Klinik Harmoni Kamunting

Klinik Harmoni Kamunting Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Harmoni Kamunting, Medical and health, No. 13, Jalan Kamunting 1, Medan Kamunting, Kamunting.

Selamat Tahun Baru 2026! 🎆Masuk tahun baru ni, misi kami di Harmoni tetap sama bantu anda hidup lebih sihat, lebih yakin...
01/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026! 🎆
Masuk tahun baru ni, misi kami di Harmoni tetap sama bantu anda hidup lebih sihat, lebih yakin & lebih bahagia.
✔️ Klinik Harmoni – sentiasa bersama anda untuk pemeriksaan kesihatan, rawatan penyakit harian & penjagaan menyeluruh seisi keluarga
✔️ Farmasi Harmoni Shifa – lengkap dengan ubat, supplement & keperluan kesihatan dipercayai
✔️ Harmoni Medispa – bantu tingkatkan keyakinan dengan rawatan kulit & kecantikan yang selamat dan profesional
🧔‍♂️ Men’s Health by harmoni – tahun baru ini, jangan abaikan kesihatan lelaki! Hormone, stamina, mental, kesihatan dalaman… semua penting. Jangan segan untuk dapatkan konsultasi.
Terima kasih kerana terus percaya pada Harmoni sepanjang tahun lepas dan tahun sebelum ini.
Tahun baru, jom fokus pada kesihatan, kesejahteraan & self-care yang lebih baik 💚

31/12/2025

Kutil ni bukan sekadar benjolan kecil.
Ia sebenarnya jangkitan daripada virus HPV – dan boleh berjangkit kalau tak dirawat.

Kutil boleh naik di mana-mana:
🖐️ Jari & tangan
🦶 Tapak kaki
👃 Muka & kawasan sensitif
👁️ Malah kadang-kadang naik dekat kelopak mata

Kadang-kadang tak sakit… tapi kalau dibiarkan:
– ❌ Makin membesar
– ❌ Makin banyak
– ❌ Boleh merebak ke orang lain

✅ Di Klinik Harmoni, kami sediakan rawatan buang kutil yang:
– Selamat
– Cepat
– Sesuai ikut jenis & lokasi
📌 Rawatan dibuat oleh doktor
📍 Walk-in diterima | Konsultasi dulu, rawat kemudian
RAWATAN INI ADA DI SEMUA CAWANGAN HARMONI
🩺 Jangan tunggu sampai makin teruk.

Pada 25.12.2025 🥳Sempena hari natal Klinik Harmoni, Farmasi Harmoni Shifa, Harmoni Medispa & Men’s Health👉 DIBUKA SEPERT...
24/12/2025

Pada 25.12.2025 🥳
Sempena hari natal Klinik Harmoni, Farmasi Harmoni Shifa, Harmoni Medispa & Men’s Health
👉 DIBUKA SEPERTI BIASA
Sila hubungi cawangan terdekat untuk maklumat lanjut.

🧘 Cara Menenangkan Diri Ketika Cemas🌬️ 1. Tarik Nafas Dalam-dalamTarik nafas perlahan melalui hidung, hembus melalui mul...
16/12/2025

🧘 Cara Menenangkan Diri Ketika Cemas
🌬️ 1. Tarik Nafas Dalam-dalam
Tarik nafas perlahan melalui hidung, hembus melalui mulut. Ulang beberapa kali.
🧠 2. Fokus Pada Saat Ini
Alihkan fikiran daripada perkara yang belum berlaku. Fokus apa yang ada di depan mata.
🚶 3. Gerakkan Tubuh
Berjalan perlahan atau buat regangan ringan bantu kurangkan ketegangan.
📵 4. Kurangkan Skrin & Media Sosial
Maklumat berlebihan boleh tambah rasa cemas.
🤲 5. Berdoa & Bercakap Dengan Orang Dipercayai
Luahkan perasaan — anda tidak perlu hadapi sendirian.

💚 Cemas itu manusiawi. Berehat dan minta bantuan bukan tanda lemah.
📍 Salam Sihat dari Klinik Harmoni

15/12/2025

Sakit dada bukan sesuatu yang patut diabaikan.
Walaupun rasa sekejap-sekejap atau datang dan hilang, itu tetap satu tanda badan perlukan perhatian.
Beberapa tanda yang perlu anda peka:
✔️ Susah bernafas
✔️ Rasa berat atau mencengkam di dada
✔️ Sakit menjalar ke bahu, rahang atau lengan
✔️ Pening atau berpeluh sejuk
Jika alami salah satu tanda ini, dapatkan pemeriksaan segera
Lebih awal diperiksa, lebih tinggi peluang elakkan komplikasi.
Klinik Harmoni sentiasa bersedia membantu
Kalau sakit dada datang tiba-tiba, sesak nafas, pening, atau menjalar ke tangan kiri itu bukan masa untuk tunggu.
Jumpa doktor cepat. Keselamatan lebih penting

25/11/2025

📌 PROGRAM KHATAN PERDANA CUTI SEKOLAH KLINIK HARMONI
Musim cuti sekolah dah tiba!
Klinik Harmoni membuka pendaftaran Program Khatan Cuti Sekolah untuk anak-anak anda 👦✨
Apa yang disediakan?
✅ Kaedah moden, cepat & selamat
✅ Doktor berpengalaman
✅ Sijil penyertaan
✅ Ruang selesa untuk ibu bapa & anak
🎉 Ada sesi bergambar juga!
Kenapa daftar awal?
✔ Slot cepat penuh
✔ Boleh pilih tarikh yang sesuai
✔ Lebih mudah urus percutian & jadual anak
📅 Slot sepanjang cuti sekolah
📍 Klinik Harmoni (ikut cawangan pilihan)

Http://Www.Wasap.My/60125779110/khatancutisekolahkhpokoksenahq
Http://Www.Wasap.My/60163098066/khatancutisekolahkhbayanbaru
Http://Www.Wasap.My/60198412661/khatancutisekolahkhkualanerang
Http://Www.Wasap.My/601172438641khatancutisekolahkhkamunting
Http://Www.Wasap.My/60145711531/khatancutisekolahkhtanahmerah
Http://Www.Wasap.My/60132438154/khatancutisekolahkhbaling
📲 Daftar sekarang / WhatsApp kami untuk tempahan!

🦠 Penyakit Biasa Ketika Banjir🐀 1. Leptospirosis (Kencing Tikus)✅Disebabkan oleh air banjir tercemar.✅Simptom: demam, mu...
24/11/2025

🦠 Penyakit Biasa Ketika Banjir
🐀 1. Leptospirosis (Kencing Tikus)
✅Disebabkan oleh air banjir tercemar.
✅Simptom: demam, muntah, sakit otot, cirit-birit.
🦟 2. Demam Denggi
✅Pembiakan nyamuk meningkat selepas banjir.
✅Simptom: demam tinggi, sakit sendi, ruam.
🤒 3. Jangkitan Kulit
✅Disebabkan oleh air kotor & kulit terendam lama.
✅ Simptom: gatal, ruam, luka bernanah.
🚰 4. Cirit-Birit / Keracunan Makanan
✅Disebabkan air atau makanan yang tidak bersih.
🫁 5. Jangkitan Pernafasan (Batuk & Selesema)
✅Disebabkan cuaca lembap & keadaan pusat pemindahan yang sesak.
📍 Salam Sihat dari Klinik Harmoni

21/11/2025

“Nampak macam plastik terapung… tapi racun dia boleh hentikan jantung dalam 2 minit.”
Inilah Box Jellyfish obor-obor paling bahaya di dunia.
🏖️ Ramai turun pantai musim cuti, tapi tak ramai tahu:
Box jellyfish bukan setakat pedih… ia boleh jadi maut.
🔥 Kenapa bahaya sangat?
✅Racun dia ada cardiotoxicity → boleh lumpuhkan jantung
✅Ada neurotoxicity → saraf shutdown, badan terus lemah
✅Kesakitan dia macam “disiram api”
Kadang-kadang mangsa tak sempat berenang naik
🆘 Kalau kena sengat box jellyfish:
1️⃣ Jangan garu, jangan tarik tentakel dengan tangan
2️⃣ Jangan guna air tawar (lagi teruk!)
3️⃣ Siram cuka untuk hentikan racun aktif
4️⃣ Terus ke klinik/hospital masa sangat penting
💡 Box jellyfish tak besar… tapi racunnya 1000x lebih laju dari bahaya lain di laut.
Pantai cantik, tapi keselamatan lagi penting.

