat. setiap. hari.

Rasa bahu makin hari makin keras?Nak angkat tangan pun mula sakit?Itu mungkin bukan sakit biasa — tapi frozen shoulder.K...
01/04/2026

Rasa bahu makin hari makin keras?
Nak angkat tangan
pun mula sakit?

Itu mungkin bukan sakit biasa — tapi frozen shoulder.

Keadaan ini berlaku bila sendi bahu jadi kaku dan pergerakan semakin terhad.
Kalau dibiarkan, nak pakai baju atau capai barang pun boleh jadi susah.

Dengan rawatan fisioterapi & senaman yang betul, pergerakan boleh dipulihkan secara berperingkat.
Jangan tunggu sampai bahu “lock” baru nak rawat.

📩 PM kami untuk pertanyaan atau booking slot.

📢 PERHATIAN / NOTICEUntuk makluman semua, caj tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap sesi rawatan untuk pelan...
01/04/2026

📢 PERHATIAN / NOTICE

Untuk makluman semua, caj tambahan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap sesi rawatan untuk pelanggan bukan warganegara.

Polisi ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada struktur perkhidmatan di Physio Hut bagi memastikan kualiti rawatan terus terjaga untuk semua pelanggan.

Kami amat menghargai kerjasama dan pemahaman anda. Terima kasih atas sokongan berterusan 🙏



📢 IMPORTANT NOTICE

Please be informed that an additional charge of RM50 per treatment session will apply to all non-citizen customers.

This is part of our service policy to maintain the quality of care we provide.

We truly appreciate your understanding and cooperation. Thank you for your continued support 🤝

Address

Lot 1175, Lorong SK Sultan Ismail 1, Jalan Kuala Krai
Kampong Dalam Kota
15150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601125600049

Website

https://linktr.ee/physiohut, https://easydesign.my.canva.site/physiohut-kb

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Physio Hut - Fisioterapi Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Physio Hut - Fisioterapi Kelantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

PUSAT RAWATAN FISIOTERAPI & SPA MUSLIMAH KOTA BHARU

Pusat Rawatan Fisioterapi & Spa Muslimah PERTAMA di bandar Kota Bharu.

Lengkap dengan peralatan dan mesin terapi canggih & terkini. Terapis kami p**a merupakan lulusan ijazah, terlatih & berpengalaman.

Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati rawatan kami tanpa kerisauan. Rawatan kami turut merangkumi pelbagai teknik manual, mobilisasi otot & sendi, elektroterapi serta senaman pemulihan.

Selain daripada rawatan fisioterapi untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, Physio Hut juga menyediakan servis Terapi Spa. Antaranya, pakej urutan badan, kaki, leher serta rendaman & scrub kaki.