31/03/2021
‘SLIPPED DISC? SKOLIOSIS?’ 😱😱😱
Annyeonghaseyo CERAGEMERS!
Tulang belakang merupakan AKAR tubuh badan manusia kerana disinilah terletaknya aliran darah, saraf dan tenaga yang utama. Selain itu, tulang belakang juga adalah penyokong struktur tubuh, kerana itu penjagaan postur badan AMAT PENTING bagi memastikan fungsi tubuh berada dalam keadaan baik tanpa gangguan, dan kita juga boleh hidup dengan sihat seandainya himpitan saraf yang biasanya bermula disebabkan oleh pembengkokan tulang belakang.
Penyakit tulang belakang yang semakin berleluasa berlaku di kalangan masyarakat kita adalah ‘Slipped Disc’ dan Skoliosis. Kedua-dua penyakit tulang belakang ini semakin menular dalam masyarakat di abad ke 21 disebabkan oleh GAYA HIDUP kita yang pada hari ini banyak dihabiskan dengan ‘gadget’, bekerja di depan komputer, duduk di pejabat dalam tempoh yang lama, memandu pada jarak jauh, dan tidak mengamalkan penjagaan postur yang baik.
‘Slipped disc’ adalah sebuah kondisi dimana kandungan di dalam cakera tulang belakang iaitu Nucleus Polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang manakala Skoliosis p**a adalah keadaan dimana tulang belakang membengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan menjadikannya berbentuk ‘S’.
Kedua-dua masalah ini boleh memberikan kesan yang negatif kepada tubuh badan sekiranya dibiarkan berlarutan. Dan pesakit biasanya akan mula merasai kesannya secara ‘progresif’ dimana kesannya akan semakin memburuk dari hari ke hari!
Justeru itu, adalah penting untuk kita mencegah sebelum ianya terjadi atau mengawal penyakit ini dari semakin memburuk dari hari ke hari. Tapi, macam mana kita nak usaha cegah dan kawal penyakit ini? Apa yang boleh kita lakukan sekiranya kita sudah pun mengalami kondisi seperti di atas?
Urutan, tungkuan dan tekanan pada titik-titik tenaga yang diselaraskan mengikut konsep kiropraktik yang anda boleh dapatkan melalui penggunaan CERAGEM Master V3 dapat membantu memastikan otot-otot kita kuat agar dapat memegang tulang dengan lebih baik, selain daripada mengurangkan kesakitan dan membantu meregangkan dan memperbetulkan semula struktur tulang belakang bermasalah. Syaratnya CERAGEM perlu dijadikan sebagai rutin! Bukan guna selaki sekala sahaja. Ikuti perkongsian pengguna CERAGEM yang sebelum ini pernah menderita akibat penyakit-penyakit ini. Semoga ianya membantu memberikan anda inspirasi dan sinar harapan untuk kekal menikmati hidup yang sihat dan aktif sepanjang hayat!
Jom kongsikannya kepada lebih ramai orang terutamanya yang tersayang. Perkongsian dari anda pastinya boleh membantu mengubah kehidupan lebih ramai insan ke arah yang lebih baik.