13/11/2025
Aktiviti senamrobik khususnya untuk warga Hospital Kanowit telah berlangsung pada setiap hari Selasa dan Khamis sebagai inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat di tempat kerja.
Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecergasan fizikal, tetapi juga untuk memupuk semangat kerjasama serta keceriaan dalam kalangan kakitangan hospital.
Sama-sama kita kekalkan budaya kerja yang aktif dan sihat!