Pusat Homeopathy Darul Iman

Pusat Homeopathy Darul Iman Merawat dan mengubat mengikut kaedah perubatan Homeopathy ia itu suatu kaedah rawatan alternatif yan

05/02/2021
Asal Usul HomeopathyHomeopathy bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati p...
23/07/2020

Asal Usul Homeopathy

Homeopathy bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama - iaitu Hukum Kesembuhan semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada di pelbagai peringkat, iaitu penyakit fizikal, emosional dan mental. Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehinggakan ia menjadikan ia sangat selamat tanpa kesan sampingan.

Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755 - 1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri. Beliau berasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutama ubatan yang menggunakan dadah yang bertoksid. Beliau kemudiannya menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia di samping menterjemahkan teks-teks perubatan. Pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemah teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itulah beliau didedahkan kepada prinsip "persamaan" (similariti), lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.

Sambutan yang luar biasa terhadap sistem perubatan ini amatlah mengagumkan sehinggalah tertubuhnya sebuah hospital Homeopathy yang pertama di Stuttgart, German yang bernama ROBERT BOSCH KRANKENHAUS (Hospital Robert Bosch). Hospital ini terletak di Hahnemann Strasse, Stuttgart. Di sini juga di dirikan sebuah Hahnemann Museum yang banyak terdapat catatan-catatan penting mengenai Homeopathy yang telah dibuat oleh Hahnemann.

Kolej perubatan Homeopathy yang pertama didirikan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1800. Kolej ini mendapat pengiktirafan kerana kejayaannya menyelesaikan banyak kes-kes penyakit berjangkit pada ketika itu seperti scarlet fever, cholera, jaundice, diptheria dan lain-lain.

Perubatan Homeopathy menjadi sangat terkenal pada awal tahun 1990an. Pada ketika itu terdapat 22 sekolah perubatan Homeopathy, 100 hospital homeopathy dan lebih 1000 farmasi homeopathy. Boston University, Stanford University dan New York Medical College adalah diantara pusat pengajian tinggi yang mengajar matapelajaran homeopathy.

Homeopathy yang berasal dari German berkembang keseluruh Eropah dan menular ke Asia. Di India, semasa era Mahatma Gandhi, beliau menyedari akan keberkesanan homeopathy dan semasa beliau melanjutkan pelajaran di Eropah telah membawa homeopathy balik ke India. Hari ini perubatan Homeopathy adalah merupakan industri yang sangat besar di India dan pakistan, sehinggakan ramai yang menyangka asal usul homeopathy adalah dari India.

Pada hari ini, hampir kesemua farmasi di Perancis menjual ubatan homeopathy. Malah jenama ubat batuk yang terkenal pun adalah ubat homeopathy. Homeopathy mempunyai pengamal yang kuat di Russia, India, Switzerland, Mexico, German, Netherland, Italy, England dan America Selatan. Keluarga DiRaja British adalah peneraju penggunaan perubatan ini di Eropah sehingga terbina Royal London Homeopathic Hospital di United Kingdom. Sehingga kini terdapat 5 buah hospital di United Kingdom, iaitu di London, Tunbridge Wells, Bristol, Liverpool dan Glasgow.

Pengamal homeopathy yang profesional diwajibkan selama 4 tahun untuk mempelajari bidang Anatomi, Physiologi, Patologi, Materia Medica, Falsafah Homeopathy dan Reportery serta mempunyai pengalaman secara klinikal. Sebenarnya ubat homeopathy telah digunakan secara meluas oleh doktor-doktor di Eropah dan mereka tidak lagi menganggap ubat homeopathy sebagai ubat alternatif. Sehingga kini dianggarkan 30% doktor-doktor di Perancis dan 20% doktor-doktor di German menggunakan ubat-ubat Homeopathy dalam kaedah rawatan mereka. Di samping itu didapati 40% doktor-doktor di Britain merujuk pesakit-pesakit mereka kepada doktor homeopathy apabila kaedah rawatan alopathy didapati tidak sesuai untuk penyakit-penyakit kronik.

