17/10/2020
Sakit Tulang
📎Penyebab sakit tulang
Penyebab sakit tulang kebanyakannya tidak serius. Walau bagaimanapun, remaja perlu berjumpa doktor untuk tujuan pengesahan. Setelah penyakit disahkan bukan penyakit yang serius, remaja dan ibu bapa perlu diyakinkan agar tidak berasa bimbang. Nasihat doktor tentang sakit yang dialami adalah normal dan tidak berbahaya, boleh mengurangkan rasa bimbang dan cemas.
📌“Sakit kerana hendak membesar”
📌Trauma (Cedera)
📌Osteokondrosis
📌Osteosarkoma
📌Penyebab sakit tulang yang lain
📎Apa yang perlu dilakukan?
📌Berjumpa doktor untuk memastikan kesakitan bukan disebabkan oleh penyakit yang serius.
📌Bahagian yang mengalami rasa sakit, jenis dan pola kesakitan serta kemunculan gejala-gejala lain boleh membantu untuk menentukan penyebab rasa sakit tulang.
📌Apa yang doktor akan lakukan?
📌Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan remaja dan melakukan pemeriksaan fizikal. Kadang-kadang, ujian diagnostik turut dilaksanakan termasuk beberapa ujian darah, x-ray, imbasan CT atau pengimejan resonans magnetik (MRI).
📎Rawatan
📌Rawatan bergantung kepada penyebab sakit tulang.
📌Jika terdapat beberapa jangkitan sendi atau tulang, doktor akan memberi preskripsi antibiotik. Antibiotik biasanya perlu diambil dalam tempoh masa yang panjang.
📌Jika patah tulang, sendi mungkin tidak boleh bergerak dan ubat penahan sakit akan dibekalkan.
📎Rawatan susulan perlu diberikan.
📌Doktor akan memberi preskripsi ubat penahan sakit jika punca penyakit tidak dapat dikesan.
📌Elakkan mengambil ubat tanpa mendapatkan nasihat doktor.
📌Jika penyebab sakit tulang masih belum ditemui, kaedah urutan, tuaman sejuk atau panas boleh membantu melegakan kesakitan.
sumber myhealth.gov.my