17/02/2016
Mengapa Perlu Melakukan Bekam Sunnah?
Bekam Sunnah (Bekam Darah) adalah sejenis kaedah perubatan dengan cara mengeluarkan darah kotor melalui permukaan kulit. Darah kotor ialah darah yang mengandungi toksid/ toksin, darah beku, oksidan, asid urik, kolestrol, angin, sel darah yang rosak, sel bermutasi, adrenalin berlebihan, kuman, cas/tenaga negatif, unsur Jin/Syaiton dan sebagainya; yang tidak boleh diserap oleh sistem tubuh manusia yang normal. Kebiasaanya, dalam tempoh selepas berbekam; Pesakit akan berasa segar, bertenaga dan badan menjadi ‘ringan’ akibat pengeluaran darah kotor dari badan.
Toksid/toksin (bahan kimia) dalam tubuh manusia berasal dari:
Makanan, minuman, udara dan air yang tercemar.
Makanan-segera - mengandung zat kimia yang tidak baik untuk tubuh seperti pengawet, pewarna, essense, penyedap rasa dan sebagainya.
Hasil pertanian tercemar seperti pestisida (insektisida, fungisida, herbisida dan lain-lain).
Tabiat buruk seperti merokok, tidak menjaga kebersihan, makan tidak teratur, makanan tidak seimbang, makanan terlalu masam, terlalu masin, terlalu manis dan sebagainya.
Ubat-ubatan kimia - mempunyai kesan sampingan merosak organ atau mikroba yang normal dalam tubuh.
Faktor-faktor penyebab darah beku:
Darah beku yang disebabkan oleh kecederaan sewaktu di dalam rahim atau sewaktu dilahirkan.
Darah beku yang bersumber dari trauma penderitaan fizikal berpunca dari kecederaan akibat kemalangan, terseliuh, berkelahi, kena cubit, kena tendang, kena rotan dan sebagainya.
Darah beku akibat perbuatan sendiri seperti mengangkat beban berat, penggunaan pakaian ketat, ikat kepala yang berpanjangan dan sebagainya.
Darah beku yang bersumber dari emosi yang tidak terkawal seperti kemarahan, ketakutan, kesedihan, kesayuan dan kerisauan yang menyebabkan pengeluaran adrenalin berlebihan yang membahayakan metabolisme tubuh.
Darah beku yang disebabkan oleh diet yang tidak seimbang, kegemukan, sering sembelit dan pencemaran makanan, minuman, udara, air dan alam sekitar.