Kaunselor Sarah

Kaunselor Sarah Kaunselor Rumahtangga. Saya bantu anda urus konflik rumahtangga dengan rahmah. HRDC Trainer
Pemilik Syoknya Kaunseling (Pusat Psikologi & Kaunseling)
(2)

Waktunya kini tiba. Ayuh guys.Bismillah ✨💪🏻
09/03/2026

Waktunya kini tiba.
Ayuh guys.
Bismillah ✨💪🏻

Saya bersama Syoknya Kaunseling (Pusat Kaunseling & Psikologi) telah mengendalikan Program Petang Kesedaran HSSE: Harmon...
09/03/2026

Saya bersama Syoknya Kaunseling (Pusat Kaunseling & Psikologi) telah mengendalikan Program Petang Kesedaran HSSE: Harmoni Emosi & Kesihatan Mental bagi warga kerja Petronas Gas Berhad Pasir Gudang.

Program dimulakan dengan saringan DASS untuk semua peserta. Menariknya, walaupun mereka datang dari latar belakang engineering dan teknikal yang sangat sibuk, respons yang diberikan sangat positif.

Dalam Slot 1 (Kesihatan Mental di Tempat Kerja) dan Slot 2 (Kesihatan Emosi & Kewangan), saya perhatikan mereka sangat fokus dan aktif memberikan kerjasama. Walaupun bidang psikologi ini mungkin sesuatu yang asing dalam rutin teknikal mereka, mereka tidak kekok untuk terlibat dalam aktiviti yang kami jalankan.

Antara aktiviti yang paling mencuri tumpuan adalah sesi Art Therapy. Melalui aktiviti lukisan seni ini, para peserta berpeluang melihat 'bayangan awal' keadaan emosi mereka yang mungkin tidak disedari selama ini (subconscious mind). Pendekatan ini sangat membantu mereka memahami diri dengan lebih visual dan tenang, jauh daripada tekanan angka dan prosedur teknikal harian.

Satu perkara yang saya cukup kagum adalah komitmen kepimpinan mereka. Penghargaan tinggi kepada Encik M Akhmal B Ahmad Daud. Beliau sangat komited dan mengambil berat tentang kebajikan serta kesejahteraan mental staf beliau sehingga tercetusnya program sebegini. Pemimpin yang faham bahawa manusia adalah aset terpenting organisasi selalunya akan membina pasukan yang lebih resilien.

Terima kasih Petronas Gas Berhad atas kepercayaan ini. Semoga input yang diberikan dapat membantu team mengekalkan prestasi kerja yang optimum.

Untuk makluman, Syoknya Kaunseling sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan organisasi atau badan korporat yang ingin menjalankan program sokongan kesihatan mental di tempat kerja. Kami menawarkan:
- Seminar & Ceramah Kesedaran
- Bengkel Interaktif (Workshop)
- Sesi Sokongan One-to-One

Jika organisasi anda berminat untuk membina ekosistem kerja yang lebih sihat, jom kita bincang. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di +60182527055

06/03/2026

Rasa berdebar sangat kan bila nak mulakan balik perbualan selepas masing-masing dah ambil masa bertenang daripada pergaduhan. Bukan mudah nak hadapi awkward moments dan uncomfortable emotions tu.

Ramai yang sangkut di sini. Akhirnya, 'masa bertenang' tadi melarat jadi silent treatment berhari-hari sebab masing-masing tak tahu macam mana nak buka mulut tanpa cetuskan gaduh baru.

Ini 5 tips praktikal macam mana nak mulakan semula perbualan selepas anda dan pasangan dah bertenang:

1. Tanya kesediaan (Check Readiness) .
Jangan terus terjah. Tanya dulu kalau pasangan dah sedia.
Contoh: "Awak, saya dah rasa tenang sikit. Awak dah sedia ke nak kita bincang balik pasal tadi?"

