TasneemNaturel_MagicBalm

TasneemNaturel_MagicBalm Balm yg menggunakan bahan semulajadi. Banyak eo (essential oil) mengikut kesesuaian fungsi sesuatu balm. Sgt sesuai utk bayi anda. Tiada kerisauan lagi.

22/08/2023

Jom pengguna Tasneem. Jgn lepaskan peluang ni.

Send a message to learn more

Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat ...
03/02/2023

Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.

Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

"Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.

Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.

Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details."

"Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya"

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit".

Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.

Lagi aunty tu pesan.

Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.

"Oh ya, mama salah tadi..sorry"

Ada lagi. "Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.

You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang"

okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.

Dia just cakap kalau s**a bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?

Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.

Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting :)

Tq aunty.
Kredit to : Nurul Atika Moktar

Kawan2 yang duk dekat area Lotus Ampang, boleh dapatkan produk Tasneem di kedai baby The Bosses Baby Store  012-612 8455...
02/02/2023

Kawan2 yang duk dekat area Lotus Ampang, boleh dapatkan produk Tasneem di kedai baby The Bosses Baby Store
012-612 8455

https://g.co/kgs/4ekZW3

Moms di luar sana, nak tahu apa yang anda tak boleh buat masa pregnant ?Jom baca.Perkembangan janin di dalam rahim ibu s...
07/10/2022

Moms di luar sana, nak tahu apa yang anda tak boleh buat masa pregnant ?
Jom baca.
Perkembangan janin di dalam rahim ibu sangatlah dipengaruhi oleh apa yang dilakukan oleh ibu mengandung.
Pemakanan antara penjagaan utama buat ibu yang mengandung sebab itu perlunya pantang larang agar ibu tidak tersilap makan ketika mengandung .
Jom tengok pantang larang ketika ibu mengandung.
Tambahan
Aufa mama by Tasneem Naturel
AUFA MAMA Untuk Ibu Hamil & Berpantang Dengan ekstrak sarang burung, habbatus sauda, kurma, delima & madu.
Khas buat ibu-ibu yang mahu merangsang penghasilan susu badan, meningkatkan tenaga dan metabolisma tubuh. Juga sangat sesuai diambil wanita hamil untuk cegah anemia/hemoglobin rendah serta mengatasi kencing manis ketika mengandung. Ia turut baik untuk perkembangan & tumbesaran kandungan yang sihat serta pencegahan bayi kuning sewaktu lahir. AUFA Mama, peneman terbaik ibu-ibu untuk menempuhi alam keibuan dengan penuh optimis.

Tasneem Naturel
Teman baik untuk ibubapa dalam menjaga si manja !
❌ Perkongsian di dalam laman ini hanyalah untuk berkongsi maklumat, bukan digunakan sebagai nasihat atau alternatif perubatan . Jika anak anda menghadapi sebarang masalah kesihatan sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan yang berkelayakan.

👶🏻🤰🏻Dapatkan produk Tasneem Naturel di sini https://linktr.ee/ctnadia81







06/10/2022

Detik hati terasa diri mengandung, malah orang sekeliling ada p**a yang mengatakan ‘Eh macam ada isi’. Nak check, masih awal lagi, baru sehari dua terlepas ‘period‘. Lagipun terasa segan p**a untuk pergi membeli alat uji kehamilan. Untuk memudahkan anda, disini disertakan tujuh tanda awal mengandung yang boleh diperhatikan dengan teliti pada diri anda.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Melalui perkahwin...
05/10/2022

Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan agama, dapat memenuhi tuntutan biologi.

Semua pasangan suami isteri mengharapkan untuk beroleh zuriat yang baik setelah berkahwin, sebagai pelengkap rumah tangga yang dibina.

Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat, atau ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

04/10/2022

Sebagai ibu bapa, memang s**ar untuk kita menahan diri daripada membuat perbandingan antara anak-anak kita yang mencecah usia pra-sekolah dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Biasanya, perasaan bimbang akan menghantui kita jika anak kita tidak setinggi, atau sebesar atau sekuat kanak-kanak lain.

Usah bimbang. Selagi mereka aktif, cerdas dan mendapat pemakanan yang betul, kita tidak perlu khuatirkan tentang tumbesarannya. Semua tandatanda tersebut menunjukkan mereka sedang membesar dengan sihat. Akan tetapi jika berat badannya kian susut atau mereka cepat letih dan lesu, atau sering jatuh sakit, bawalah mereka berjumpa doktor dengan seberapa segera.

Dengan mengetahui bila haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui cara kira waktu subur atau ovulasi.W...
03/10/2022

Dengan mengetahui bila haid bermula dan berakhir, ia boleh membantu anda mengetahui cara kira waktu subur atau ovulasi.

Walaupun kitaran menstrual adalah berbeza untuk setiap wanita, namun ovulasi selalunya berlaku sekitar hari ke-10 hingga 16 sebelum haid anda yang seterusnya, ini bagi wanita yang mempunyai kitaran haid teratur.

Kenali Berbagai Cara Cepat Hamil Setelah MenikahMeningkatkan kesuburan merupakan cara cepat hamil setelah menikah yang p...
02/10/2022

Kenali Berbagai Cara Cepat Hamil Setelah Menikah

Meningkatkan kesuburan merupakan cara cepat hamil setelah menikah yang paling utama. Ada beberapa cara yang bisa Anda lakukan untuk meningkatkan kesuburan agar kehamilan bisa cepat terjadi, di antaranya:

Address

Kampong Gombak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TasneemNaturel_MagicBalm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram