Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis

Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis Komuniti Susu Ibu Daerah Setiu
Memperkasakan Penyusuan Susu Ibu di daerah Setiu

Surat Cinta untuk ibu² yang sedang berjuang. You are not alone. ❤️🤱
29/03/2026

Surat Cinta untuk ibu² yang sedang berjuang. You are not alone. ❤️🤱

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA ❤️
02/12/2025

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA ❤️

Tahukah anda?🤱Breastfeeding Fun Fact! ✨Benjolan kecil pada ar**la - kelenjar montgomery anda - merembeskan minyak yang b...
21/11/2025

Tahukah anda?
🤱Breastfeeding Fun Fact! ✨

Benjolan kecil pada ar**la - kelenjar montgomery anda - merembeskan minyak yang berbau seperti cecair amniotik (air ketuban).
Patut la baby nakkkk sangat 'melekap' dengan mommy 🥰🥰🥰
Salmi Bt Abdul Ghani
Kaunselor Penyusuan
Pengerusi TIKSIS

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan?1. Rangsangan HormonSemasa hamil: Hormon estrogen & progesteron bantu membesar dan sediaka...
11/11/2025

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan?

1. Rangsangan Hormon
Semasa hamil: Hormon estrogen & progesteron bantu membesar dan sediakan kelenjar payudara.
Selepas bersalin: Hormon prolaktin merangsang penghasilan susu, manakala oksitosin bantu pengaliran susu (let-down reflex).

2. Struktur Payudara
Alveoli: Kantung kecil di dalam payudara, tempat susu dihasilkan.
Sel epitel: Sel khas dalam alveoli yang tukar nutrisi dari darah jadi susu.
Salur susu (ducts): Saluran yang bawa susu ke puting.

3. Proses Penghasilan Susu
Nutrisi dari darah (air, protein, lemak, gula, vitamin, mineral) masuk ke dalam sel alveoli.
Sel alveoli menukarkannya → susu ibu.
Susu disimpan dalam alveoli & dikeluarkan melalui salur susu bila bayi menyusu.

4. Kitaran Rangsangan
Bayi hisap puting → rangsang saraf → otak keluarkan prolaktin & oksitosin → susu dihasilkan & mengalir.
Lebih kerap menyusu → lebih banyak susu terhasil (prinsip supply & demand)

Salmi Bt Abdul Ghani
Kaunselor Penyusuan

Quotes of the day 🥰
17/10/2025

Quotes of the day 🥰

Jaundis Bayi — Normal Tapi Perlu Dipantau”Ramai ibu bapa mula risau apabila melihat kulit bayi bertukar kekuningan selep...
05/10/2025

Jaundis Bayi — Normal Tapi Perlu Dipantau”

Ramai ibu bapa mula risau apabila melihat kulit bayi bertukar kekuningan selepas lahir. “Adakah ini bahaya?” “Perlu ke masuk wad?” — soalan-soalan ini sangat biasa didengar daripada ibu-ibu yang prihatin terhadap kesihatan si kecil mereka.

Sebenarnya, hampir semua bayi baru lahir akan mengalami sedikit jaundis dalam minggu pertama kelahiran. Ini berlaku kerana badan bayi sedang belajar membuang bilirubin, iaitu bahan yang terhasil apabila sel darah merah lama dipecahkan. Hati bayi yang masih belum matang mengambil masa beberapa hari untuk memproses dan menyingkirkan bilirubin melalui najis dan air kencing.

Dengan pemantauan yang betul dan penyusuan yang kerap, tahap bilirubin biasanya akan turun secara semula jadi. Hanya sebahagian kecil bayi memerlukan rawatan lanjut seperti fototerapi (lampu biru).

Yang penting — ibu bapa jangan panik. Dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari petugas kesihatan. InsyaAllah, dengan pengurusan yang betul, bayi akan pulih sepenuhnya dan membesar sihat ceria. 💛

Untuk info yang lebih jelas, jom kita belajar dari infografik dibawah.

Alhamdulillah, pada 27 September 2025 Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Setiu yang diberi nama 'Titisan Kasih ...
05/10/2025

Alhamdulillah, pada 27 September 2025 Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Daerah Setiu yang diberi nama 'Titisan Kasih Susu Ibu Setiu' berpeluang untuk membuka booth pameran di program sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) bersama Kem Klinik Kesihatan Sri Langkap yang diadakan di Dewan Komuniti Sejahtera Sri Langkap. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.





Liquid gold 🥰
25/09/2025

Liquid gold 🥰

*PROGRAM TITISAN KASIH SUSU IBU SETIU 2025*Alhamdulillah. Pada 13 September 2025, program sulung dibawah kumpulan sokong...
13/09/2025

*PROGRAM TITISAN KASIH SUSU IBU SETIU 2025*

Alhamdulillah. Pada 13 September 2025, program sulung dibawah kumpulan sokongan Titisan Kasih Susu Ibu Setiu(TIKSIS) anjuran bersama Hospital Setiu dan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu telah diadakan di Pantai Kuala Baru, Penarik, Setiu. Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan sokongan dari Hospital Setiu, Pejabat Kesihatan Daerah, dan juga orang awam.

Antara pengisian program adalah:
👉Susu Ibu, Hadiah Terindah : Kenali Asas Penyusuan Susu Ibu (Puan Siti Khadijah binti Abdullah, Pegawai Sains Pemakanan)
👉Cabaran Penyusuan & Cara Atasi (Dr. Nurazrina binti Abdul Aziz, Pakar Perubatan Keluarga)
👉Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (Dr. Siti Nor Suhailah binti Suzolkeply, Pengerusi BFHI Hospital Setiu)
👉Sharing Session : Pengalaman Penyusuan Susu Ibu (Puan Salmi binti Abdul Ghani,Pengerusi TIKSIS dan Puan Norhayati binti Hamat,Jururawat)
👉Cabutan bertuah

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli kumpulan sokongan penyusuan susu ibu Setiu atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif dan juga sebagai 'refresher' untuk kumpulan sokongan.

Semoga lebih banyak program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.





MESYUARAT AJK KUMPULAN SOKONGAN PSI SETIU 2025: "TITISAN KASIH SUSU IBU SETIU 💖"Alhamdulillah, hari Selasa lepas 9 Septe...
12/09/2025

MESYUARAT AJK KUMPULAN SOKONGAN PSI SETIU 2025: "TITISAN KASIH SUSU IBU SETIU 💖"
Alhamdulillah, hari Selasa lepas 9 September 2025 selesai mesyuarat kali pertama untuk mewujudkan kumpulan sokongan PSI di daerah Setiu. Terima kasih kpd Puan Siti Khadijah (PSP Daerah Setiu) sudi meluangkan masa di tengah² kesibukan beliau dalam tugas hakiki untuk sama² menggerakkan kumpulan sokongan ini.
Terima kasih juga untuk semua ahli kumpulan sokongan dari Hospital Setiu, dari PKD, dan juga orang awam.
Tertubuhnya kumpulan sokongan PSI ini, alhamdulillah saya diberi mandat besar untuk mengetuai kumpulan sokongan ini yang sebulat suara memilih 'TITISAN KASIH SUSU IBU SETIU(TIKSIS)' sebagai 'trademark' kumpulan sokongan PSI kami. Amanah dan tanggungjawab besar ini insyaAllah saya cuba pikul untuk sama² kita memperkasakan komuniti penyusuan susu ibu di daerah Setiu.

Salmi Binti Abdul Ghani
Pengerusi
Titisan Kasih Susu Ibu Setiu(TIKSIS)
Kaunselor Penyusuan

Ada yang berminat utk menjadi salah seorang pembimbing penyusuan susu ibu? Boleh sertai kursus 20 jam ni ya. ❤️
21/08/2025

Ada yang berminat utk menjadi salah seorang pembimbing penyusuan susu ibu? Boleh sertai kursus 20 jam ni ya. ❤️

📢📢📢📢📢📢📢
🎓 KURSUS WHO/UNICEF 20 JAM
Breastfeeding Promotion and Support in a Baby-Friendly Hospital
(Termasuk: Formula for Success – BFHI Hospital Certification)

📆 SIRI 4/2025 | 23-26 September 2025
📍 Auditorium Perdana, Aras 3, Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur

🤱 Anda penyokong penyusuan susu ibu?
💪 Ingin menjadi agen perubahan dalam komuniti anda?
Inilah peluang anda untuk menyertai kursus intensif & diiktiraf antarabangsa oleh WHO/UNICEF!

💡 Kenapa anda perlu hadir?

✅ Pelajari ilmu penyusuan susu ibu secara menyeluruh
✅ Kuasai strategi promosi & sokongan berkesan
✅ Jadi agen perubahan di tempat kerja & komuniti
✅ Sumbang kepada kejayaan inisiatif Baby-Friendly Hospital (BFHI)
✅ Luaskan jaringan profesional dengan misi yang sama

🔥 Tempat TERHAD – rebut peluang ini segera!
🎯 Jadikan tahun 2025 sebagai tahun anda memperjuangkan penyusuan susu ibu!

📲 Daftar sekarang!
https://forms.gle/tCdBCGgPa17HGoMH6

Hubungi melalui WhatsApp:
📞 017-361 2790 / 019-660 2790

Address

Kampung Kuala Setiu Lama
22100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Titisan Kasih Susu Ibu Setiu - Tiksis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram