Surau Al-Falahiah Rpa Salak Baru, Sg.Siput - U, Perak

Surau Al-Falahiah Rpa Salak Baru, Sg.Siput - U, Perak Semoga dengan wujudnya group ini, kariah-kariah berdekatan boleh mendapat maklumat tentang aktiviti-aktiviti Surau. Wallahualam.

Dengan cara ini, lebih ramai lagi muslimin dan muslimat dapat datang ke surau untuk kita sama-sama solat berjemaah.

Pic Program Qurban Surau Alfalahiah 2024.
19/11/2025

Pic Program Qurban Surau Alfalahiah 2024.

19/11/2025
Pic Hari Raya Aidil Fitri Surau Alfalahiah 2025 simpan sini buat kenangan.
19/11/2025

Pic Hari Raya Aidil Fitri Surau Alfalahiah 2025 simpan sini buat kenangan.

Program Qurban 2025 Surau Alfalahiah.
19/11/2025

Program Qurban 2025 Surau Alfalahiah.

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
07/08/2024

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

14/02/2024

Jom sahabat² & ahli kariah Masjid Ar Raudhah,Kg.Perik,Sg. Siput ,Perak. Kita penuhi ruang yang ada.. ambillah sedikit ilmu, utk manfaat kita menuju ke syurga..

03/02/2024

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

KEMPEN JOM SOLAT SUBUH MACAM JUMAAT

📅 Tarikh : 4 Februari 2024 (Ahad)
🕌 Tempat : Masjid Ar-Raudhah, Kg. Perik, Salak Utara, Enggor

Pengisian :
-Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sumbangan Tabung Program Semarakkan Masjid amat dialu-alukan. Akaun masjid - MBB 108207432357

'MERINTIS KEGEMILANGAN UMMAH'

InnalillahiwainnailaihirojiunDimaklumkan bahawa Cikgu Aminuddin Bin Mat Ludin (Mantan Setiausaha Surau Al-Falahiah, RPA ...
18/11/2023

Innalillahiwainnailaihirojiun

Dimaklumkan bahawa Cikgu Aminuddin Bin Mat Ludin (Mantan Setiausaha Surau Al-Falahiah, RPA Salak) telah kembali ke rahmatullah malam tadi di Hospital Sungai Siput.

Semoga Allah SWT tempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. JK Surau Al-Falahiah mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah
-----
* Cikgu PK Koko Sk Temin
* Jenazahnya kini di Taman Delima, Salak dan akan dimandikan di Surau Al-Falahiah
* Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Chegar Galah hari ini.

11/07/2023

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

SUMBANGAN MENAIKTARAF PRASARANA MASJID AR-RAUDHAH, KG. PERIK

Tuan/puan dan ahli kariah yang dirahmati oleh Allah SWT sekelian.

Dimaklumkan bahawa pihak JK Masjid Ar-Raudhah, Kg. Perik, Salak Utara, Enggor ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan dan ahli kariah sekelian bagi mengumpul dana untuk menaiktaraf :

🕌 Hiasan Dekorasi Mihrab dan Dinding dan ;
🕌 Penambahbaik Fasiliti Masjid
💵 Jumlah Sumbangan Diperlukan RM50,000.00

Justeru itu, sumbangan tuan/puan dan ahli kariah boleh disalurkan mana-mana AJK Masjid atau melalui online banking MBB 108207432357 (MASJID KARIAH SALAK UTARA KG. PERIK).

Mohon kerjasama daripada tuan/puan juga untuk membuat hebahan dan memanjangkan perkara ini kepada ahli kariah, sahabat handai dan ahli keluarga.

Segala kerjasama dan perhatian serta sumbangan ikhlas daripada tuan/puan dan ahli kariah, diucapkan jutaan terima kasih. Semoga amal kebajikan kita akan diterima Allah SWT hendaknya. Aminn.

JK Masjid Ar-Raudhah
Kg. Perik, Salak Utara, Enggor

Address

RPA Salak Baru
Kampong Setia
31050

Telephone

+60195648032

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al-Falahiah Rpa Salak Baru, Sg.Siput - U, Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share