Hospital Tuanku Fauziah

Hospital Tuanku Fauziah sentiasa di hati Hospital Tuanku Fauziah (HTF), telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1909 dan menawarkan perkhidmatan berpakar bagi negeri Perlis.
(1613)

HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang menampung perkhidmatan kesihatan bagi penduduk perlis yang berjumlah seramai 260,000 ribu orang. HTF menawarkan perkhidmatan sekunder dan juga tertiari yang terdiri daripada perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan sokongan
menggunakan teknologi yang canggih dan terbaru. Perkhidmatan yang ditawarkan untuk rawatan pesakit luar terdiri daripada 10

buah klinik pakar iaitu Klinik Surgical Out Patient Department (SOPD),
Klinik Medical Out Patient Department (MOPD), Klinik Ear, Nose and Throat (ENT), Klinik Obstetrics dan Gynaecology (O & G),
Klinik Dermatologi, Klinik Kardiologi, Klinik Ortopedik, Klinik Psikiatrik dan Klinik Oftalmologi. Perlaksanaan temujanji pesakit luar adalah mengikut sistem berkala dan sistem blok. Pada tahun 2012 terdapat seramai hampir 200,000 pesakit luar telah menerima rawatan di klinik-klinik ini.

Berikut adalah jadual Kempen derma darah bergerak untuk minggu ini. Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda ...
25/04/2026

Berikut adalah jadual Kempen derma darah bergerak untuk minggu ini. Jom derma darah, jalankan tanggungjawab sosial anda dengan hadir menderma di lokasi yang tertera di jadual.

Tabung Darah HTF dibuka seperti biasa setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi - 5 petang.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Tabung Darah HTF di talian 04-9738206.


KEBERANGKATAN DYTM RAJA MUDA PERLIS SEMPENA PROGRAM KAYUHAN MAIPs PEDULI  BILANGAN 31/2026 DAN LAWATAN KE UNIT PERUBATAN...
23/04/2026

KEBERANGKATAN DYTM RAJA MUDA PERLIS SEMPENA PROGRAM KAYUHAN MAIPs PEDULI BILANGAN 31/2026 DAN LAWATAN KE UNIT PERUBATAN RESPIRATORI, HOSPITAL TUANKU FAUZIAH

KANGAR, 22 April 2026 – Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-tinggi Penghargaan ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail atas keberangkatan ziarah sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan 31/2026.

Ketibaan baginda bersama pasukan berbasikal TTG telah disambut mesra oleh pengurusan tertinggi hospital serta warga Unit Perubatan Respiratori. Turut hadir bersama adalah YBrs. Dr. Ghazali bin Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis serta Pengurusan Tertinggi JKN Perlis dan HTF.

Keberangkatan kali ini memfokuskan kepada perkembangan fasiliti perubatan terkini di HTF. Baginda telah berkenan menerima sembah taklimat mengenai perkhidmatan kepakaran Respiratori serta menyaksikan demonstrasi aset-aset berteknologi tinggi:
- Demonstrasi Video Bronkoskopi: Memperlihat prosedur intervensi saluran pernafasan dengan imej definisi tinggi (HD).
- Demonstrasi Body Plethysmography: Ujian fungsi paru-paru yang merupakan antara fasiliti terbaik di negara

Sebagai tanda kenang-kenangan dan sejarah buat unit ini, DYTM Tuanku turut berkenan menandatangani Plak Keberangkatan Hadir ke Unit Perubatan Respiratori. Program diteruskan dengan kayuhan menuju ke Jabatan Perubatan Dalaman bagi Majlis Kesyukuran. Di sana, DYTM Tuanku berkenan untuk bersantap dalam suasana penuh mahabbah bersama warga kerja jabatan, sekaligus memberi suntikan semangat buat seluruh petugas barisan hadapan.

Seluruh warga Hospital Tuanku Fauziah mendoakan agar DYTM Tuanku sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan, dan terus kekal menerajui negeri Perlis dengan penuh kedaulatan.

Ampun Tuanku.

𝐏𝐨π₯𝐒𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐀𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐒𝐬𝐚𝐑 π“π’πšππšSetinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YDH Dato’ Muhamm...
22/04/2026

𝐏𝐨π₯𝐒𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐀𝐚𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐒𝐬𝐚𝐑 π“π’πšππš

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YDH Dato’ Muhammad bin Abdul Halim, Ketua Polis Perlis atas kesudian menderma darah pada hari ini. Untuk makluman, YDH Dato’ merupakan penderma darah tetap dalam setiap Program Derma Darah yang melibatkan Kontinjen Polis Perlis sejak beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Perlis.

Semoga YDH Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus menyumbang melalui amalan mulia ini, di samping terus memelihara keamanan negeri kita yang tercinta.


SESI BERTEMU PAKAR PERUBATAN EKSKLUSIF  BERSAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.Jom semua kita ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad, 18...
15/04/2026

SESI BERTEMU PAKAR PERUBATAN EKSKLUSIF BERSAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.

Jom semua kita ke Dataran Dato' Sheikh Ahmad, 18-19 April 2026. Boleh rujuk info di bawah untuk pelbagai sesi dengan pelbagai pakar yang akan berada di Sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Jom semua, kita bertemu pakar, boleh tanya pelbagai soalan dan kemusykilan anda mengenai kesihatan.


15/04/2026
15/04/2026

Book Your Date semua !

Jom mai pakat mai, 18-19 April 2026 kat Dataran Dato' Sheikh Ahmad. Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda.

Kita ada :

1. Saringan Kesihatan percuma
2. Jualan Rahmah
3. Perkhidmatan bertemu PAKAR dari Hospital Tuanku Fauziah
4. Langkah Sihat 3 kilometer
5. Pertandingan Woodbal antara Jabatan
6. Pertandingan Boling Padang antara JKN Negeri (Arena Lawnball, Stadium Kangar)

dan banyak lagi aktiviti menarik untuk anda.

Jom semua. Stay tuned dengan FB JKN Perlis untuk hebahan aktiviti dari semasa ke semasa ok.

14/04/2026
Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, War...
12/04/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Waris Yang Kedua Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang Amat Mulia pada 12 April 2026M bersamaan 23 Syawal 1447H.

Sembah takzim daripada :
Dr. Hj. Amin Sah bin Hj. Ahmad, Pengarah & Seluruh Warga Kerja Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Tuanku Fauziah telah menganjurkan Protocol Writing and NMRR Registration Work...
10/04/2026

Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Tuanku Fauziah telah menganjurkan Protocol Writing and NMRR Registration Workshop pada 7 dan 8 April 2026 bertempat di Makmal ICT, Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Bengkel ini dianjurkan dengan fokus utama kepada penulisan protokol kajian bagi penyelidikan klinikal dan pendaftaran kajian di sistem National Medical Research Register (NMRR). Pendedahan ini sangat penting kepada petugas-petugas Kesihatan di negeri Perlis yang sedang dalam proses merangka kajian klinikal untuk memahami dengan lebih jelas keperluan bagi penulisan protokol kajian yang baik dan diterima oleh NMRR.

Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari kalangan petugas kesihatan daripada HTF, klinik kesihatan dan klinik pergigian sekitar negeri Perlis yang merupakan pegawai perubatan, pegawai pergigian, pegawai farmasi, jururawat terlatih dan jurupulih perubatan fisioterapi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang menghadiri bengkel anjuran CRC HTF. Anda selangkah lebih mara dalam menjayakan penyelidikan klinikal.

β€˜Research that matters to patients’

Address

Hospital Tuanku Fauziah
Kangar
01000

Telephone

049738000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tuanku Fauziah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tuanku Fauziah:

Share