RESDONG atau sesetengah daripada kita panggil Seduan adalah penyakit yang memang pop**ar dalam masyarakat kita. Dalam is...
10/06/2020

RESDONG atau sesetengah daripada kita panggil Seduan adalah penyakit yang memang pop**ar dalam masyarakat kita. Dalam istilah perubatan ia dikenal sebagai Allergic Rhinitis atau Rinitis Alergi dan juga Pollinosis. Di Eropah dan Amerika Utara ia dikenal sebagai Hay Fever. Gejala-gejala yang selalu kita lihat ialah kerap bersin, hidung berair (watery nasal discharge) setengah tu sampai menitik-nitik air yang keluar dari hidung (Runny Nose), hidung tersumbat (Nasal Blockage) dan kongensi nasal (Nasal Congestion). Diikuti dengan gatal-gatal hidung,lelangit lembut (soft Palate), muka, mata dan setengah tu telinga. Kegatalan mata yang mengakhibatkan mata menjadi kemerahan. Ada juga yang mengalami sakit kepala seperti MIgraine. Ada yang sampai hilang keupayaan pencium dan perasa. Boleh dikatakan lebih kurang 20% pengidap resdong ini boleh mengalami asma/lelah.

Berbagai-bagai cara dan kaedah pengubatan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian seseorang. Jika pengubatan konvensional penggunaan Intranasal corticosteroids, Oral antihistamines, Intranasal antihistamines dan sebagainya boleh melegakan gejala-gejala alergik tersebut. Ada juga orang yang memilih untuk berubat secara tradisional atau menggunakan herba-herba, kaedah membuang ulat resdong dengan menyangka bahawa resdong itu berpunca dari ulat-ulat. Ada yang menggunakan kaedah yang dikenali sebagai "Tutoh" ia itu menggunakan asap herba. Ada yang menggunakan kaedah memasukkan cecair ektrak herba ke dalam hidung untuk mengeluarkan kentalan lendir dari hidung yang disangkanya boleh membuang penyakit resdong. Ada banyak lagi kaedah dan ubat-ubat yang dipercayai boleh menyembuhkan atau melegakan penyakit resdong ini. Apa-apa pun pengidap boleh memilih apa-apa jenis rawatan yang sesuai untuk mereka.

Dalam kaedah homeopati pengubatan untuk penyakit resdong ini tidaklah tertumpu pada satu jenis ubat yang spesifik sahaja. Oleh kerana pemilihan ubat/remedi homeopati bukanlah berdasar kepada nama penyakit tetapi pemilihannya adalah berdasarkan kepada orangnya yang sakit maka kump**an gejala-gejala yang terdapat pada pengidap/pesakit itu sendiri perlulah diteliti . Ini bermaksud orang yang mengidap penyakit resdong ini adalah berbeza-beza modeliti dan karakter di antara seseorang pengidap.Dengan itu keperluan ubat resdong mungkin berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Jika anda pergi ke klinik homeopati dan meminta untuk membeli ubat resdong mungkin ubat yang anda beli secara rawak itu tidak sesuai untuk anda tapi sesuai kepada orang lain yang mengidap resdong juga. Itulah sebabnya anda perlu didignosa diambil semua keterangan mengenai penyakit anda daripada sejarah penyakit anda, keluarga, gejala-gejala yang anda sedang atau selalu alami, ubat-ubat yang telah anda ambil sehinggalah kepada tabiat-tabiat serta sensitiviti anda dengan cuaca panas atau sejuk, kering atau basah dan sebagainya. Dengan semua gambaran gejala-gejala ini seseorang doktor homeopati itu dapat merumuskan suatu penawar yang paling seraksi dengan anda.

Berikut adalah remedi-remedi ringkas yang boleh dipertimbangkan mengikut gejala-gejala yang ada:

📌 Ambrosia Bersin dengan mata berair serta gatal
yang bersangatan di kelopak mata.
Keluaran/discaj hidung cair.

📌 Ars Iod Bersin, discaj berair, cair pedih,
merimaskan daripada nasal anterior dan
posterior. Hidung terasa tidak selesa,
rimas dan terasa keinginan untuk bersin.
Tidak lega dengan bersin.

📌 Arum T Bersin serta rasa sakit di pangkal
hidung. Discaj pedih menyebabkan
kesakitan. Sakit hidung seperti di korek-
korek. Hidung tersumbat serta discaj
berair yang memedihkan. Selalu mengutil
hidung hingga berdarah. Suara parau
selalu batuk mengeluarkan kahak. melarat
dengan berbaring.

📌 Arundo Bersin beserta rasa gatal di hidung.
Resdung bermusim bermula dengan
terasa panas membakar dan kegatalan di
lelangit serta mata berair.

📌 Allium Cepa Bersin terutama sekali bila memasuki
bilik yang panas. Discaj berair banyak
serta amat pedih. Koraiza dengan hidung
berair, sakit kepala dan serak suara.

📌 Kali Iod Koraiza dengan discaj banyak berair,
panas dan pedih terutama sekali apabila
beserta dengan Sinus Frontal. hujung
hidung kemerahan, bengkak serta bersin.
Sakit kepala bersangatan. Discaj
kehijauan.

Remedi-remedi lain seperti Hepar Sulp, Natr Mur, Sabadilla, Sanguinaria, Sticta, Dulcamara, Trifolium, Silicea, Naphthaline, Ars Alb, Euphrasia, Sinap, Phleum Pratense, Aceticum, Kali Sulp dan banyak lagi. Semua remedi remedi ini dipilih mengikut simptom2 yang ada pada pesakit.

Jika anda sudah bosan dengan rawatan ubat yang bersifat sementara dan ingin bebas terus dari idapan resdong, anda boleh cuba dengan rawatan Homeopati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor-doktor homeopati yang berkelayakan. Di sana anda bolehlah menceritakan kesemua gejala-gejala yang ada pada anda...insyaaAllah remedi yang tepat dan seraksi dengan anda akan diberikan.

ATAU

Anda boleh menghubungi kami melalui Whatsapp 0179597400.

24/08/2019

Benarkah ada penyakit yang tidak boleh diubati?

Atau

Setiap penyakit itu ada ubatnya seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah. Begitu juga dengan maksud hadith ... Allah menurunkan penyakit beserta penawarnya. Jadi dimana silapnya pengetahuan dan kajian ilmu perubatan hari ini sehingga banyak jenis penyakit yg dikategorikan TIADA UBAT.

Jika diteliti maksud hadith di atas Allah menurunkan penyakit beserta penawarnya bermakna setiap penyakit itu memang sudah tersedia ubatnya. Begitu juga dengan maksud Setiap penyakit ada ubatnya. Jadi mengapakah ahli ahli perubatan pergi terlalu jauh dalam mencari penawar sesuatu penyakit? MENGAPAKAH TIDAK MELIHAT KEPADA PENYAKIT ITU SENDIRI YANG ADA UBAT DI DALAMNYA.

Pelik tetapi benar...

Bagaimana p**a sesuatu penyakit boleh p**a menghasilkan ubat. Namun bagi pengamal kaedah perubatan Homeopathi ianya bukanlah sesuatu ganjil. Malah bukan sahaja perubatan Homeopathi, mungkin perubatan lain juga menemui kaedah yang hampir sama dengan kaedah Homeopathi. Dalam bab Isopathy Homeopathy telah menggunakan sebahagian besar dari sumber penyakit yang dijadikan ubat. Antaranya seperti Syphilinum dari kuman sifilis, Medhorrinum dari kuman gonorrhea, Vaccininum dari kuman vaccin, Variolinum, Malandrinum, Staphylococcinum, Streptococcinum, Tuberculinum, Bacillinum, Anthraccinum, Pneumococcinum dan banyak lagi. Bukan itu sahaja ahli farmasi daripada Canada dan Austria telah pun berjaya menghasilkan ubat dari virus AIDS dan virus Ibola.

Bagaimana kuman kuman yang merbahaya ini dapat digunakan dengan selamat oleh pengamal perubatan Homeopathy. Inilah kelebihan sistem perubatan ini yang lebih maju ke depan dalam kaedah penyediaan ubat ubat. Kaedah Potentization dan Dinamization yang diperkenalkan oleh pengasas Homeopathy, Dr Samuel Hahnemann telah dapat nenukarkan sesuatu yang bersifat racun kepada bersifat penawar.

Maka benarlah apa yang disabdakan nabi Setiap penyakit itu ada ubatnya, yakni di dalam penyakit itu ada terdapat ubat atau PENYAKIT ITU SENDIRI ADALAH UBAT..

Sekian..

Dah 9 hari puasa... telefon klinik masih x fungsi. Apa hal ni telekom??. Nanti org ingat klinik tutup
14/05/2019

Dah 9 hari puasa... telefon klinik masih x fungsi. Apa hal ni telekom??. Nanti org ingat klinik tutup

Sejak  tahun 2009, para saintis Brazil telah berulang kali melakukan penyelidikan ke atas keberkesanan remedy Homeopathy...
28/11/2017

Sejak tahun 2009, para saintis Brazil telah berulang kali melakukan penyelidikan ke atas keberkesanan remedy Homeopathy dalam mengawal dan mengurangkan penyebaran tumor melanoma.
Melanoma adalah bentuk kanser kulit yang agresif. Walaupun ia menyumbang kurang daripada 5% daripada semua kes kanser kulit, namun ia bertanggungjawab kepada peratusan besar kematian akhibat kanser kulit. Pertumbuhannya sangat cepat berbanding dengan semua kump**an kanser dan di seluruh dunia kadarnya semakin meningkat.

Jangkahayat melanoma bergantung pada seberapa cepat ia dikesan dan dibasmi. Sehingga kini, peluang terbaik untuk mengubatinya melalui kaedah pembedahan awal tumor. Apabila melanoma telah tersebar (metastasised) atau menebal, kadar survival menurun.

Pilihan chemotherapeutic yang biasa untuk jenis kanser ini adalah terhad dan ia dikaitkan dengan kesan sampingan, seperti kerosakan sumsum tulang, gangguan haematologi, dan loya atau muntah.

Dengan masalah ini,para penyelidik Brazil telah menyiasat kesan kompleks (campuran) ubat homeopati terhadap sel-sel kanser. Kajian mereka telah menunjukkan:

1. Melanoma dan sel-sel kanser usus dapat dicegah daripada menyerang atau melekat pada sel dan tisu yang mengelilinginya,
2. Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk membunuh sel kanser,
3. Menyebabkan tumor melanoma kanser dapat mengecut atau menjadi tidak aktif.

Ujian yang kompleks ini dilakukan berulang kali dalam kedua-dua ujian, yakni ‘ujian vivo’ (menggunakan haiwan makmal) dan dalam ‘ujian in vitro’ menggunakan melanoma dan sel-sel kanser kolon.

Kertas kajian ini boleh dibaca di: “In vitro and in vivo anticancer properties of Calcarea Carbonica derivative complex (M8) treatment in a murine melanoma model”.

Homeopati adalah sistem perubatan yang selamat dan tidak toksik tetapi ia memerlukan kajian dan aplikasi yang serius jika ia ingin diamalkan dengan lebih baik.

Walaupun kajian terhadap penawar Homeopathy ini mempunyai potensi perubahan yang menarik kepada pesakit melanoma, namun ia tidak lari dari kritikan dan kecaman dari golongan yang anti dan keliru dengan kaedah dan pendekatan Homeopathy yang kompleks.

Homeopati melakukan kerja terbaiknya apabila sesuatu rawatan tidak disandarkan kepada nama penyakit, tetapi diambil kira kepada keseluruhan gejala yang ada pada pesakit. Ini membawa maksud pemilihan penawar Homeopathy adalah bergantung kepada gambaran gejala-gejala yang ada pada pesakit dan penawar yang diberikan adalah berlainan antara setiap pesakit. Contoh pengidap melanoma mungkin pesakit A seraksi dengan penawar bernama Calcarea Carb, pengidap B memerlukan penawar bernama Lycopodium dan sebagainya. Terdapat bepuluh-puluh jenis penawar Homeopathy untuk melanoma seperti Thuja Occ., Phosphorus, Radium Bromaide, Baryta Carb, Rhus Tox., Sulphur, Ars Alb, Conium, Silicea dan banyak lagi. Semua penawar-penawar ini diberikan mengikut keserasian dengan pesakit secara individual.

Jika anda ingin menggunakan rawatan homeopathy sebagai sebahagian daripada strategi rawatan anda, sila bincangkan perkara tersebut dengan orang yang arif dengan kaedah perubatan ini dan dapatkan perkhidmatan homeopath yang berkelayakan di kawasan anda.

01/11/2017

Penerima Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati di Cyberjaya University College of Medical Sciences

01/11/2017
23/10/2017

Address

K 2226, Taman Kastam, Geliga, Jalan Kemaman-Kuantan
Kemaman
26080

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

09 8687420

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Homeopathy Darul Iman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category