2. Guna teknik 'I-Statement' (Ini Paling Penting!) .
Ganti perkataan "Awak selalu..." dengan "Saya rasa...". Fokus pada emosi anda, bukan kesalahan dia.
Formula: Saya rasa [Emosi] bila [Situasi] sebab saya perlukan [Keperluan]. Contoh Salah: "Awak ni selalu balik lambat tak beritahu!"
Contoh I-Statement: "Saya rasa risau bila awak balik lambat tanpa mesej, sebab saya perlukan kepastian awak selamat di jalan raya." Kan ke lagi sedap dengar di telinga tu, betul tak?

3. Mulakan dengan 'Soft Start-up' Gunakan nada suara yang rendah dan lembut. Elakkan mimik muka yang sinis atau berpeluk tubuh. Badan yang 'rileks' akan hantar isyarat pada otak pasangan yang ini adalah zon selamat, bukan zon perang.

4. Akui sumbangan anda dalam konflik tadi Rumahtangga ni macam bertepuk tangan, takkan bunyi kalau sebelah saja. Berani untuk mengaku silap sendiri dulu. Contoh: "Saya minta maaf sebab tadi saya tinggikan suara. Saya pun tengah penat masa tu."

5. Fokus pada solusi, bukan nak cari siapa menang .
Tujuan kita berbincang adalah untuk selesaikan isu, bukan nak buktikan siapa 'pakar' atau siapa yang betul. Bila dah nampak punca, tanya: "Apa kita boleh buat supaya benda ni tak jadi lagi?"

Ingat, kita bukan nak jadi pasangan yang perfect, tapi nak jadi pasangan yang memilih untuk repair bila ada kerosakan.

Antara 5 tips ni, mana satu yang anda rasa paling susah nak buat? Cuba komen kat bawah, saya nak bantu bagi contoh skrip lagi.

Dalam sunyi, dalam gelap, dengarkan lah rintihan hambaMu ini ya Rabb 😭
06/03/2026

Dalam sunyi, dalam gelap, dengarkan lah rintihan hambaMu ini ya Rabb 😭

Enough is enough la eh menjadi hamba kepada nafsu dan ketagihan diri 🥺Awak hebat dan awak mampu kawal diri.Awak mampu ka...
05/03/2026

Enough is enough la eh menjadi hamba kepada nafsu dan ketagihan diri 🥺
Awak hebat dan awak mampu kawal diri.
Awak mampu kawal nafsu dan ketagihan awak.
Awak boleh bebaskan diri daripada belenggu ini.
Awak layak untuk rasa tenang dan lega kerana berjaya bebaskan diri daripada ketagihan dan dosa ini.
Awak boleh.
Yakin, Allah akan bantu. Setiap usaha dan struggle awak nak berhenti, setiap saat Allah beri pahala.
Jadikan Ramadan tahun ini titik mula perubahan diri!

Bismillah!
Link pembelian di profile ✨

05/03/2026

Terkejut saya tengok berderet komen "Nak" dekat posting semalam. Maksudnya, ramai yang tengah struggle dengan isu silent treatment ni kan?

Terkejut saya makin bertambah-tambah bila ada yang berkongsi, di silent treatment oleh pasangan sehingga 6 bulan. Ye, 6 bulan langsung tidak bercakap, tidak disentuh. Tak dapat bayang bagaimana resah dan serabutnya emosi beliau.

Ok, macam saya janji, hari ini saya nak kongsikan apa beza besar antara Silent Treatment dengan Ambil Masa Bertenang.

Kerana ramai orang masih keliru, malah ada yang sengaja kelirukan diri sendiri untuk 'menghukum' pasangan.

Ini perbezaannya:

1. Silent Treatment (Stonewalling)

Niat: Nak menghukum atau buat pasangan rasa bersalah/sakit hati.

Tempoh: Tak jelas. Boleh jadi berhari-hari atau berminggu-minggu sampai pasangan 'menyerah kalah'.

Komunikasi: Tak ada langsung. Pasangan dibiarkan tertanya-tanya apa salah mereka.

Kesan: Hubungan jadi renggang, rasa terasing, dan masalah langsung tak selesai.

2. Ambil Masa Bertenang

Niat: Nak kawal emosi sendiri supaya tak cakap benda yang menyakitkan (self-regulation).

Tempoh: Jelas. Contoh: "Saya tengah marah sangat ni, bagi saya masa 30 minit untuk bertenang. Nanti kita bincang balik." Ada masa, kita perlu lebih masa untuk proses apa yang berlaku. Boleh jadi sehari dua. Tetapi kita tidak melakukan apa-apa tindakan agresif, masih melaksanakan tanggungjawab cuma kurang bercakap/bercakap apa yang perlu sahaja. Orang jawa kata, nak cool-off.

Komunikasi: Ada makluman awal. Kita beritahu pasangan yang kita perlu ruang sekejap, bukan terus hilang.

Kesan: Emosi lebih stabil, perbincangan jadi lebih rasional, dan masalah dapat diselesaikan dengan baik.

Nampak tak beza dia?
Satu adalah senjata untuk menyakiti, satu lagi adalah alat untuk memperbaiki.

Kalau anda rasa buntu dan tak tahu macam mana nak mulakan perbincangan selepas bertenang, itu yang saya dan team di Syoknya Pusat Kaunseling & Psikologi selalu bantu dalam sesi. Kerana tak semua orang tahu bagaina cara yang betul untuk berbincang balik.

Cuba check balik, selama ni anda buat Silent Treatment atau betul-betul Bertenang?

Komen kat bawah, mana satu yang selalu jadi dalam rumahtangga anda? Saya nak baca.

Lepas ni, saya nak kongsi p**a cara bagaimana nak mulakan balik perbualan selepas masing-masing dah ambil masa bertenang. Fuh mesti nervous kan bila nak mula sembang tu. Kecut perut.

Orang kata, jadi orang perempuan di Malaysia ni susah. Banyak bebenor syarat barulah boleh dilihat sebagai baik dan bagu...
04/03/2026

Orang kata, jadi orang perempuan di Malaysia ni susah. Banyak bebenor syarat barulah boleh dilihat sebagai baik dan bagus.

Kalau single, kena begini dan begitu baru baik. Kalau dah kahwin, kena begini dan begitu baru bagus. Kalau dah jadi mak, kena macam ni macam tu baru lulus 🫨🤧

Kadang tanpa kita perasan, perkara tu beri kesan pada emosi dan mental tau. Ada tu sampai jadi ibu yang anxious takut nak jaga & didik anak cara dia. Takut kena kecam.
Sentiasa anxious je bila bawa anak keluar, atau jumpa ahli keluarga.
Ada juga isteri yang sampai burnout menjadi isteri sebab takut sangat kalau suami tak approve apa dia buat.
Padahal suami ok je, cuma dia je yang anxious sebab banyak sangat baca cerita itu ini.

Semua tu meletihkan.
Semua tu melelahkan.
Sentiasa berusaha yang terbaik tu bagus. Yang tak bagus kalau kita sentiasa rasa perlu approval dan validation orang untuk kata "yes kau dah buat yang terbaik".
Sanggup push diri sampai lupa nak utamakan diri

Webinar hujung minggu ni khusus untuk kita.
Dari wanita, untuk wanita. Di saat semua mengecam, mari kita belajar untuk tidak kecam diri dan mencintai diri sendiri. Kalau bukan kita nak jaga diri sendiri, siapa lagi?

Jom daftar dan jumpa kalian Ahad nanti! 😁
https://syoknyakaunseling.onpay.my/order/form/55/132

04/03/2026

Hampir 9 tahun saya kendalikan sesi kaunseling, ada satu trend komunikasi yang saya perasan selalu sangat 'membunuh' hubungan secara diam-diam.

Ramai pasangan tak sedar mereka sebenarnya tengah guna gaya komunikasi yang toksik. Dalam kajian Dr. John Gottman, benda ni dipanggil "The Four Horsemen" (Empat Tanda Bahaya).

4 gaya tersebut adalah:
1. Criticism (Kritikan yang menyerang peribadi).
2. Contempt (Penghinaan atau memandang rendah pada pasangan).
3. Defensiveness (Sering memberi alasan dan tak mengaku salah).
4. Stonewalling (Membisu atau silent treatment).

Antara empat ni, Stonewalling adalah yang paling kerap saya jumpa. Bila tak bersetuju atau merajuk, kita pilih untuk diam dan abaikan pasangan. Ia tak menyelesaikan masalah, malah buat pasangan rasa terasing dan tak dihargai.

Kenapa kita buat? Sebab kadang-kadang kita tak perasan pun kita tengah menyakiti. Apa yang kita tahu, kita cuma nak rasa 'menang' dan puas hati bila dapat hukum pasangan dengan diam kita.

Dalam komunikasi rumahtangga, matlamat kita bukan untuk cari siapa menang atau siapa kalah. Matlamat utama adalah untuk saling memahami.
Pernah tak anda atau pasangan terperangkap dalam silent treatment ni?

Nak saya kongsikan lagi tak pasal isu ni? Sebab ramai yang keliru, ada beza besar antara sengaja buat silent treatment dengan 'ambil masa bertenang' sekejap untuk kawal emosi.

Kalau nak tahu apa beza dia, komen "Nak" kat bawah. Saya akan buat satu posting khas nanti.

Dalam sibuk urusan harian, jangan lupa berdoa buat diri, pasangan, anak2 dan rumahtangga ya.. Ya Rabb.. Dengarlah rintih...
03/03/2026

Dalam sibuk urusan harian, jangan lupa berdoa buat diri, pasangan, anak2 dan rumahtangga ya.. Ya Rabb.. Dengarlah rintihan kami ini.. 🥺😭

6 tahun dalam bisnes. Setiap hari rasa macam 'first time' sebab tak ada mentor.Kadang-kadang rasa nak buat bisnes kecil-...
03/03/2026

6 tahun dalam bisnes. Setiap hari rasa macam 'first time' sebab tak ada mentor.

Kadang-kadang rasa nak buat bisnes kecil-kecil je, tapi bila tengok team yang sangat dedicated, rasa bersalah p**a. Mereka layak dapat career growth yang lebih baik kalau saya sebagai leader sanggup 'grow' kan bisnes ni.

It’s high time untuk berhenti langgar dinding sorang-sorang. Jadi hari ini saya di PKNS Biz Point, mencuba untuk program GROW Plus. Doakan Syoknya Kaunseling ada rezeki untuk belajar dengan yang pakar supaya dapat upscale dengan lebih berstruktur.

Nak bina bisnes ni bukan pasal kita je, tapi pasal tanggungjawab pada orang yang percaya dengan kita. Setuju?

Ramadan lagi a few days jeee.Moga Allah izinkan kita semua masuk kedalam bulan Ramadan dengan penuhkesediaan hati & jiwa...
16/02/2026

Ramadan lagi a few days jeee.
Moga Allah izinkan kita semua masuk ke
dalam bulan Ramadan dengan penuh
kesediaan hati & jiwa.
Nabi SAW ada sebut sangat rugi bagi
seorang hamba yang tidak mendapat apa2 kebaikan daripada Ramadan. Kerana di dalam bulan ini terdapat pelbagai bonus bonus Allah berikan. Kalau tak grab, sangatlah rugi dan sombongnya kita 🥺😢

Oleh itu, KS sediakan sedikit slides in pdf, untuk kalian sembang2 dengan pasangan & anak2 tentang Ramadan.

Sempena dengan Ramadan bakal tiba, KS ingin memohon kemaafan kepada semua di sini sekiranya ada salah dan silap ya. Moga kita semua dikurniakan keberkatan, rahmat dan keampunan Allah dan mendapat piala taqwa.

Download percuma versi pdf di sini: https://gqr.sh/kxVu

Cenggitulah.
15/02/2026

Cenggitulah.

Address

Skudai
Kampong Skudai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaunselor Sarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kaunselor Sarah:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram