21/09/2015
5 SEBAB SUSU BERKURANGAN
Ramai ibu-ibu pelik kenapa susu hari demi hari semakin berkurangan. Masa pantang dulu susu melimpah ruah sampai breast pun pernah bengkak. Terus ibu-ibu semua terfikir nak top up dengan susu formula. Sabar dulu ye. Pertama sekali kita kena tahu dahulu 5 sebab susu semakin berkurangan.
[1.] Period
Bila ibu mula period, banyak darah akan keluar. Bila banyak darah keluar, banyak cecair akan hilang dari tubuh sebab 70% dari komponen darah merupakan air. Bila tubuh kekurangan cecair, maka susu akan berkurangan.
[2.] Kurang pam / direct feed
Tahukah anda, untuk menghasilkan susu yang melimpah ruah, payudara perlu dirangsang (stimulate) sekerap 2 jam sekali. Jangan bosan dan putus asa pam susu walaupun hasil mula-mula adalah sedikit. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan dihasilkan.
[3.] Kurang makan dan minum
Bila ibu skip meals, tubuh ibu akan kekurangan nutrisi. Bila tubuh ibu kekurangan nutrisi, tubuh ibu akan sukar menghasilkan susu. Pengambilan air juga penting. Air merupakan salah satu komponen utama susu ibu. Kalau kering je badan kita, macam mana p**ak nak hasilkan banyak susu kan?
Tips: untuk dapatkan susu yang pekat, banyakkan makan protein seperti ikan, daging dan ayam. Jika anda mencari supplement untuk bantu pekatkan susu, anda boleh dapatkan MAMOM MILK BOOSTER Ia merupakan sumber protein yang tulen, bebas lemak dan bebas kolesterol
[4.] Anak dah mula makan solid food
Bila anak dah mula makan solid food, secara automatik anak akan kurang menyusu sebab dah mula kenyang dengan makanan selain susu. Ibu boleh kerapkan sesi pam, lebih kerap dari sebelum anak mula makan solid untuk memastikan bekalan susu tidak putus.
[5.] Ibu selalu stress
Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu. Bila ibu gembira, hormon oxytocin akan terhasil dan seterusnya ia akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu. Jika ibu stress, hormon oxytocin kurang, penghasilan susu akan terbantut..
✆ BERMINAT? Sila Sms/wassap ke 0172403947 SEKARANG JUGA!!!