Klinik Kesihatan Nanga Ngungun,Kanowit.

Klinik Kesihatan Nanga Ngungun,Kanowit. Menyediakan perkhidmatan Unit Pesakit Luar dan Unit Kesihatan Ibu & Anak

Setiap kes kecemasan akan diberikan keutamaan...Perkhidmatan selepas waktu
pejabat akan sentiasa disediakan dan HANYA UNTUK KES KECEMASAN SAHAJA...
Klinik hanya beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat...kecuali cuti umum...

23/08/2021

🟧➑️πŸŸ₯

20/08/2021

Daerah Kanowit
πŸŸ₯➑️🟧

20/08/2021

2548

19/08/2021

Jika anda di jemput ambulan ke Hospital, bawa barangΒ² ini sahajaπŸ‘‡πŸ‘‡:

1. MyKad. Kad bank tidak perlu.
2. Wang tunai jumlah yang sedikit.
3. Pergi pakai selipar.
4. Masa pergi pakai T-Shirt sahaja.
5. Baju panas kain cotton.
6. Satu persalinan baju discharge nanti. 2-3 set pakaian. Tidak perlu baju banyak-banyak. Nanti kena pakai pakaian pesakit hospital. Tidak akan dapat cuci atau jemur pakaian di wad.

7. Alat mandian, sabun, berus gigi dan sebagainya
8. Kain tuala.
9. Kain pelikat dan sejadah bagi yang muslim.

Jangan pakai jam dan barang hiasan seperti rantai emas.

10. Telepon dengan charge.
11. Earphone.

Seandainya anda meninggal dunia. Kemungkinan barangan selain perkara 1. 2. 10. dan 11 sahaja akan dikembalikan. Yang lain akan di ambil oleh Hospital untuk tindakannya, mungkin di bakar dan tidak di p**angkan.

12. Bawalah beg baju yang kecil bukan beg travel.

13. Bimbang kelewatan masuk ward di Hospital bawa makanan ringan seperti roti dan dua tiga botol air mineral sedia di dalam kotak untuk mudahkan dibuang.

14. Bawa botol air, thermos, cawan dan sudu. Kalau kerap makan, bawa lah minuman 3 in 1 dan biskutΒ² utk kunyahΒ²πŸ™‚

15. Tulis atas kertas nama-nama pewaris yang lain, selain yang telah di rekodkan untuk diberi kepada Frontliner setelah masuk dalam ward. Untuk orang tua atau kanak-kanak, lekatkan sticker nama dan no telefon anak/waris, ibubapa pada beg mereka.

16. Ubatan (current medications) yang diambil jika ada. Minyak angin, minyak sapu jika mahu, bawa. Segala supplemen yang tidak boleh ditinggalkan, bawalah. (sebarang penghantaran barangan selepas masuk wad hospital tidak dibenarkan) Gambar senarai ubatan, dos dan kekerapan.

17. Pampers dan tisu basah bagi pesakit yang strok/tidak bermaya/tua. Gigi palsu orang tua bawa juga nanti tidak dapat makan. Jangan lupa bawa cermin mata/walker/tongkat jika perlu.

(Sila terangkan pada orang tua, tiada pelawat nanti dibenarkan, nanti dia merajuk p**a korang tidak datang melawat.) Reload dan sambungkan internet secukupnya pada handphone orang tua anda. Sebaiknya ajarlah gunakan smartphone, cara whatsapp, videocall sejak awal-awal lagi.

18. Seluar dalam pakai buang jika perlu. Tuala wanita jika perlu.

19. Beberapa buku untuk dibaca jika boleh membaca untuk menghilangkan bosan. (Ramai pesakit bawa buku silang kata, crossword, sudoku dan buku bacaan agama)

Semoga selamat sihat dan kembali ke rumah dengan segera.

(Improved modified by Jessica William)

19/08/2021

Daerah Kanowit
🟧➑️πŸŸ₯

17/08/2021

Perhatian kepada warga penduduk daerah kanowit, PPV Hospital Kanowit akan mengadakan pemberian vaksin secara walk-in kepada yang berkelayakan seperti ketetapan di bawah :

Sekian, Harap maklum.

16/08/2021

πŸ“Œ Muyhiddin maklum beliau kehilangan kepercayaan majoriti dewan rakyat, seluruh jemaah menteri letak jawatan.

πŸ“Œ Muhyiddin maklumkan telah persembah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan seluruh jemaah menteri kepada Agong hari ini

πŸ“Œ Tindakan saya selaras dengan sumpah jawatan untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan pertahankan Perlembagaan - Muhyiddin

πŸ“Œ Ikhtiar selamatkan kerajaan Perikatan Nasional tidak berhasil disebabkan ada pihak rakus rebut kuasa - Muhyiddin Yassin

πŸ“Œ 15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan kepada saya dan cadangan persefahaman rentas parti turut ditolak parti pembangkang - Muhyiddin

πŸ“Œ Muhyiddin Yassin mohon maaf atas kekhilafan sepanjang menjadi Perdana Menteri

πŸ“Œ Ini hari terakhir saya sebagai Perdana Menteri dan saya redha dengan ketentuan Ilahi - Muhyiddin Yassin

πŸ“Œ Muhyiddin harap kerajaan baharu segera dibentuk supaya pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa

πŸ“Œ Muhyiddin rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus uruskan COVID-19

πŸ“Œ Tempoh dua bulan ke hadapan sangat penting, negara dalam proses capai imuniti kelompok - Muhyiddin

πŸ“Œ Jawatan PM bukan kemegahan, tetapi bebanan dan tanggungjawab berat kerana disandang dalam keadaan pandemik COVID-19 - Muhyiddin Yassin

πŸ“Œ Muhyiddin optimis negara akan keluar dari krisis pandemik COVID-19 dalam masa terdekat

πŸ“Œ Muhyiddin nyatakan tak akan sekongkol dengan kump**an kleptokrat, tidak ganggu badan kehakiman, belakangi perlembagaan semata-mata untuk kekal kuasa

πŸ“Œ Muhyiddin harap dasar-dasar kerajaan yang baik akan dikekalkan pada masa akan datang

πŸ“Œ COVID-19: Muhyiddin jamin semua rakyat Malaysia akan divaksin menjelang hujung tahun ini, lebih banyak nyawa akan diselamatkan

16/08/2021

1566
πŸ™ˆ

15/08/2021

20 remaja dikompaun bermain futsal di Sibu

SIBU, 14 Ogos: 20 remaja lelaki yang leka bermain futsal menerima padah selepas masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di gelanggang pelbagai guna di Jalan Tekam sekitar jam 6.40 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam kenyataan berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Katanya, mereka yang dikompaun berusia antara 13 hingga 21 tahun kerana melanggar Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PKTJ) Perlanjutan Kuasa No.2) 2021.

Jelasnya, bermain futsal adalah sukan bersentuh yang tersenarai dalam sukan tidak dibenarkan.

14/08/2021
14/08/2021

Varian Delta adalah varian paling bahaya dan paling dominan di seluruh dunia ketika ini.

Varian ini lebih mudah berjangkit. Namun, vaksin adalah berkesan melindungi daripada penyakit yang teruk.

Dapatkan vaksin dan teruskan langkah-langkah kesihatan awam untuk mencegah jangkitan COVID-19.

13/08/2021
Anda hanya lengkap divaksinasi setelah melepasi tempoh yang diberikan seperti berikut. Dan perlu diingat, walaupun telah...
13/08/2021

Anda hanya lengkap divaksinasi setelah melepasi tempoh yang diberikan seperti berikut.

Dan perlu diingat, walaupun telah lengkap divaksinasi, orang ramai masih perlu mematuhi SOP.

Sumber: JKJAV

12/08/2021

1216 kes Sarawak haritok
OMG

11/08/2021

Sila ambil perhatian mengenai pekara berikut πŸ‘‡

Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih πŸ™

b/p: Pengarah Hospital Kanowit



Berikut adalah simptom-simptom varian Delta yang perlu anda ketahui. Buat masa ini, ia merupakan Variant of Concern ( ) ...
11/08/2021

Berikut adalah simptom-simptom varian Delta yang perlu anda ketahui. Buat masa ini, ia merupakan Variant of Concern ( ) yang paling mudah berjangkit, dominan dan menular dengan pantas.

Sumber




Address

Klinik Kesihatan Nanga Ngungun, D/A Pejabat Kesihatan Daerah Kanowit
Kanowit
96700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Nanga Ngungun,Kanowit. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Nanga Ngungun,Kanowit.:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram