09/07/2024
Al-Fatihah.
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mansor bin Puteh yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Julai 2024 kerana kemalangan jalan raya.
Allahyarham merupakan seorang Pengarah dan Pengkritik filem terkenal. Beliau merupakan antara penderma darah terbanyak di Malaysia dan sepanjang hayatnya beliau telah menderma darah sebanyak 631 kali.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman