23/01/2026
Perhimpunan Dwibulanan Pejabat Kesihatan Daerah Kangar Bil. 1/2026 telah berlangsung pada 23 Januari 2026, anjuran bersama KK UTC, KK Felda Chuping, dan KK Jejawi.
Perhimpunan ini menjadi platform untuk seluruh warga kerja mendengar amanat pengurusan tertinggi, serta menyemarakkan kesedaran sempena sambutan "World Cancer Day" yang disambut setiap 4 Februari, dengam tema 'United by unique' ke arah memperkukuh komitmen bersama dalam pencegahan dan kawalan kanser.
Tahniah diucapkan kepada semua warga KK UTC diatas beberapa pencapaian terbaik sepanjang 2025. Semoga terus bersemangat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat & komuniti.