19/11/2025

Makanan kecil pun boleh jadi bahaya untuk anak.
Ramai ibu bapa tak sedar, bila makanan atau objek kecil masuk ke laluan yang salah, kanak-kanak boleh mengalami halangan saluran pernafasan dalam sekelip mata.
Kadang-kadang kita ingat anak cuma batuk biasa…
tapi sebenarnya itu tanda laluan nafas sedang tersekat.
Benda kecil seperti:
🍇 Anggur
🥜 Kacang
🍿 Popcorn
🧩 Mainan kecil
Semua ni boleh menyebabkan anak sukar bernafas, tiba-tiba diam, atau bibir kebiruan.
Tolong peka dengan tanda-tanda awal.
Dalam situasi begini, tindakan 10 saat pertama sangat penting dan boleh menyelamatkan nyawa.
Sayangi anak, pantau ketika mereka makan dan bermain. 💚

🧠 Tanda Awal Tekanan Mental / Burnout 👇😴 1. Cepat Letih & Hilang TenagaRasa lesu walaupun dah cukup tidur atau rehat.💭 2...
11/11/2025

🧠 Tanda Awal Tekanan Mental / Burnout 👇
😴 1. Cepat Letih & Hilang Tenaga
Rasa lesu walaupun dah cukup tidur atau rehat.

💭 2. S**ar Fokus & Hilang Semangat
Kerja mudah pun rasa berat, hilang minat pada perkara yang dulu disukai.

😔 3. Emosi Tidak Stabil
Mudah marah, cepat sedih, atau rasa kosong tanpa sebab.

🍽️ 4. Perubahan Selera Makan & Tidur
Ada yang makan berlebihan, ada yang langsung tak lalu makan.

🚫 5. Elak Bergaul & S**a Menyendiri
Kurang berinteraksi dengan keluarga dan rakan.
🌿 Ingat:
“Kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal.”
Dapatkan bantuan dan rehat bila perlu bukan tanda lemah, tapi tanda sayang pada diri. 💚
📍 Salam Sihat dari Klinik Harmoni

👩‍⚕️ Kesihatan Wanita💖 1. Pemeriksaan Payudara (Breast Check)Periksa sendiri setiap bulan & buat pemeriksaan klinikal se...
05/11/2025

👩‍⚕️ Kesihatan Wanita
💖 1. Pemeriksaan Payudara (Breast Check)
Periksa sendiri setiap bulan & buat pemeriksaan klinikal secara berkala.
🩷 Pengesanan awal boleh selamatkan nyawa.
🩸 2. Cegah Anemia
Ambil makanan kaya zat besi seperti daging, bayam & kekacang.
🥬 Kurang darah boleh sebabkan cepat letih & pening.
🌸 3. Jaga Kitaran Haid (PMS)
Catat tempoh haid & perhatikan perubahan luar biasa seperti senggugut teruk atau haid tidak teratur.
💚 Wanita sihat, keluarga bahagia.
📍 Salam Sihat dari Klinik Harmoni

Jadikan Sayur Sebagai Snek! Nak kudapan sihat tapi tetap sedap? Cuba gantikan snek bergula dengan sayur segar seperti ti...
04/11/2025

Jadikan Sayur Sebagai Snek!

Nak kudapan sihat tapi tetap sedap? Cuba gantikan snek bergula dengan sayur segar seperti timun, lobak merah atau tomato ceri.
Sayur bukan sahaja rendah kalori, tapi juga kaya dengan vitamin dan serat yang bantu kekal bertenaga sepanjang hari

Snek sihat, badan cergas jadikan sayur pilihan utama setiap hari!

Address

No. 13, Jalan Kamunting 1, Medan Kamunting
Kamunting
34600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Harmoni Kamunting posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Harmoni Kamunting:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram