Klinik Kesihatan Kaki Bukit -KKKB

Klinik Kesihatan Kaki Bukit -KKKB Official page KKKB, Ps.

30/07/2025
23/05/2025
23/05/2025

🍭 Berapa banyak gula yang anda ambil setiap hari?
Kadang-kadang kita tak sedar, 1 gelas minuman atau 1 potong kek sudah melebihi had pengambilan gula yang disarankan!

😱 Teh susu boba = 20 sudu teh gula
🥤 Minuman berkoko = 9 sudu teh gula
🍰 Kek keju = 4 sudu teh gula

👉 Had pengambilan gula tambahan disarankan: tidak lebih 7.5 sudu teh* sehari! (*Saranan berdasarkan 10% daripada keperluan kalori individu dewasa sedentari 1500 kcal sehari)

Gula berlebihan boleh membawa kepada obesiti, diabetes & penyakit jantung! Jom semak semula pilihan makanan dan minuman harian kita. ❤️

GULA: 1 Sudu Teh Dah Cukup, Kurang Lebih Baik, Tiada Terbaik!


30/04/2025
19/02/2025

PROGRAM IMUNISASI INFLUENZA UNTUK WARGA EMAS SECARA PERCUMA DAN SUKARELA

Dapatkan slot temujanji vaksinasi melalui Klinik Kesihatan Negeri Perlis atau guna aplikasi My Sejahtera

PROGRAM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN BERSAMA KOMUNITI 2024“Perlis Hebat : Sihat Milik Semua, PPP Menyantuni Komuniti”Penol...
01/09/2024

PROGRAM PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN BERSAMA KOMUNITI 2024

“Perlis Hebat : Sihat Milik Semua, PPP Menyantuni Komuniti”

Penolong Pegawai Perubatan Negeri Perlis akan mengadakan program menyantuni komuniti di negeri Perlis. Pelbagai aktiviti akan di adakan di Pasaraya C-Mart Arau. Ayuh, sertai kami. Tarikh dan waktu seperti berikut :

🗓️21 September 2024 ( Sabtu )
⏰ 9.00 Pagi – 1 Tengah Hari
📍Pasaraya C-Mart Arau, Perlis

Aktiviti-aktiviti :
🩺Saringan Kesihatan
🩸Kempen Derma Darah
🚑Mass CPR
🏆Pertandingan CPR
🏅Pertandingan Mewarna
🩻Pameran Kesihatan

Anda berminat? Sila daftar melalui pautan dibawah :

Kempen derma darah
( https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeB22mZ6n9VWiAMwDD-UXvFqCkEZjVPSAnw_gr75LqcEELsUQ/viewform?usp=sf_link )

Pertandingan Mewarna
(https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdu1BNMKkKG5_oVJYbLwzybamO_XG_Xg4fUnnnPte4o3hZs4A/viewform?usp=pp_url )
*(TERHAD KEPADA 40 ORANG PENYERTAAN SAHAJA)*

Jom Sertai Kami...😊
Mai Pakat Mai, Pakat Mai Ramai-ramai


Program Kacau Bubur Asyura Peringkat Klinik Kesihatan Kaki Bukit -KKKB bersama-sama Panel Penasihat Klinik telah dijalan...
20/07/2024

Program Kacau Bubur Asyura Peringkat Klinik Kesihatan Kaki Bukit -KKKB bersama-sama Panel Penasihat Klinik telah dijalankan sempena menyambut Maal Hijrah 1446H pada Hari Jumaat | 19 Julai 2024

19/06/2024

Hai semua! 🎉
Perlis Pharmacy Run 2024 kembali lagi!
Jangan lupa untuk tanda kalendar anda! 🗓️

Ayuh bersama-sama sertai kami pada 7 September 2024

Bertemakan Pharmacist : Meeting Global Health Needs. Kami sedia berkongsi kepakaran kami dalam menyumbang kepada kesihatan komuniti.

Ayuh bersama kami dalam misi mengamalkan gaya hidup sihat.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi 100 orang terawal!

Terdapat 7 kategori untuk disertai:

🏃‍♂️ Larian Sihat 5KM (Fun Run)
🏃 12.5KM Terbuka Lelaki & Lelaki Senior
🏃🏼‍♀️ 12.5KM Terbuka Wanita & Wanita Senior
🏃 🏃 25KM Lelaki berganti-ganti (Relay; 2 pelari/pasukan)
🏃🏼‍♀️ 🏃🏼‍♀️ 25KM Wanita berganti-ganti (Relay; 2 pelari/pasukan)

Pendaftaran bermula dari 16 Mei 2024 sehingga 7 Ogos 2024

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!
http://t2u.asia/e/35884



Jumpa anda di sana!

05/12/2023

Perkukuhkan kawalan kesihatan kendiri dengan melaksanakan TRIIS.

Test - Segera lakukan ujian saringan COVID-19 sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan

Report - Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera

Isolate - Lakukan pengasingan kendiri dan patuhi Pemerintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)

Inform - Maklumkan kepada kontak rapat anda

Seek - Dapatkan penilaian dan rawatan segera sekiranya gejala bertambah teruk.

Address

Kaki Bukit
Kangar
02200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049456237

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Kaki Bukit -KKKB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share