05/07/2025
Minggu lepas, dalam satu sesi 1-on-1 coaching, datang sepasang suami isteri. Mereka jalankan sebuah sekolah swasta.
Muka suami nampak penat. Isteri p**a, dari awal lagi dah tahan air mata. Duduk je, terus cakap,
“Tuan, kami tak tahu nak buat macam mana dah. Kos makin naik, tapi kami takut nak naikkan yuran. Customer lari nanti.”
Saya tak jawab terus. Saya tanya dulu.
“Sekarang ni, kos bulanan berapa?”
“Dalam RM120,000.”
“Revenue berapa?”
“RM85,000–90,000.”
Maknanya, setiap bulan sekolah tu rugi hampir RM30,000.
Bila kami tengok balik, yuran pelajar RM250 sebulan. Sedangkan dengan semua kos dan gaji cikgu, sepatutnya yuran tu kena berada pada paras RM450–RM500.
Inilah punca utama banyak sekolah swasta, tadika, taska tak boleh nak bertahan lama.
Letak yuran tak betul.
Bila yuran tak betul, semua benda lain akan beri kesan dalam jangka masa yang panjang.
- Cikgu bagus tak boleh ambil.
- Yang ada pun cepat burnout, cepat berhenti.
- Sistem pembelajaran tunggang-langgang.
- Staf kena buat semua benda, kualiti drop.
- Parents mula banding sekolah lain.
- Branding jatuh.
- Student makin kurang.
- Sales makin lemah.
Dan semua tu sebenarnya berbalik pada satu benda paling besar, iaitu yuran yang tak cover kos sebenar.
Tapi kenapa ramai owner takut nak naikkan yuran?
Sebab takut customer lari.
Sebab takut mak ayah bising.
Sebab tengok pesaing harga murah, kita pun ikut murah.
Padahal yang patut kita ikut bukan pesaing. Tapi apa yang kita nak capai dalam bisnes kita itu.
Lepas sesi tu, suami isteri tu menangis. Bukan sebab down. Tapi sebab mereka nampak jalan keluar.
Baru mereka sedar yang masalah ni bukan sebab student tak cukup. Tapi sebab mereka sendiri tak letak yuran ikut value sebenar.
Ingat pesan saya ini.
Jika tuan puan yang sedang baca sekarang ini pun dalam industri pendidikan, taska, tadika, homeschool, sekolah rendah, tanya balik diri sendiri:
“Yuran aku letak sekarang ni cukup tak nak cover gaji, sistem, kemudahan, dan improvement untuk next level?”
Kalau tak cukup itu maksudnya bukan customer yang silap. Tapi ada strategi kita yang kena betulkan.
Jadi, apa langkah keluar dari perangkap ni?
1. Kira kos sebenar, jangan main agak-agak.
Ramai letak yuran ikut pesaing, bukan ikut kos sebenar. Padahal sekolah kita tak sama. Cikgu tak sama. Sistem tak sama. Kos pun tak sama.
Kalau kita tak tahu berapa kos untuk ajar seorang pelajar, kita sedang main judi dengan bisnes sendiri.
Pesan saya, sebagai business owner penting untuk kita,
+ Buat kira-kira betul-betul
+ Masukkan semua: gaji cikgu, sewa, buku, sistem, bil.
+ Dari situ baru tahu: yuran kita patut berapa minimum.
2. Letak yuran ikut value dan tunjuk value itu.
Parents hari ni bukan tengok sekolah dulu. Mereka tengok sosial media dulu.
Content kita = persepsi kita.
Kalau kita nak yuran RM500 tapi content kita nampak macam sekolah RM200 susah nak justify.
Apa patut kita update dalam sosial media kita?
+ Tunjuk aktiviti murid.
+ Tunjuk quality cikgu, kaedah belajar.
+ Share result dan testimoni
+ Bagi nampak environment & improvement yang ongoing.
Parents buat keputusan berdasarkan apa yang mereka nampak dan rasa. Kalau kita nak tarik parents yang hargai kualiti, kita kena tonjolkan kualiti.
3. Tapis customer, bukan sambar semua.
Kadang masalah kita bukan sebab parents tak mampu. Tapi sebab kita tarik parents yang salah. Parents yang jenis demand macam-macam, tapi nak bayar ciput.
# Kenalpasti siapa target sebenar: mindset, tahap kewangan, cara fikir.
# Buat onboarding screening, borang, sesi taklimat, sesi temu anak.
# Jangan takut kalau ada yang tak join, yang tak sesuai, biar mereka pergi.
Bila kita tahu siapa yang kita nak tarik, kita akan lebih yakin tetapkan harga ikut value.
Jadi jika tuan puan sekarang tengah penat, tengah struggle, tengah ikat perut semata-mata nak sustain sekolah, ingatlah yang masalah anda ini boleh diatasi dengan baik.
Ramai yang datang ke kami, dari taska sampai ke sekolah rendah, semua alami masalah yang sama.
Nampak berbeza, tapi sebenarnya satu je punca:
Yuran tak betul.
Dan dari situ, semua benda lain jadi berantai. Kualiti jatuh, sales jatuh, cikgu lari, parents mula banding-banding.
Nak betulkan semua tu, bukan mula dari tambah pelajar. Tapi mula dari betulkan yuran.
Jika tak tahu nak mula dari mana, cari guru. Cari panduan.
Jangan redah sorang-sorang.
Hasbul Brothers dah bantu ratusan owner education line.
Kita tahu rasa takut tu macam mana. Kita pun pernah rasa dulu.
Tapi jangan biarkan takut tu block growth bisnes kita.
Sebab kita bukan sekadar buka sekolah. Kita tengah bentuk manusia. Dan untuk bentuk manusia lain, kita sendiri kena cukup kuat dan cukup jelas.
Nak scale?
Letak harga ikut value sebenar.
Dan pastikan value tu sampai ke mata parents sebelum mereka sampai ke pintu pagar sekolah.
Jika anda pun rasa dah sampai limit dan tahu yuran sekarang tak cukup nak tampung kos sebenar, inilah masa untuk betulkan balik strategi bisnes pendidikan anda.
Sertai kami dalam seminar Grow Your Business (GYB) yang terbaru pada:
Tarikh: 26 dan 27 Julai 2025
Hari: Sabtu dan Ahad
Lokasi: Shafsbury Asteria, Cyberjaya
Yuran cuma RM30 (1 tiket), RM40 (2 tiket - fast selling)
Kami akan tunjukkan:
# Cara kira yuran ikut kos sebenar.
# Strategi tarik parents yang hargai value.
# Formula naikkan sales tanpa kejar pelajar semata-mata.
Dan seminar GYB ini untuk semua niche bisnes yang nak belajar ilmu marketing, people dan finance.
Gabungan inilah yang sebenarnya membentuk bisnes itu “Profitable, Scalable dan Sustainable.”
Daftar GYB sekarang dengan klik link dibawah sekarang.
https://growyourbusiness.my
https://growyourbusiness.my