Wellness Hub Bera

Wellness Hub Bera Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Wellness Hub Bera, Health & Wellness Website, Kampong Kerayong.

Satu infrastruktur yang menyediakan perkhidmatan promosi kesihatan (One Stop Community Centre) kepada komuniti setempat sebagai salah satu strategi dalam menggalakkan komuniti mengamalkan cara hidup sihat bagi mencapai kesejahteraan hidup.

06/03/2026

Jom sertai Program Sembang Sihat yang bertajuk :

KENALI TUBERKULOSIS : CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Bersama panel jemputan kita Dr. Hasazli bin Hasan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Bera.

πŸ”΄ LIVE FB | SEMBANG SIHAT @ WELLNESS HUB BERA🫁 Kenali Tuberkulosis: Cegah Sebelum TerlambatTahukah anda batuk berpanjang...
03/03/2026

πŸ”΄ LIVE FB | SEMBANG SIHAT @ WELLNESS HUB BERA

🫁 Kenali Tuberkulosis: Cegah Sebelum Terlambat

Tahukah anda batuk berpanjangan lebih 2 minggu boleh menjadi tanda awal penyakit Tuberkulosis (TB)? Jangan ambil ringan!

Jom bersama kami dalam sesi Sembang Sihat secara LIVE yang akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai:

βœ… Tanda & gejala TB
βœ… Cara jangkitan berlaku
βœ… Kaedah rawatan & pencegahan
βœ… Kepentingan saringan awal

πŸŽ™ Panel Jemputan:
Dr. Hasazli bin Hasan
(Pakar Perubatan Kesihatan Awam)

πŸ—“ 6 Mac 2026 (Jumaat)
⏰ 3.00 Petang
πŸ“ Facebook Live Wellness Hub Bera

πŸ“Œ E-Sijil disediakan kepada peserta yang mengikuti sesi ini.

Jangan lepaskan peluang untuk tambah ilmu kesihatan demi diri dan keluarga tersayang.
Moh join ramai-ramai dan kongsikan kepada rakan-rakan! πŸ’ͺ🏻✨





24/02/2026

Jom sertai Program Sembang Sihat yang bertajuk :

NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN

Bersama DR Muhammad Ikraam bin Abdul Latif, Pegawai Perubatan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Pkd Bera.

24/02/2026

Tahukah anda bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan? Semakin kerap anda mengambil gula, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.

πŸ•Œ Sempena bulan Ramadan ini, marilah kita pilih minuman yang lebih sihat tanpa gula tambahan ketika berbuka dan bersahur.

Katakan tidak kepada minuman manis, demi kesihatan yang lebih baik! 🫰🏻

24/02/2026

Ramai pasang niat bulan puasa ni nak buat jalan pintas untuk kurus. Sengaja tak bangun sahur sebab nak potong terus kalori waktu pagi.

Bila timbang lepas seminggu puasa, seronok tengok jarum penimbang turun 2 kilogram. Tapi perasan tak, badan rasa lembik, cepat letih, dan baju rasa gelebeh kat bahagian lengan atau perut?

Tahukah anda, berat yang hilang tu berkemungkinan besar adalah otot anda yang sedang mengecut, bukannya lemak degil yang terbakar!

Ini sains apa yang berlaku bila anda sengaja skip sahur:

1. Badan Mod Kelaparan Teruk (Starvation Mode)
Bila anda tak makan dari waktu berbuka semalam sampai ke waktu berbuka hari ni, badan akan masuk fasa kecemasan. Simpanan tenaga (glikogen) akan habis. Otak perlukan gula segera untuk berfungsi, tapi nak bakar lemak degil ambil masa yang lama dan proses yang kompleks.

2. Otot Dikorbankan (Glukoneogenesis)
Jadi, jalan paling mudah untuk badan dapatkan tenaga ekspres adalah dengan 'memakan' otot anda sendiri. Tisu otot dipecahkan dan ditukar menjadi gula dalam darah. Penimbang memang tunjuk berat turun, tapi itu sebab daging otot anda dah lesap!

3. Metabolisme Enjin Menjunam
Otot adalah enjin utama yang membakar kalori dalam badan kita. Bila enjin ni makin mengecil (otot kecut), kadar metabolisme anda akan jatuh merudum.

Inilah punca utama kenapa bila tiba Hari Raya pertama, anda makan sikit je lemang dan rendang, tapi berat terus melantun naik dua kali ganda berbanding sebelum puasa (Kesan Yoyo). Enjin bakar lemak anda dah rosak!

Macam mana nak bakar lemak sebenar bulan puasa ni?
- Bangun sahur! Tak perlu makan nasi bertimbun.
- Fokus pada sumber protein yang tinggi (telur rebus, ayam bakar, tempe) dan karbohidrat kompleks (oat, roti jagung) waktu sahur.
- Protein waktu sahur akan bertindak sebagai 'perisai' yang menghalang badan daripada memakan otot anda sendiri waktu siang. Bila otot selamat, barulah badan terpaksa bakar lemak degil tu.

Jangan seksa badan dan sabotaj metabolisme sendiri. Nak kurus biarlah dengan ilmu, bukan dengan cara menahan lapar membabi buta.

Cuba tag geng ofis yang selalu bangga dia skip sahur sebab nak cepat kurus pakai kebaya raya tu.

23/02/2026

Kardio perut kosong, waktu emas jam 6 petang untuk bakar lemak organ secara ekstrem.

Ramai yang mengeluh saiz pinggang makin bertambah walaupun puasa sebulan penuh. Sebenarnya ada satu rahsia biologi atau waktu emas yang selalu kita terlepas pandang. Waktu ini adalah peluang terbaik untuk memusnahkan lemak degil yang bersarang di sekitar organ dalaman atau perut anda.

Waktu tersebut adalah sekitar 45 minit sebelum waktu berbuka puasa.

Mari kita fahami apa yang berlaku pada anatomi badan jika anda bersenam pada waktu emas ini.

1. Tangki gula sudah kosong sepenuhnya.
Selepas berbelas jam berpuasa, simpanan gula atau glikogen dalam hati dan otot kita sudah habis digunakan. Apabila anda mula bersenam pada waktu ini, badan akan mengalami krisis tenaga sementara. Ia tiada pilihan lain selain terpaksa mencari sumber tenaga sandaran yang lain.

2. Sasaran utama adalah lemak organ dalaman.
Sumber tenaga sandaran yang paling banyak dalam badan kita adalah lemak organ atau visceral fat. Proses yang dipanggil fasted cardio ini akan memaksa badan membakar lemak degil 20 peratus lebih banyak berbanding jika anda bersenam pada waktu pagi atau selepas makan malam. Inilah proses paling ekstrem untuk kempiskan perut.

3. Senaman ringan sudah memadai.
Anda tidak perlu angkat besi atau berlari pecut. Memandangkan badan kurang air, cukuplah sekadar jalan laju, mengayuh basikal secara santai, atau berkebun di halaman rumah selama 30 minit. Senaman yang terlalu berat berisiko menyebabkan sel otot terurai dan mengundang dehidrasi teruk.

4. Jangan rosakkan fasa pembakaran waktu berbuka.
Proses pembakaran lemak ini masih berjalan walaupun anda sedang berehat menanti azan. Kesilapan besar berlaku bila azan berbunyi, anda terus teguk air balang manis. Kejutan gula yang mendadak akan merembeskan insulin tahap tinggi dan mematikan terus enjin pembakaran lemak tadi.

Gunakan sebulan ini untuk perbaharui sistem metabolisme badan. Bersenam sedikit pada waktu petang jauh lebih baik daripada tidur meniarap di depan televisyen menunggu azan.

Bantu kongsikan fakta biologi ini supaya keluarga dan rakan anda tahu cara sebenar untuk kempiskan perut pada bulan Ramadan ini.

23/02/2026

Lima makanan terbaik waktu moreh, alas perut tanpa ganggu tidur dan elak buncit.

Selepas penat menunaikan solat sunat terawih, perut selalunya akan mula berkeroncong meminta diisi. Menjadi satu budaya untuk singgah di kedai makan pekena roti canai, mee goreng mamak atau burger di tepi jalan.

Hakikatnya, waktu moreh pada lewat malam bukanlah masa untuk anda makan hidangan berat. Memasukkan makanan tinggi lemak dan gula pada waktu ini adalah tiket ekspres ke arah pedih ulu hati, masalah refluks asid dan perut buncit.

Moreh sepatutnya sekadar snek ringan untuk mengalas perut supaya anda boleh tidur lena dan mudah bangun sahur. Berikut adalah lima pilihan terbaik berserta anggaran kalori.

1. Semangkuk kecil oat suam, sekitar 150 kalori.
Oat adalah karbohidrat kompleks yang tinggi serat. Ia bertindak seperti span yang menyerap lebihan asid di dalam perut yang kosong. Ia membebaskan tenaga secara perlahan lahan dan mengelakkan anda terjaga kelaparan pada pertengahan malam.

2. Segelas susu suam dan tiga biji kurma, sekitar 120 kalori.
Gabungan nutrisi yang sangat menenangkan sistem saraf. Susu mengandungi asid amino triptofan yang membantu otak anda menghasilkan hormon tidur melatonin, manakala kurma menggantikan tenaga glukosa yang hilang sewaktu solat.

3. Sebiji pisang, sekitar 90 kalori.
Snek paling pantas dan mesra usus. Pisang sangat kaya dengan mineral kalium dan magnesium. Mineral ini bertindak sebagai pelega otot semula jadi yang membantu mengendurkan otot kaki dan betis selepas penat berdiri lama.

4. Dua biji telur rebus, sekitar 140 kalori.
Sumber protein berkualiti tinggi yang paling murah dan padat tanpa setitik minyak gorengan. Ia cukup untuk menghantar isyarat kenyang yang lama pada otak tanpa membebankan kerja pankreas waktu malam.

5. Sekeping roti gandum penuh dan sapuan mentega kacang, sekitar 160 kalori.
Roti gandum membekalkan serat manakala mentega kacang memberi sumber lemak sihat. Gabungan ini mengekalkan paras gula darah yang sangat stabil sepanjang tidur anda.

Makanlah sekadar untuk menghentikan rasa lapar, bukan makan sampai tersandar mengantuk. Beri masa sekurang kurangnya satu jam untuk perut menghadam snek ini sebelum anda merebahkan badan di atas katil.

23/02/2026

πŸ€²πŸ»πŸ•Œ Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, di mana umat Islam diwajibkan berpuasa bagi melahirkan keinsafan serta menyucikan jiwa dan rohani. Namun begitu, ibadah puasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Ikuti tip yang dikongsikan di bawah untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang menjalankan tugas di tempat kerja pada bulan Ramadan. πŸ‹οΈ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Jom sertai FB LIVE Sembang Sihat @ Wellness Hub Bera yang bertajuk :NAFAS BAHARU BE...
23/02/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jom sertai FB LIVE Sembang Sihat @ Wellness Hub Bera yang bertajuk :

NAFAS BAHARU BERMULA RAMADAN

πŸ“Tarikh : 24 FEBRUARI 2026 (SELASA)
πŸ“Masa : 3.00 petang
πŸ“Tempat : FB LIVE
πŸ“Pautan : FB PAGE Wellness Hub Bera

❗Semua Dijemput Hadir

Sekian, terima kasih
Dari Wellness Hub Bera, PKD BERA




20/02/2026
20/02/2026

Jom sertai Program Sembang Sihat yang bertajuk :

PUASA DAN DIABETES : SELAMAT ATAU BAHAYA

Bersama DR Maznun binti Mat Jidin @ Mohd Tahar, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Triang

18/02/2026

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak, ikhlas daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bera

Address

Kampong Kerayong
28200

Opening Hours

Monday 08:00 - 04:30
Tuesday 09:00 - 04:30
Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 09:00 - 04:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wellness Hub Bera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Wellness Hub Bera:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram