25/11/2025
𝗕𝗮𝗯𝘆 𝗸𝗲-𝟲𝟵 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
Alhamdulillah Syukur Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Begitulah indahnya janji Allah SWT yang terbukti dalam kehidupan Puan D.N dan suami. Setelah dikurniakan seorang cahaya mata beberapa tahun lalu, pasangan ini berhasrat untuk menambah zuriat. Namun, perjalanan kali ini tidak semudah yang disangka.
Pada April 2025, dengan penuh harapan dan keyakinan kepada Allah SWT, Puan D.N kembali mendapatkan rawatan. Bulan demi bulan berlalu, lima kitaran induksi dan pemantauan folikel telah dilalui dengan penuh kesabaran. Namun mereka tidak pernah berputus asa, yakin bahawa setiap usaha pasti ada balasannya di sisi-Nya.
Subhanallah! Pada Oktober 2025, setelah lima kitaran rawatan, Allah SWT mengurniakan berita gembira yang dinanti-nantikan. Doktor mengesahkan Puan D.N kini hamil! Detik melihat dua garis merah pada ujian kehamilan dan mendengar denyutan jantung janin yang kecil itu menjadi saat paling bermakna dalam hidup mereka.
Kami turut bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada Puan D.N dan suami di atas berita gembira ini. Semoga Allah SWT memelihara kandungan beliau sehingga saat kelahiran, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikan zuriat ini anak yang taat kepada agama serta penyejuk hati ibu bapa.
Kami juga berdoa agar Allah SWT mempermudahkan urusan semua pasangan yang sedang berusaha untuk hamil, terutamanya yang sedang menjalani rawatan di Poliklinik Ihsan. Percayalah, setiap kesabaran pasti ada ganjarannya, dan setiap doa yang ikhlas pasti akan dimakbulkan pada waktu yang terbaik. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. 🤲🤲🤲
Untuk maklumat lanjut atau membuat temujanji, sila hubungi;
https://wa.me/60193415851 (Whatsapp)
t.me/poliklinikihsan (Telegram)
m.me/poliklinikihsan (Messenger).