Pusat Rawatan Bekam Nurwaqif JB

Pusat Rawatan Bekam Nurwaqif JB Menjual product2 Sunnah, Berbekam dan Urutan.

Bismillah."Ilmu"Apa bila Sakit di bahagian bahu. ⏩Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme ti...
13/09/2022

Bismillah.
"Ilmu"

Apa bila Sakit di bahagian bahu.
⏩Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

Kebas tangan
⏩Pengaliran darah di bagian atas badan tidak lancar.

Kebas tangan kiri dan lengan :
⏩Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
⏩Jika rasa kebas menjadi sakit di bagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung

Kebas kaki :
⏩ Aliran darah di bagian bawah badan tidak lancar.

Sakit tapak kaki :
⏩Menandakan buah pinggang lemah.
⏩Biasanya disebabkan oleh duduk terlalu lama.

Sakit tumit kaki :
⏩Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

Rasa panas di tapak kaki :
⏩Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah nya sahwat

Gatal di celah-celah jari kaki :
⏩Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk

✿✿TANDA-TANDA DALAM KEPALA. ✿✿
⏩Segala keluhan di bagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

Pening / sakit di bagian depan kepala :
▪️Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat beban mental dan banyak berfikir.

Pening /sakit di bagian belakang kepala
▪️Bagian atas : Menunjukkan penyakit darah tinggi.
▪️Bagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah

Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
▪️Menandakan penyakit migrain.

Bisul terjadi di kepala:
▪️Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. ▪️Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa pening yg pusing
▪️Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

Mulut / kerongkong / lidah / muntah.
▪️Tanda penyakit lelah.
▪️Pembuangan toksik dari bagian perut.

Muntah darah
▪️Darah merah :
Pembuangan yang sudah rusak di bagian kerongkong dan
▪️Darah hitam:
Pembuangan yang sudah rusak di bagian perut

Lidah rasa tegang dan pendek :
▪️Tanda sakit jantung.

Keluar air liur yang pekat :
▪️Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat kuman

Kerap kencing :
▪️Menunjukkan buah pinggang banyak kotoran

Air kencing berkapur :
▪️Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air kencing berminyak :
▪️Menunjukkan buah pinggang mengandung kotoran berlemak.

Air kencing pekat berwarna coklat :
▪️Menandakan proses pembuangan toksin sedang berjalan

Air kencing berdarah :
▪️Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

Cirit -birit / kerap buang air besar :
🌹Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
🌹Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan menandakan penyakit di bagian usus besar.

Sembelit:
🌹Membersihkan toksin dari usus kecil.

Najis berdarah
🌹Darah merah : Masalah penyakit buasir atau darah di bagian usus.
🌹Darah hitam: Masalah penyakit perut.

Najis berwarna hitam :
🌹Menunjukkan proses pembuangan toksin di bagian usus sedang berlaku.

Badan:
🌷Segala sakit badan adalah disebabkan aliran darah.

Sakit menyucuk :
🌷Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal:
🌷Menandakan luka di dalam badan.

Sakit pegel
🌷Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang :
🌷Proses melancarkan pengaliran darah.

Badan terasa berat/ malas/ lelah
🌷Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

Badan terasa panas .
🌷Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan terasa ringan :
🌷Menandakan badan segar

Rasa takut
🌷Lemah fungsi buah pinggang.
🌷Ehem lemah

Cepat naik darah / marah :
🌷Fungsi hati lemah.
🌷Tekanan darah tinggi.

Rasa bimbang dan takut :
🌷Sistem paru-paru yang lemah.

Rasa bimbang tanpa sebab :
🌷Sistem jantung yang lemah.
🌷Sistem saraf otak yang lemah.
🌷Masalah pengaliran darah.

➡️Bekam sesuai rasanya
➡️Tugas tukang bekam 👇
Dari Ibnu Abbas RA, Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) karena ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya."
(Hadits Sohih. Tirmidzi, hasan gharib).

Cnp : FB Umi Nadhiroh

Anda mengalami kegatalan pd kaki.... masalah gout dan bisa2 kaki.... masalah kencing manis.....nak solat pun rasa berat ...
29/06/2022

Anda mengalami kegatalan pd kaki.... masalah gout dan bisa2 kaki.... masalah kencing manis.....nak solat pun rasa berat dan tak selesa.....jom berbekam....

Dalam Sunnah ada kejayaan....pasti dan pasti....

0176089795

08/06/2022

Menariknya bagi yang rajin membaca sampai habis kupasan ringkas dan padat mengenai ‘madu’ di bawah.❤️

MADU ialah makanan yang sangat bernilai yang digunakan sejak zaman purba sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Ia juga digunakan sebagai agen pemanis, pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan. Dalam al-Quran madu disebut secara spesifik sebagai makanan ahli syurga dan di dalamnya mengandungi penyembuh penyakit untuk manusia.

Madu digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia. Menurut Suruhanjaya Alimentarius Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semula jadi dihasilkan lebah madu dari sari bunga atau nektar atau dari rembesan bahagian hidup tumbuhan, atau perkumuhan tumbuhan, dikumpulkan oleh lebah madu dan diubah, serta digabungkan dengan bahan spesifik dalam lebah madu sehingga matang.

Secara umum, madu boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu madu monoflora, dan madu poliflora. Madu monoflora ialah madu yang dihasilkan dari nektar dari sejenis bunga saja. Contoh madu monoflora ialah madu akasia, madu sidr dan madu manuka yang lebah madu hanya mengambil nektar daripada pokok akasia, sidr dan manuka sahaja.

Madu poliflora atau dikenali sebagai madu multiflora ialah madu yang dihasilkan lebah madu yang mengambil nektar dari pelbagai jenis bunga. Jenis madu ini seperti madu tualang dan madu asli.

Sifat fizikal madu seperti warna, aroma, rasa, dan ketumpatan madu serta komposisi kimia sesuatu madu bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah madu, keadaan cuaca dan pemprosesan madu. Namun, hampir semua madu mengandungi flavonoid, asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, enzim serta pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Komposisi utama madu ialah gula, iaitu antara 95 hingga 97 peratus berat kering madu. Gula utama dalam madu ialah daripada fruktosa dan glukosa.

Pertumbuhan bakteria

Madu juga mengandungi antara empat hingga lima peratus fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Kandungan asid amino dalam madu sedikit, iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus dengan asid amino proline ialah asid amino utama dalam madu. Asid amino proline dipercayai sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menjadikan -otot dan sendi tulang bertambah anjal dan tangkas.

Justeru, dalam perubatan tradisional madu digunakan sebagai badan penyembuh luka pada tubuh manusia dan mempunyai sifat melawan keradangan. Vitamin yang terkandung dalam madu termasuk vitamin B, vitamin A, dan vitamin C, manakala mineral yang biasa terkandung dalam madu ialah kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat.

Dalam madu ada pelbagai enzim yang tidak terdapat dalam gula putih. Antara enzim dalam madu ialah enzim oksidase, invertase, amilase dan katalase. Bagaimanapun, enzim utama dalam madu ialah invertase, diastase, dan glukosa oksidase.

Ketiga-tiga enzim ini memainkan peranan penting dalam pembentukan madu secara semula jadi. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Penerbitan saintifik juga membuktikan madu mengandungi pelbagai komponen kimia yang mempunyai bahan antipengoksida semula jadi seperti fenolik, flavonoid dan vitamin C. Bahan antipengoksida sangat penting membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan serta agen antipemerangan dalam pemprosesan buah dan sayur.

Hakikatnya, madu ialah produk semula jadi digunakan sejak dulu untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan, serta antipengoksida semula jadi.

Namun, dalam era moden dan teknologi canggih kini, ada segelintir pengusaha madu mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang mudah membuat madu tiruan dengan mencampurkan gula dan bahan kimia yang terlarang untuk menghasilkan madu seakan-akan sama warna dan rasa seperti madu asli.

Kedua-dua penulis dari Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia.

Dr Nur Huda Faujan dan Prof Madya Dr Zaiton Hassan

March 22, 2018 @ 8:32am

Khasiat madu terbukti menerusi kajian saintifik
KHAMIS, 22 MARCH 2018 @ 8:32 AM Berita Harian.

Perawatan yg paling ampun dalam merawat penyakit....samada penyakit zahir atau batin....Yakin....dalam Sunnah ada kejaya...
31/05/2022

Perawatan yg paling ampun dalam merawat penyakit....samada penyakit zahir atau batin....

Yakin....dalam Sunnah ada kejayaan....

Alhamdulillah..... tarikh afdhal berbekam....boleh set appointment dgn kami...0176089795
10/05/2022

Alhamdulillah..... tarikh afdhal berbekam....boleh set appointment dgn kami...
0176089795

Tarikh afdhal berbekam..... Insyaa Allah....puasa pun boleh berbekam....sihatkan badan disaat pecutan akhir.... supaya l...
18/04/2022

Tarikh afdhal berbekam..... Insyaa Allah....puasa pun boleh berbekam....sihatkan badan disaat pecutan akhir.... supaya lebih banyak ibadah yg dpt kita lakukan....Jom..set appointment dgn kami...

18/04/2022
Semoga kita sentiasa menjaga solat kita....
17/04/2022

Semoga kita sentiasa menjaga solat kita....

Wassup Kami....0176989795
19/02/2022

Wassup Kami....0176989795

Address

Kempas
81300,SKUDAI

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Bekam Nurwaqif JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Bekam Nurwaqif JB:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram