Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis KAMI SEDIA MEMBANTU Sebarang pertanyaan / aduan sila emel kepada cpfpls@moh.gov.my.

PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) NEGERI PERLIS 2026 KINI KEMBALI 📣⁉️Adakah anda merupakan pesakit diabe...
30/04/2026

PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) NEGERI PERLIS 2026 KINI KEMBALI 📣

⁉️Adakah anda merupakan pesakit diabetes dan mencari program yang boleh membantu anda?

📖Mari sertai program berkonsepkan kelas tuisyen yang akan membantu dalam memberi bimbingan menguruskan penyakit diabetes anda!

📍Hanya 5 lokaliti terpilih tahun ini iaitu Kangar, Beseri, Kampung Gial, Padang Besar dan Simpang Empat.

🤔Jika berminat, boleh berhubung dengan Pegawai Farmasi di kaunter farmasi klinik kesihatan yang terlibat segera.

🔒Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 5 Mei 2026 (Selasa).

CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) DI PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) SEMPENA KEMPEN 6020 BERSAMA KOMUNITI...
27/04/2026

CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) DI PROGRAM KOLABORASI ORAL DAN AGAMA (KOA) SEMPENA KEMPEN 6020 BERSAMA KOMUNITI TIONG HUA KUALA SANGLANG

📆Tarikh: 24 April 2026 (Jumaat)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 12.00 t/hari
🏡Tempat: Tokong Mao Shan Fa, Sanglang Perlis
🔖Penganjur: Klinik Pergigian Kuala Sanglang

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Nurhanna Syahida (KK Kuala Sanglang)

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. En Mad Nor Dali (DKUA KK Kuala Sanglang)
2. ⁠En Gadzali Che Pa (DKUA KK Kuala Sanglang)
3. ⁠Pn Noraini Ramli (DKUA KK Kuala Sanglang)
4. ⁠Pn Muzirah Jaapar (DKUA KK Kuala Sanglang)
5. ⁠Pn Rosita Talib (DKUA KK Kuala Sanglang)

Anggaran Peserta : 50 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pameran Inisiatif MyMediSAFE
2. ⁠Ceramah MyMediSAFE
3. ⁠Aktiviti interaktif Kit MaiKU Demonstrasi Tahu Cara Lupus Ubat dan Permainan Antibiotik : Shoot the Bacteria
4. Penerangan Meditips KUA berkenaan Konsep 5B oleh Duta KUA

Terima kasih kepada pihak Klinik Pergigian Kuala Sanglang atas jemputan. Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.

CERAMAH KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA LAWATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH (UKS) PKD KANGAR DI MRSM ARAU📆Tarikh: 17 April 202...
27/04/2026

CERAMAH KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA LAWATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH (UKS) PKD KANGAR DI MRSM ARAU

📆Tarikh: 17 April 2026 (Jumaat)
⏱️Masa: 8.30 pagi - 10.00 pagi
🏡Tempat: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Arau
🔖Penganjur: Unit Kesihatan Sekolah PKD Kangar

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Nurhayati (KK Pauh)
2. ⁠PF Nur Baiti (KK Pauh)

Anggaran peserta: 30 orang pelajar Tingkatan 4

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah Kenali Ubat Anda Modul Kelab Dr Muda
2. ⁠Kuiz Kenali Ubat Anda

Semoga ceramah yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.

PROGRAM JELAJAH FARMASI @ KOMUNITI PERLIS 2026 & PROJEK LAMAN UBAT CERIA, KOMUNITI SEJAHTERA : KAMPUNG WARNA-WARNI KUALA...
27/04/2026

PROGRAM JELAJAH FARMASI @ KOMUNITI PERLIS 2026 & PROJEK LAMAN UBAT CERIA, KOMUNITI SEJAHTERA : KAMPUNG WARNA-WARNI KUALA PERLIS (SIRI 1)

📆Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
🏡Tempat: Dewan Orang Ramai, Kampung Tengah, Kuala Perlis
🔖Penganjur: Bahagian Perhidmatan Farmasi JKN Perlis dengan kerjasama MyChampion Renjer Mai Kenai Ubat Kuala Perlis

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Shamil Arif, PF Shainol Azmar, PF Ruhaya, PF Syed Nabil, PF Danial Izwan, PF Musyrif (BPF Perlis)
2. ⁠PF Azliana, PPF Muniza, PPF Azimah, MA Mustakim, JK Asma Hanim, JM Nor Azura, PPK Suhaizan (KK Kuala Perlis)
3. ⁠PF Nurhanna, PPF Norshakila, PPF Rosshazlida (KK Kuala Sanglang)
4. ⁠PF Nurulnadiah, PF Muhaimin, PPF Nabihah (KK Beseri)

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Rafizah (DKUA BPF Perlis)
2. ⁠Fadzilah (DKUA KK Kangar)
3. Nordin, Azizan, Hashina, Hasimi, Surida, Malina, Mustapa Kamal, Fazlini, Norini (DKUA KK Kuala Perlis)
4. Noraini, Muzirah, Rosita (DKUA KK Kuala Sanglang)
5. ⁠Norshah (DKUA KK Beseri)

Jumlah Peserta: 50 orang
Jumlah Pesakit Dilawati Jelajah Duta Prihatin Masyarakat (DPM) : 17 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. 🏃 Senam Sihat & Langkah Sihat
2. ⁠⁠💊 Pameran Mai Kenai Ubat
3. ⁠🚫 Pameran SahUbat
4. 🩺 ⁠Pemeriksaan Kesihatan
5. ⁠🗣️ Ceramah Kesihatan MyMediSafe - Pelupusan Ubat Selamat dan SahUbat - Info Ubat Selamat
6. ⁠🏡 Jelajah Duta Prihatin Masyarakat melibatkan aktiviti Home Medication Review (HMR) dan Home Product Review (HPR) - 17 pesakit dilawati
7. ⁠🧠 Kuiz Mai Kenai Ubat & SahUbat
8. ⁠🎁 Cabutan Bertuah

Program Jelajah Farmasi yang pertama tahun 2026 ini telah dilancarkan oleh Tn Hj Kamaruzzaman Bin Othman, Ketua Cawangan Penguatkuasa Farmasi JKN Perlis. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua warga komuniti Kg Warna-Warni yang hadir.

Nantikan siri jelajah yang seterusnya.

PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA @ PERLIS 2026 📆Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)⏱️Masa: 8.0...
27/04/2026

PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA @ PERLIS 2026

📆Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏱️Masa: 8.00 pagi -2.00 petang
🏡Tempat: Dewan K3 Bukit Keteri
🔖Penganjur: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Ahmad Amzar (KK Arau)

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Pn Salmi (DKUA KK Arau)
2. ⁠Pn Samihah (DKUA KK Arau)
3. ⁠Pn Masyitah (DKUA KK Arau)
4. ⁠Pn Jamilah (DKUA KK Beseri)

Anggaran Peserta : 50 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pameran Kenali Ubat Anda
2. ⁠Penerangan ubat berdaftar dan tidak berdaftar
3. ⁠Penerangan pelupusan ubat melalui MyMediSAFE
4. ⁠Penerangan mengenai antibiotik dan kerintangan
5. Aktiviti interaktif Toss & Guess Challenge
6. Penerangan mengenai inisiatif pemaparan harga ubat di premis swasta

Terima kasih kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis atas jemputan. Semoga aktiviti ini memberi manfaat kepada pengunjung yang hadir.

PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA PROGRAM GOTONG-ROYONG ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMC) KAMPUNG REPOH, KANGAR📆Tarikh: 2...
27/04/2026

PAMERAN KENALI UBAT ANDA SEMPENA PROGRAM GOTONG-ROYONG ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMC) KAMPUNG REPOH, KANGAR

📆Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 12.00 t/hari
🏡Tempat: Dewan Orang Ramai Kampung Repoh Kangar
🔖Penganjur: Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kangar bersama KRT Kampung Repoh

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Pn Rozeita Binti Bakar (DKUA Hospital Tuanku Fauziah)

Anggaran Peserta : 60 orang

Aktiviti yang dijalankan:
1. Pameran kenali ubat anda dan edaran meditips
2. ⁠Penerangan ubat berdaftar dan tidak berdaftar
3. ⁠Penerangan pelupusan ubat melalui MyMediSAFE
4. Promosi dan penerangan berkaitan SAHUBAT
5. ⁠Temu seru gotong royong kendiri cari dan musnah tempat pembiakan aedes serta edaran meditips KUA semasa lawatan ke rumah.

Terima kasih kepada pihak UPK PKD Kangar yang telah menjemput Duta Kenali Ubat Anda untuk turut terlibat bersama sukarelawan COMBI dalam program ini.

CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA LAWATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH (UKS) PKD KANGAR DI SK BESERI📆Tarikh: 22...
27/04/2026

CERAMAH & PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) SEMPENA LAWATAN UNIT KESIHATAN SEKOLAH (UKS) PKD KANGAR DI SK BESERI

📆Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
🏡Tempat: Sekolah Kebangsaan Beseri
🔖Penganjur: Unit Kesihatan Sekolah PKD Kangar

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Ahmad Amzar (KK Beseri)

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Pn Masyitah (DKUA KK Arau)

Anggaran peserta: 60 orang pelajar Tahun 1

Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah Kenali Ubat Anda Modul Kelab Dr Muda
2. ⁠Soalan kefahaman kuiz Kenali Ubat Anda
3. ⁠Pameran Kenali Ubat Anda

Semoga ceramah yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar yang terlibat.

PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) & TOLAK UBAT TIDAK SAH (TOBATS) SEMPENA SAMBUTAN HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA PERINGKAT ...
27/04/2026

PAMERAN KENALI UBAT ANDA (KUA) & TOLAK UBAT TIDAK SAH (TOBATS) SEMPENA SAMBUTAN HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN DAN KARNIVAL KECERGASAN ZON UTARA 2026

📆Tarikh: 18 & 19 April 2026 (Sabtu & Ahad)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
🏡Tempat: Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar
🔖Penganjur: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis

Anggota Farmasi yang terlibat:
1. PF Shamil Arif, PF Amira, PF Gwee Zi Yan, PF Mohd Shainol Azmar, PF Ruhaya, PF Muhamad Norhalimi (BPF Perlis)
2. ⁠PF Zalikha, PF Sya’arani, PF Jaya, PF Nur Aina, PF Nur Nadhira, PF Emily, PF Wennie (HTF)
3. ⁠PF Siti Nabilah (KK UTC)
4. ⁠PF Tan Li Su, PPF Haslinda (KK Pauh)
5. ⁠PF Nur Raihana (KK Kuala Perlis)

Duta Kenali Ubat Anda (DKUA) yang terlibat:
1. Rosnah Binti Nadzri (DKUA KK Simpang Empat)
2. ⁠Noor Azizah Binti Mat Isa (DKUA KK Padang Besar)
3. ⁠Che Sukasarani Binti Hassan (DKUA KK Beseri)
4. ⁠Jamilah Binti Rejab (DKUA KK Beseri)
5. ⁠Rozeita Binti Bakar (DKUA HTF)
6. ⁠Azizah Binti Desa (DKUA KK Simpang Empat)
7. ⁠Masyitah Binti Mohd Shaari (DKUA KK Arau)

Anggaran Peserta: 300 orang pengunjung

Aktiviti yang dijalankan di Booth Mai Kenai Ubat & SahUbat:
1. Pameran kenali ubat anda
2. ⁠Pameran tolak ubat tidak sah
3. ⁠Penerangan inisiatif pemaparan harga ubat di premis swasta
4. ⁠Promosi dan penerangan inisiatif MyMediSafe
5. ⁠Aktiviti Mai Kenai Ubat - Tau Baca Label Ubat, SahUbat, Match It, Kat Mana Nak Simpan Ubat, Shoot The Bacteria, Tahu Cara Lupus Ubat?
6. ⁠Aktiviti SahUbat - Maze Ubat Berdaftar, Cari Perkataan, Padanan Kesan Sampingan

Aktiviti yang dijalankan di Booth MyChampion:
1. Penerangan dan promosi pendaftaran MyChampion Duta Kenali Ubat Anda - 15 pendaftaran baru
2. Penerangan dan edaran meditips Kenali Ubat Anda
3. ⁠Promosi dan penerangan SahUbat
4. ⁠Aktiviti interaktif kuiz roda impian

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival utama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis ini. Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung yang hadir.

⚠️ Terpengaruh dengan pelbagai testimoni pengguna? Tertarik dengan tawaran harga jauh lebih murah? Hati-hati! Ubat yang ...
24/04/2026

⚠️ Terpengaruh dengan pelbagai testimoni pengguna? Tertarik dengan tawaran harga jauh lebih murah?

Hati-hati! Ubat yang dijual di media sosial mungkin tidak berdaftar dan boleh membahayakan kesihatan.

Semak dahulu sebelum beli. Pastikan ubat berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Lindungi diri dan keluarga anda ❤️

BAGAIMANA CARA UNTUK SEMAK?
1. Semak status pendaftaran ubat :
➤ 🌐https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php atau www.pharmacy.gov.my
➤ 📱Aplikasi NPRA Product Status

2. Semak ketulenan pelekat hologram dengan mengimbas hologram tersebut menerusi Farmachecker dalam aplikasi 𝗠𝘆𝘂𝗯𝗮𝘁®.

𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮-𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗨𝗯𝗮𝘁 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗦𝗮𝗵! 𝗨𝗯𝗮𝘁 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗦𝗮𝗵, 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗦𝘂𝘀𝗮𝗵!

BENGKEL PENGUKUHAN AMALAN KESELAMATAN PENGUBATAN ANGGOTA FARMASI NEGERI PERLIS TAHUN 2026📆Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)...
24/04/2026

BENGKEL PENGUKUHAN AMALAN KESELAMATAN PENGUBATAN ANGGOTA FARMASI NEGERI PERLIS TAHUN 2026

📆Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
⏱️Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
🏡Tempat: Bilik Serbaguna Jabatan Kesihatan Negeri Perlis
🔖Penganjur: Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis

Bengkel ini diadakan bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran tentang amalan keselamatan pengubatan dalam kalangan anggota farmasi negeri Perlis.

Seramai 31 orang Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi telah turut serta dalam bengkel ini. Sebanyak 4 slot ceramah telah disampaikan kepada para peserta yang terdiri daripada tajuk Basic Medication Safety, Handling High Risk Medications dan Just Culture in Medication Safety. Sesi perbincangan kes actual error dan pembentangan laporan ringkas Root Cause Analysis (RCA) turut diadakan.

Semoga bengkel ini dapat memberi ilmu dan manfaat kepada para peserta dalam memantapkan amalan keselamatan pengubatan di fasiliti masing-masing.



📢 JOM SERTAI KAMI! 📢PROGRAM JELAJAH FARMASI @ KOMUNITI PERLIS 2026 & PROJEK LAMAN UBAT CERIA, KOMUNITI SEJAHTERA : KAMPU...
24/04/2026

📢 JOM SERTAI KAMI! 📢

PROGRAM JELAJAH FARMASI @ KOMUNITI PERLIS 2026 & PROJEK LAMAN UBAT CERIA, KOMUNITI SEJAHTERA : KAMPUNG WARNA-WARNI KUALA PERLIS

📅 BUTIRAN PROGRAM:
Tarikh: 26 April 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Dewan Orang Ramai, Kampung Tengah, Kuala Perlis

🎉 SENARAI AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA:
🏃 Senam Sihat & Langkah Sihat – Mulakan pagi anda dengan kecergasan

🩺 Pameran & Pemeriksaan Kesihatan – Kunjungi Booth Mai Kenai Ubat dan Booth SahUbat serta ketahui status kesihatan anda

🗣️ Ceramah Kesihatan – Ketahui lebih lanjut mengenai ubat-ubatan menerusi sesi ceramah seperti MyMediSafe (Mai Boh Ubat) dan SahUbat (Info Ubat Selamat)

💊 Demonstrasi MyMediSafe – Pelajari secara praktikal kaedah "Mai Boh Ubat"

🏡 Jelajah Duta Prihatin Masyarakat – Melibatkan aktiviti Home Medication Review (HMR) dan Home Product Review (HPR)

🧠 Kuiz Mai Kenai Ubat – Uji pengetahuan anda tentang ubat-ubatan

🎁 Cabutan Bertuah – Peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik buat para pengunjung

Mari bersama-sama cakna tentang ubat-ubatan dan tingkatkan kesejahteraan komuniti kita.

Daftar kehadiran anda melalui pautan ini : https://forms.gle/fYGQdEiPJNdYom51A

Jangan lepaskan peluang!

LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI KE FASILITI KESIHATAN NEGERI PERLIS🗓 Tarikh : 20 April 202...
22/04/2026

LAWATAN KERJA PENGARAH BAHAGIAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI KE FASILITI KESIHATAN NEGERI PERLIS

🗓 Tarikh : 20 April 2026 (Isnin)
🏡 Tempat Lawatan :
1. Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Fauziah
2. ⁠Farmasi Klinik Kesihatan Kuala Perlis

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada YBrs. Puan Zuhaini Binti Mukrim, Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut mengiringi beliau ialah Puan Noor Hidayah Binti Mohd Nor, Ketua Seksyen Koordinasi Amalan & Perkembangan Farmasi.

Lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat ke Jabatan Farmasi Hospital Tuanku Fauziah, diikuti dengan sesi taklimat yang merangkumi latar belakang perkhidmatan, pencapaian semasa serta isu-isu utama dalam pengurusan perkhidmatan farmasi di negeri Perlis.

Seterusnya, delegasi meneruskan lawatan ke Farmasi Klinik Kesihatan Kuala Perlis. Dalam sesi di KK Kuala Perlis, turut disampaikan taklimat berkaitan pelaksanaan perkhidmatan OSCA (One Stop Centre for Addiction), peranan farmasi dalam menyokong kesinambungan rawatan pesakit luar serta penambahbaikan aliran perkhidmatan di fasiliti kesihatan primer.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas kunjungan rasmi Puan Pengarah dan delegasi dari Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi. Semoga lawatan ini dapat memperkukuh usaha penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan farmasi di lapangan.


Address

Jalan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049765033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Perlis:

Share