28/04/2026
Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia
Tarikh : 28 April 2026
Tempat : Zon Orked KK Kangar
Masa : 2.30 petang
Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia (World Immunization Week) diraikan setiap tahun pada 24 hingga 30 April, bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan vaksin dalam melindungi kesihatan semua peringkat umur.
Tema tahun 2026, "Imunisasi: Perlindungan Kini, Masa Depan dan Sepanjang Usia," menekankan peranan vaksin sebagai asas kesihatan awam.
Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia 2026 telah berjaya dijalankan di Klinik Kesihatan Kangar dengan meriah dan penuh semangat.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
✅ Gimik Pelancaran oleh Dr Khaniza
✅ Ceramah Kesihatan oleh Dr Mahfuzah
✅ Tayangan Montaj
✅ Kuiz Kesihatan
✅ Photobooth
✅ Pameran
Terima kasih kepada semua warga kerja dan pengunjung yang turut serta menjayakan program ini. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan vaksin demi masa depan yang lebih sihat dan sejahtera.