PhysioHut Kota Bharu

PhysioHut Kota Bharu Physiotherapy & Wellness Centre
✓Fisioterapi (Centre & Ke Rumah)
✓Sport Massage & Therapeutic Massage
✓Bekam Klinikal & Sunnah
✓Akupunktur & Dry Needling

𝐀𝐩𝐚 𝐌𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐂𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐒𝐥𝐢𝐩 𝐃𝐢𝐬𝐜? 🤔Cervical slip disc ialah keadaan di mana disc (kusyen lembut) di bahagian tulang leher t...
03/12/2025

𝐀𝐩𝐚 𝐌𝐚𝐤𝐬𝐮𝐝 𝐂𝐞𝐫𝐯𝐢𝐜𝐚𝐥 𝐒𝐥𝐢𝐩 𝐃𝐢𝐬𝐜? 🤔

Cervical slip disc ialah keadaan di mana disc (kusyen lembut) di bahagian tulang leher terkeluar atau menonjol dari tempat asal, lalu menekan saraf di sekitar leher.

Disc ini berfungsi menyerap hentakan, tetapi apabila ia rosak atau berganjak, tekanan pada saraf akan menyebabkan:
✔️ Sakit leher
✔️ Sakit menjalar ke bahu, lengan atau jari
✔️ Kebas & semut-semut
✔️ Rasa lemah pada tangan
✔️ Pergerakan leher terhad

Ringkasnya:
👉 Cervical slip disc = disc di leher berganjak & menekan saraf hingga menyebabkan sakit dan gangguan pergerakan.

02/12/2025

Sakit leher yang selalu on off, rasa kebas di tangan, atau sakit menjalar ke bahu — semua ini mungkin tanda-tanda anda mempunyai cervical slip disc.

Masalah ini kerap berlaku kepada golongan yang:

🔹 Banyak kerja menggunakan komputer
🔹 Selalu tunduk tengok telefon
🔹 Duduk terlalu lama tanpa rehat
🔹 Mengangkat beban dengan postur salah
🔹 Mengalami tekanan otot dan sendi berulang setiap hari

Ia berlaku bila disc di antara tulang belakang leher mula menekan saraf — sebab itu boleh timbul rasa sakit, kebas dan lemah.

Tapi jangan risau , masalah ini boleh dirawat dengan rawatan yang betul melalui pemeriksaan awal.

🌿 Jom dengar penjelasan penuh daripada PT Fizah untuk faham punca sebenar cervical slip disc dan cara menguruskannya dengan lebih selamat.

Ramai yang kerap sakit leher tapi tak sedar itu mungkin tanda awal masalah cervical spine — termasuk slip disc, postur t...
01/12/2025

Ramai yang kerap sakit leher tapi tak sedar itu mungkin tanda awal masalah cervical spine — termasuk slip disc, postur tidak seimbang, atau tekanan berulang dari kerja harian.

Sempena Cervical Awareness Month, Physio Hut ingin mengajak anda untuk lebih peka dengan kesihatan leher, terutamanya jika anda mengalami:

🔹 Sakit leher yang berlarutan
🔹 Sakit menjalar ke bahu atau tangan
🔹 Rasa kebas atau semut-semut
🔹 Sakit bila duduk atau kerja terlalu lama
🔹 Kepala selalu rasa berat / tegang

Masalah kecil yang dibiarkan boleh menjadi lebih serius jika tidak ditangani awal. ☺️

"Stay tuned sepanjang bulan ini . Kami akan share info penting tentang sakit leher dan cara nak jaga serta rawat dengan betul" ✅

Untuk temujanji & pertanyaan ‣ WhatsApp kami: wassap.my/0112560049

Physio Hut Kota Bharu
“Healing Hands Care"💚

Terima kasih kerana memilih Physio Hut sebagai tempat rawatan anda !! 😉Setiap kali pesakit datang buat rawatan , support...
30/11/2025

Terima kasih kerana memilih Physio Hut sebagai tempat rawatan anda !! 😉

Setiap kali pesakit datang buat rawatan , support kami & share feedback memang buat kami rasa sangat dihargai 🥰

Team Physio Hut happy dapat bantu kurangkan sakit , bantu melegakan dan tengok progress pesakit makin baik hari demi hari. 💪🏻

Jumpa lagi di sesi rawatan seterusnya ya ! 🤗

✨ 𝐅𝐀𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒𝐈𝐂 — 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬, 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐫! ✨Kulit kusam, rasa tak bermaya, atau banyak habuk melekat lepas s...
27/11/2025

✨ 𝐅𝐀𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐂𝐋𝐀𝐒𝐒𝐈𝐂 — 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐑𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬, 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐫! ✨

Kulit kusam, rasa tak bermaya, atau banyak habuk melekat lepas seharian kerja?
Facial Classic ni memang sesuai untuk bagi kulit rehat & reset sekejap 😍

Dengan langkah pembersihan lembut + urutan muka yang relaxing, kulit rasa:
✔️ Lebih bersih & segar
✔️ Lembap semula
✔️ Nampak glowing natural
✔️ Kurang stress & lebih relaks

Rawatan ni sesuai untuk semua jenis kulit, terutama kalau nak maintenance setiap bulan.
Pendek, simple, tapi kesannya memang terasa!

💚 Jom booking slot anda — kami siap bantu kulit muka kembali cerah & sihat!

📍Physio Hut & Wellness Centre
(lorong SK Sultan Ismail 1 , Bunut Payong)

𝑲𝙖𝒅𝙖𝒏𝙜-𝙠𝒂𝙙𝒂𝙣𝒈, 𝙗𝒊𝙡𝒂 𝒔𝙖𝒌𝙞𝒕 𝒅𝙖𝒕𝙖𝒏𝙜, 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙥𝒖𝙣 𝙩𝒂𝙠 𝙥𝒂𝙨𝒕𝙞 𝙧𝒂𝙬𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙢𝒂𝙣𝒂 𝒚𝙖𝒏𝙜 𝙨𝒆𝙨𝒖𝙖𝒊 🤔Sebab tu di Physio Hut, ahli fisioterapi ...
26/11/2025

𝑲𝙖𝒅𝙖𝒏𝙜-𝙠𝒂𝙙𝒂𝙣𝒈, 𝙗𝒊𝙡𝒂 𝒔𝙖𝒌𝙞𝒕 𝒅𝙖𝒕𝙖𝒏𝙜, 𝒌𝙞𝒕𝙖 𝙥𝒖𝙣 𝙩𝒂𝙠 𝙥𝒂𝙨𝒕𝙞 𝙧𝒂𝙬𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙢𝒂𝙣𝒂 𝒚𝙖𝒏𝙜 𝙨𝒆𝙨𝒖𝙖𝒊 🤔

Sebab tu di Physio Hut, ahli fisioterapi kami akan terangkan satu per satu pilihan rawatan ikut keadaan badan pelanggan—supaya lebih yakin dan faham apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Pelan rawatan yang jelas, hasil yang lebih cepat. 🥰

Kalau ada rasa sakit atau ketegangan, boleh je datang—biar kami bantu jelaskan dengan lebih mudah.” 💚

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗦𝗜𝗢𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗛𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦Golongan warga emas dalam lingkungan umur 65 TAHUN ke atas mempunyai ri...
25/11/2025

𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗙𝗜𝗦𝗜𝗢𝗧𝗘𝗥𝗔𝗣𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗘𝗛𝗔𝗕𝗜𝗟𝗜𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦
Golongan warga emas dalam lingkungan umur 65 TAHUN ke atas mempunyai risiko tinggi untuk mengalami masalah hilang keseimbangan.

Risiko untuk jatuh ini boleh menyebabkan PATAH pada tulang paha atau pinggul.
Oleh itu, peranan Fisioterapi amatlah penting untuk mengatasi risiko ini daripada berlaku.

Antara peranan Fisioterapi untuk langkah pencegahan ini adalah :

✅Memberi pendidikan dan maklumat kepada penjaga dan juga warga emas mengenai risiko jatuh dan cara mencegahnya.

✅Pengurusan kesakitan menggunakan kaedah manual terapi,elektroterapi,senaman kekuatan,ketahanan dan gait training.

✅Senaman Vestibular juga membantu jika ada masalah keseimbangan yg berkaitan.

✅Senaman menguatkan otot lantai pelvik dan pundi kencing akan diajar jika mengalami kesukaran kawalan kencing

𝑴𝑬𝑵𝑪𝑬𝑮𝑨𝑯 𝑰𝑻𝑼 𝑳𝑬𝑩𝑰𝑯 𝑩𝑨𝑰𝑲 𝑫𝑨𝑹𝑰𝑷𝑨𝑫𝑨 𝑴𝑬𝑵𝑮𝑼𝑩𝑨𝑻𝑰.

Ambillah langkah awal dalam rehabilitasi warga emas. Jangan abaikan ibu bapa anda..

Physio Hut menawarkan konsultasi secara PERCUMA sahaja untuk awal tahun ini.

Hubungi 01125600049 (Admin) untuk maklumat lanjut.




23/11/2025

“𝐋𝐮𝐭𝐮𝐭 𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭 𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚?

Join live bersama PT Amani! Kita share tanda-tanda awal knee pain dan cara mudah nak atasi sebelum jadi lebih serius.

Masuk live, dapat ilmu—lutut pun lebih terjaga!”🥰

23/11/2025

Notis Penundaan Home Physio :

Dukacita dimaklumkan semua appointment fisioterapi (housecall) pada minggu ini akan ditunda buat sementara waktu sehingga cuaca mengizinkan. TQ & stay safe.

🌟 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐔𝐥𝐭𝐫𝐚𝐬𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚 🌟Terapi ultrasound bukan sekadar mesin — ia adalah teknik fisioterapi...
22/11/2025

🌟 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐩𝐢 𝐔𝐥𝐭𝐫𝐚𝐬𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚 🌟

Terapi ultrasound bukan sekadar mesin — ia adalah teknik fisioterapi yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu dengan lebih selamat dan berkesan.

Antara manfaat utama:
✨ Mengurangkan radang & bengkak
✨ Melegakan ketegangan otot
✨ Meningkatkan aliran darah pada kawasan bermasalah
✨ Mempercepatkan pemulihan kecederaan tisu lembut
✨ Sesuai untuk masalah seperti sakit bahu, siku, lutut, pinggang dan otot tegang

Di Physio Hut, setiap sesi terapi dilakukan oleh ahli fisioterapi bertauliah untuk memastikan rawatan yang selamat, tepat dan mengikut keperluan anda.

💚 Rawatan yang lembut, hasil yang lebih cepat.

📍Physio Hut ( bersebelahan SK Sultan Ismail 1 , Bunut Payong )
📞wassap.my/01125600049

𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗯𝗮𝘁 — 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗴𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂𝗽𝘂𝗻𝗸𝘁𝘂𝗿.Tapi siapa sebenarnya yang paling sesuai bua...
20/11/2025

𝗧𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗯𝗮𝘁 — 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗰𝗲𝗽𝗮𝘁 𝗹𝗲𝗴𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂𝗽𝘂𝗻𝗸𝘁𝘂𝗿.
Tapi siapa sebenarnya yang paling sesuai buat rawatan ni?

Jom kenali golongan yang dapat manfaat paling ketara daripada akupunktur, dari masalah saraf hingga ketegangan otot.”

✅Individu yang mengalami sakit otot & sendi
Termasuk:
- Sakit belakang
- Sakit leher & bahu
- Sakit lutut
- Sciatica / slipped disc ringan
- Frozen shoulder

✅Mereka yang mengalami sakit kepala / migrain.
Akupunktur membantu mengurangkan kekerapan dan keamatan sakit kepala.

✅Individu yang stres, cemas atau susah tidur.
Akupunktur membantu menenangkan sistem saraf dan meningkatkan kualiti tidur.

✅Orang yang ada masalah penghadaman
Seperti kembung, gastrik ringan, atau sembelit.

✅Wanita yang mengalami masalah haid.
Membantu mengurangkan senggugut dan mengimbangkan hormon (dengan pemantauan selamat).

✅Individu yang ingin tingkatkan pemulihan selepas kecederaan.
Atlet atau individu aktif yang perlukan bantuan pemulihan lebih cepat.

✅Mereka yang ingin tingkatkan imuniti & kesejahteraan keseluruhan.
Akupunktur membantu melancarkan peredaran darah dan merangsang sistem imun.

⚠️ 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶-𝗵𝗮𝘁𝗶?

❌Pesakit darah cair (contoh: warfarin)
❌ Pesakit dengan masalah kulit teruk di kawasan titik
❌ Wanita mengandung (perlu titik khusus & kena dibuat oleh terapis berpengalaman)
❌ Individu dengan penyakit kronik tertentu (perlu rujukan doktor)

18/11/2025

𝙏𝙚𝙧𝙨𝙚𝙡𝙞𝙪𝙝 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙡𝙞 𝙩𝙖𝙠 𝙖𝙥𝙖.
𝙏𝙚𝙧𝙨𝙚𝙡𝙞𝙪𝙝 𝙗𝙚𝙧𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙠𝙖𝙡𝙞? 𝙄𝙩𝙪 𝙩𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠 𝙘𝙪𝙠𝙪𝙥.

Dalam LIVE ni, PT Fizah daripada PhysioHut akan tunjuk cara kenal tahap kecederaan & apa rawatan yang betul supaya ankle anda tak “longgar” lagi.

Masuk kejap — jimat masa, elak cedera berulang. 💚

Address

Lot 1175, Lorong SK Sultan Ismail 1, Jalan Kuala Krai
Kampong Dalam Kota
15150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601125600049

Website

https://linktr.ee/physiohut

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PhysioHut Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PhysioHut Kota Bharu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

PUSAT RAWATAN FISIOTERAPI & SPA MUSLIMAH KOTA BHARU

Pusat Rawatan Fisioterapi & Spa Muslimah PERTAMA di bandar Kota Bharu.

Lengkap dengan peralatan dan mesin terapi canggih & terkini. Terapis kami p**a merupakan lulusan ijazah, terlatih & berpengalaman.

Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati rawatan kami tanpa kerisauan. Rawatan kami turut merangkumi pelbagai teknik manual, mobilisasi otot & sendi, elektroterapi serta senaman pemulihan.

Selain daripada rawatan fisioterapi untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan, Physio Hut juga menyediakan servis Terapi Spa. Antaranya, pakej urutan badan, kaki, leher serta rendaman & scrub kaki.