Romah Ruqyah Al-Farizqi

Romah Ruqyah Al-Farizqi PERAWAT PENGUBATAN ISLAM YANG BERDAFTAR DAN DIIKTIRAF OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (PT&K)

Alhamdullilah.Sesi ruqyah pesakit suami isteri & ibu isterinya di rumah pusaka keluarga isterinya di Teluk Intan,Perak.S...
01/05/2026

Alhamdullilah.

Sesi ruqyah pesakit suami isteri & ibu isterinya di rumah pusaka keluarga isterinya di Teluk Intan,Perak.

Si suami minta untuk diruqyahkan selepas si isteri telah 3 kali mengalami keguguran.
Kandungan pertama gugur ketika di awal kandungan.
Manakala kali ke 2 & ke 3 di usia kandungan sudah mencecah 6 bulan ke atas.
Keguguran yang tiada tahu punca mahupun sebab yang boleh diterangkan dari segi perubatan.

Si isteri juga kerap mimpi terima bayi dan menyusu bayi.

Melalui diagnosis awal, pesakit menunjukkan beberapa simptom gangguan jin.Tetapi untuk pengesahan pesakit perlu diruqyahkan terlebih dahulu untuk pastikan gangguan yang dialami secara terperinci.

Sesi rawatan yang dilakukan dirumah pusaka berkenaan mengambil masa hingga 3-4 jam.

Sesi ruqyah dilakukan bersama suami,isteri dan ibunya.Pesakit merasakan ada pergerakan pada rahimnya saat ayat-ayat ruqyah didengarkan.

Kemudian sesi details pengesanan punca gangguan dirumah dilakukan. Rupanya erletak pada cermin meja solek pusaka arwah neneknya.Cermin meja solek tersebut sudah tidak digunakan cuma disimpan sahaja dirumah berkenaan.

Patutlah pesakit juga sering mimpi arwah neneknya memberi sesuatu kepadanya.

Alhamdullilah.Dengan izin Allah SWT, cermin tersebut dibakar dan barulah rumah ditawarkan serta dibuat pemagaran.

Semoga Allah SWT beri kesembuhan kepada pesakit dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar'iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah

Manusia berzikir ketika sihat dan sakit, tetapi saat sakit, lidah dan hati selalunya lebih banyak kembali kepada Allah. ...
14/04/2026

Manusia berzikir ketika sihat dan sakit, tetapi saat sakit, lidah dan hati selalunya lebih banyak kembali kepada Allah.

Ketika itulah seorang mukmin lebih kerap menyebut:
“Ya Allah…” “Allah, bantu aku…” “Allah, sembuhkan aku…”

Itulah antara hikmah sakit. Sakit bukan sekadar ujian, tetapi boleh menjadi jalan pahala, penghapus dosa, penguat tawakal, dan sebab hati semakin dekat dengan Allah.

Antara kelebihan sakit bagi seorang mukmin:
1. Sakit menghapuskan dosa
Rasulullah SAW menerangkan bahawa tidaklah seorang mukmin ditimpa keletihan, penyakit, kesedihan, gangguan, bahkan duri yang menusuknya, melainkan Allah hapuskan sebahagian dosanya dengannya.
Ini menunjukkan sakit bukan sia-sia, tetapi ada nilai kaffarah.

2. Sakit mengangkat darjat di sisi Allah.
Ada orang yang bila sihat, amalnya biasa. Tetapi bila diuji dengan sakit, sabarnya, doanya, tangisannya, zikirnya dan pergantungannya kepada Allah menjadi luar biasa. Kerana itu sakit boleh menjadi sebab naiknya darjat seorang mukmin.

3. Sakit mendidik hati untuk lebih bergantung kepada Allah.
Waktu sihat, kadang-kadang manusia rasa kuat, mampu, sibuk dan lupa. Tetapi bila sakit, baru terasa lemahnya diri. Dari situlah lahir tawakal, pengharapan, munajat dan zikrullah yang lebih hidup.

4. Sakit menjadikan seseorang banyak berzikir dan berdoa.
Nak bangun, sebut Allah.
Nak duduk, sebut Allah.
Nak baring, sebut Allah.
Nak tidur, sebut Allah.
Nak hilang sakit, sebut Allah.
Keadaan ini menjadikan hati lebih lembut dan lebih hampir kepada Rabb.

5. Sakit boleh menjadi tanda Allah mahukan kebaikan.
Dalam hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa apabila Allah mahukan kebaikan pada seseorang, Allah timpakan kepadanya ujian. Bagi mukmin, ujian itu bukan tanda Allah membenci, tetapi boleh jadi tanda Allah sedang membersihkan dan mendidiknya.

6. Sakit mengingatkan bahawa dunia bukan tempat rehat yang kekal.
Bila sakit, manusia lebih ingat mati, lebih ingat akhirat, lebih ingat nilai sihat, keluarga, ibadah dan masa. Kadang-kadang sakit membuka mata yang selama ini lalai.

Sakit memang melemahkan badan, tetapi bagi seorang mukmin, sakit boleh menguatkan hati.
Saat sihat, kita berzikir kepada Allah.
Namun saat sakit, zikir

MASIH ADA WASWAS & KERASUKAN DI BULAN RAMADAN?❓Ramai bertanya:Bukankah syaitan dibelenggu ketika Ramadan?Mengapa masih a...
16/02/2026

MASIH ADA WASWAS & KERASUKAN DI BULAN RAMADAN?

❓Ramai bertanya:
Bukankah syaitan dibelenggu ketika Ramadan?
Mengapa masih ada gangguan, waswas atau keras**an?

✅ PENJELASANNYA

1️⃣ QARĪN (PENDAMPING MANUSIA)
Setiap manusia mempunyai qarīn, iaitu jin pendamping yang tugasnya membisikkan was-was.

📖 Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada seorang pun melainkan telah ditetapkan baginya qarīn daripada kalangan jin.”
(Riwayat Muslim)

➡️ Qarīn terus membisikkan keraguan dan lintasan hati.

2️⃣ HAWA NAFSU & JIWA AMMĀRAH BIS-SŪ’

Selain gangguan jin, manusia juga diuji dengan:
✔️hawa nafsu
✔️jiwa yang cenderung kepada keburukan
✔️godaan dunia

📖 Allah SAW berfirman:
“Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan.”
(Surah Yusuf: 53)

➡️ Jika dorongan iman kuat → manusia terdorong kepada kebaikan.
➡️ Jika nafsu lebih dominan → keburukan lebih mudah berlaku.

3️⃣ MENGAPA MASIH ADA KERASUKAN?

Hadis menyebut:
“Apabila datang Ramadan, syaitan-syaitan dibelenggu.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Namun para ulama menjelaskan:
✔ Yang dibelenggu ialah *syaitan yang paling derhaka*
✔ *Bukan semua jin dibelenggu*

Kerana:
✅Ada jin Muslim
✅Ada jin kafir
✅Ada yang tidak termasuk dalam golongan syaitan pembangkang

➡️ Maka gangguan masih boleh berlaku dengan izin Allah SWT.

🌸 KESIMPULANNYA
• Ramadan mengurangkan gangguan, bukan menghapuskannya sepenuhnya.
• Qarīn dan hawa nafsu tetap wujud.
• Iman dan amalan tetap menjadi benteng utama.

Ramadan adalah masa terbaik untuk menguatkan perlindungan diri dengan ibadah dan rawatan yang syar‘i.

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar'iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah

02/02/2026

🌙 Malam Nisfu Sya‘ban
Antara malam yang diharapkan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah ﷺ bersabda bahawa Allah mengampuni hamba-hamba-Nya pada malam ini, kecuali mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan.
Justeru, hidupkan malam ini dengan ibadah umum:
doa, istighfar, zikir dan membaca al-Quran — tanpa menetapkan amalan khusus.
Semoga Allah mengampuni dosa kita dan mempertemukan kita dengan Ramadan.
🤲 Aamiin.

3 perkara asas sihir:1️⃣Sihir dilakukan oleh manusia2️⃣ Dengan bantuan jin3️⃣Kesan sihir tidak terikat pada makhluk fizi...
15/01/2026

3 perkara asas sihir:

1️⃣Sihir dilakukan oleh manusia
2️⃣ Dengan bantuan jin
3️⃣Kesan sihir tidak terikat pada makhluk fizikal semata-mata

📌 Maka sihir bukan ‘hidup’ dalam haiwan.

Dalam sebahagian kes (bukan semua):

Haiwan digunakan sebagai:
📦 Pembawa
📍 Perantara
🧪 Medium sementara

➡️ Contohnya:
Makanan / minuman
Bau / sentuhan
Haiwan kecil yang mudah bergerak

📌 Haiwan hanya medium, bukan “penyimpan sihir”.

📖 Dalil Al-Qur’an

Allah SWT berfirman:
“Dan mereka tidak akan dapat memudaratkan seseorang pun dengannya melainkan dengan izin Allah.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 102)

➡️ Ayat ini menjelaskan bahawa sihir berfungsi melalui sebab (wasilah), tetapi kesannya tetap tertakluk kepada izin Allah SWT,bukan kerana makhluk itu sendiri.

📖 Dalil Hadis
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti aliran darah.”
(Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

➡️ Hadis ini menunjukkan jin boleh masuk dan bergerak melalui saluran yang sangat halus, maka menggunakan medium kecil (seperti makanan, bau, sentuhan, atau perantaraan lain) adalah perkara yang mungkin berlaku.

Kenapa bunuh haiwan TIDAK mematikan sihir?
Kerana:
❌ Jin tidak tinggal kekal dalam haiwan
❌ Ikatan sihir bukan bergantung pada nyawa haiwan
❌ Jin boleh berpindah medium
➡️ Jin tidak terikat pada satu jasad.

Kesimpulan:

📌 Serangga itu bukan pelaku sihir
▶️Ia hanyalah alat / perantaraan

📌 Sihir berlaku kerana amalan manusia + bantuan jin
📌Bukan semua serangga membawa sihir,jangan sampai timbul was-was melampau

Dalam Rawatan Islam Ruqyah Syar'iyyah:

▶️Takut melampau membuka pintu gangguan
✅Zikir & perlindungan lebih utama daripada syak

📌Jika ada simptom berulang, ruqyah sahih adalah jalan paling selamat

PORT DICKSON & TAMPIN | 10–11 JAN 2026Kadang bukan ubat yang kurang,tetapi ikhtiar belum disusun dengan betul.📌 Slot ter...
10/01/2026

PORT DICKSON & TAMPIN | 10–11 JAN 2026

Kadang bukan ubat yang kurang,
tetapi ikhtiar belum disusun dengan betul.

📌 Slot terhad – temujanji WAJIB dibuat awal

Jika anda:
❗️Sakit berulang tanpa sebab jelas
❗️Gangguan sihir / saka / ain
❗️Masalah kesihatan berpanjangan
❗️Anak kerap tantrum / speech delay
❗️Rumah rasa berat & tidak tenang

👉 Ini peluang rawatan Ruqyah Syar’iyyah (Terapi Al-Quran) secara bersemuka.

Rawatan berasaskan:
✔️ Al-Quran & Sunnah
✔️ Details Rawatan (Minimum 3 jam)
✔️ Kesan punca utama gangguan
✔️ Bimbingan & pemantauan

📌 Rawatan berdasarkan ikhtiar syar’ie & pengalaman klinikal.

📲 Set temujanji sekarang: 016-819 5272
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi | Perawat Berdaftar KKM
📌Bimbingan & Kesembuhan | Professional & Sunnah

⚠️ Slot cepat penuh. Siapa cepat, dia dapat.

04/01/2026

SIHIR MAKANAN

☘️Bukan kerana sihir itu kuat,
tetapi kerana pintu masuknya sentiasa terbuka.

1️⃣ Prinsip Asas Sihir: Kesan Bergantung Kepada Jarak

Dalam rawatan Islam Ruqyah Syar'iyyah:
✅ Semakin hampir barang sihir dengan tubuh pesakit, semakin kuat pengaruh gangguan
✅Sihir makanan menjadikan bahan sihir berada di dalam tubuh pesakit sendiri

📌 Ini menjadikan sihir makanan lebih aktif, walaupun ia mudah dikeluarkan.

2️⃣ Sihir Makanan Tidak Bersarang Kekal

Dalam pengalaman rawatan Ruqyah Syar'iyyah:
Sihir makanan TIDAK bersarang kekal dalam tubuh

Ia mudah dikeluarkan apabila:
✅Dibaca ayat ruqyah
✅Reaksi muntah / pelepasan berlaku
✅Disertai Terapi Air Nabeez Ruqyah dan Rendaman Badan dengan Air Ruqyah

👉 Ini berbeza dengan sihir objek (tanah, buhul, kubur) yang memerlukan pencarian fizikal.

3️⃣ Kenapa Nampak ‘Berat’? – Kerana Masuk Berulang Kali

Masalah sebenar bukan s**ar dikeluarkan, tetapi:
▶️Sihir makanan sering masuk semula
▶️Berlaku apabila:
Makanan diberi oleh orang terdekat
▶️Pesakit tidak sedar sumber gangguan
▶️Tiada perlindungan rohani berterusan

📌 Ini menjadikan pesakit rasa:
“Sudah dirawat, tapi datang balik.”

4️⃣ Dalil: Bahaya Dari Arah Orang Terdekat

Allah SWT berfirman:
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada kalangan manusia dan jin…”
(Surah Al-An‘am: 112)

📌 Ayat ini menunjukkan bahaya tidak semestinya dari orang asing, tetapi boleh datang daripada lingkungan terdekat.

🌼Sihir makanan bukan berbahaya kerana ia s**ar dirawat, tetapi kerana ia berada terlalu hampir dengan tubuh pesakit.

✔️ Sihir makanan mudah dikeluarkan
✔️ Tetapi mudah masuk semula
✔️ Cabaran sebenar ialah perlindungan diri
✔️ Lebih berisiko jika melibatkan orang terdekat

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar'iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah

02/01/2026

CARA SEMAK PERAWAT
BERDAFTAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Sempena hari Jumaat yang mulia ini..saya kongsikan 1 perkongsian penting..supaya anda sebagai pesakit/pengguna..dalam mencari ikhtiar..tak tersalah arah.

Di sertakan video step by step..kalau nak check..contoh perawat tengok di Tiktok..check nama perawat atau lokasi Pusat Rawatan.. Inshallah..boleh tahu info mengenai perawat berkenaan.Ini salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam untuk melindungi anda sebagai pengguna.

Sebarkan jika bermanfaat.
SEMAK DAHULU,
RAWAT KEMUDIAN.

⚠️ Elakkan rawatan dengan perawat yang:
📌Tidak berdaftar KKM
📌Enggan tunjuk nombor pendaftaran
📌Mengelak bila diminta semakan rasmi

Keselamatan dan kesejahteraan pesakit adalah amanah.
Pastikan perawat berdaftar dan sah di bawah KKM sebelum mendapatkan rawatan.

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar‘iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah

25/12/2025
Romah Ruqyah Al-Farizqi diberi kepercayaan melaksanakan rawatan di beberapa premis klinik perubatan dan perawat terlibat...
25/12/2025

Romah Ruqyah Al-Farizqi diberi kepercayaan melaksanakan rawatan di beberapa premis klinik perubatan dan perawat terlibat berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Atas dasar tersebut, beberapa klinik telah mendapatkan perkhidmatan Rawatan Islam Ruqyah Syar’iyyah yang melibatkan:
✅ Ruqyah staf (rawatan individu & berkumpulan)
✅ Pemagaran premis klinik
✅ Bacaan ayat-ayat perlindungan & pembersihan gangguan
✅ Ikhtiar pencegahan gangguan di tempat kerja

Antara klinik yang pernah mendapatkan rawatan tersebut termasuk:

📌Klinik Putrijaya (Sungai Besi, Puchong & Cheras)
📌Klinik Kami Kajang
📌Klinik Anda Seri Kembangan
📌Klinik Family Care Sri Gombak
📌Klinik Norman (Shah Alam & Batu Berendam)
📌Poliklinik An-Nisa Shah Alam

Ruqyah Syar’iyyah dilaksanakan berlandaskan:

⏩Bacaan ayat Al-Quran dan doa yang sahih
⏩Tanpa unsur tilikan, khadam atau ritual bercanggah syariah
⏩Tidak melibatkan sebarang dakwaan diagnosis perubatan
⏩Tidak mencampuri keputusan klinikal atau rawatan doktor
⏩Dilaksanakan sebagai ikhtiar sokongan rohani, bukan rawatan klinikal

Hal ini selari dengan firman Allah SWT:
“Dan Kami turunkan daripada Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Isra’, ayat 82)

Pendekatan ini tidak menggantikan rawatan perubatan moden, sebaliknya berfungsi sebagai pelengkap (complementary support) dalam konteks:
📌Tekanan emosi di tempat kerja
📌Gangguan jin
📌Suasana premis yang memerlukan ketenangan dan kesejahteraan menyeluruh
📌Melindungi staf & pesakit daripada gangguan yang tidak terlihat
📌Usaha pencegahan berasaskan doa dan amalan Islam

Perkongsian ini dibuat tanpa tujuan promosi, sekadar memberi kefahaman dan perkongsian sebenar serta rujukan bahawa Ruqyah Syar’iyyah boleh dilaksanakan secara berstruktur dan beretika, termasuk di persekitaran profesional seperti premis perubatan bukan hanya untuk individu.

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar’iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah





Kenapa gangguan selalu datang… masa kita paling letih dan cemas?Gangguan selalu datang waktu kita paling lemah.Bukan seb...
24/12/2025

Kenapa gangguan selalu datang… masa kita paling letih dan cemas?

Gangguan selalu datang waktu kita paling lemah.
Bukan sebab jin kuat…
tapi sebab benteng kita bocor.

Ramai pesakit datang beritahu saya…
gangguan mereka datang waktu malam.
Waktu badan letih.
Waktu hati kosong.
Waktu emosi tak stabil.
Dan bila ditanya satu soalan mudah…

👉 ‘Masa tu berwuduk ke tidak?’

Kebanyakannya diam.
Berwuduk bukan sekadar syarat solat.
Ia sebenarnya benteng perlindungan rohani.
Bila wuduk dijaga,
emosi lebih stabil.
Hati lebih tenang.
Dan gangguan jadi lemah.
Sebab jin s**a orang yang lalai,
bukan orang yang bersih rohani.”
Mulakan dengan wuduk.
Langkah kecil, kesan besar.

📌Wuduk tenangkan sistem saraf
📌Wuduk bersihkan dosa & kelalaian
📌 Wuduk tutup ‘laluan lemah’ gangguan

Rasulullah SAW bersabda:
Apabila seorang hamba berwuduk,
keluarlah dosa daripada anggota badannya.
(HR. Muslim)

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar‘iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah




**an

❗ JANGAN KELIRURAWATAN ISLAM ≠ RAWATAN SIHIRRamai rosak akidah & ibadahbukan kerana sihir semata-mata,tetapi kerana sala...
22/12/2025

❗ JANGAN KELIRU
RAWATAN ISLAM ≠ RAWATAN SIHIR

Ramai rosak akidah & ibadah
bukan kerana sihir semata-mata,
tetapi kerana salah memilih rawatan.
Ini BUKAN rawatan Islam.
Ini adalah amalan sihir moden yang menyamar sebagai rawatan.

🟢 RAWATAN ISLAM (RUQYAH SYAR‘IYYAH)
✔️ Menggunakan ayat Al-Qur’an & doa sahih
✔️ Tidak scan aura / tilikan ghaib
✔️ Tidak minta tarikh lahir / nama ibu
✔️ Tiada rajah, simbol atau nombor pelik
✔️ Pesakit sedar, berzikir & bertawakal
✔️ Tidak menjanjikan hasil luar syarak
✔️ Penyembuhan hanya dengan izin Allah SWT

🔴 RAWATAN SIHIR / TILIKAN
❌ Minta nama penuh & tarikh lahir
❌ Buat scan aura / penyakit ghaib
❌ Guna rajah, simbol & wafaq
❌ Janji: – kunci / ketuk hati pasangan
– pusing perasaan manusia
– buang sihir tanpa taubat
❌ Melibatkan jin / khadam

⚠️ Ini BUKAN RAWATAN ISLAM
Ini adalah sihir yang menyamar
⚠️ AMARAN RASULULLAH SAW:
“Sesiapa yang mendatangi tukang ramal
lalu membenarkan perkataannya,
maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.”
(Hadis Sahih Muslim)

🔍 PENANDA MUDAH
Ada tarikh lahir + scan ghaib + rajah
= ITU BUKAN RAWATAN ISLAM

Jangan gadaikan akidah
kerana mahu sembuh dengan cara singkat.
Kesembuhan yang diberkati
datang dengan ilmu, sabar & tawakal.

📞 Bimbingan & Kesembuhan | Ruqyah Syar‘iyyah Care Support
💚 Romah Ruqyah Al-Farizqi
📲 016-819 5272
Rawatan Islam Ruqyah Syar‘iyyah | Perawat Berdaftar KKM | Professional & Sunnah

Address

Bukit Kapar
Kapar
42000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Romah Ruqyah Al-Farizqi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Romah Ruqyah Al-Farizqi:

Share