ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas

ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas adalah gabungan kerjasama ATM dan KKM dalam membendung penukaran COVID 19

29/12/2021

Yang bermula pasti akan berakhir. Setelah 216 hari beroperasi memberi perkhidmatan ICU medan kpd penduduk Pulau Pinang terutama di Kepala Batas. Terima kasih semua petugas kesihatan dan semua yg terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pengoperasian ICU medan ATM di Kepala Batas. Semoga usaha kita semua diberkati dan dirahmati Tuhan yg Maha Esa.

MAJLIS APRESIASI ANGGOTA PERTAHANAN AWAMKEPALA BATAS - Seramai 3 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah d...
01/10/2021

MAJLIS APRESIASI ANGGOTA PERTAHANAN AWAM

KEPALA BATAS - Seramai 3 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diraikan dalam satu Majlis Apresiasi di ICU Hospital Medan ATM, Kepala Batas pada 1 Okt 21.

Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai jasa dan sumbangan Anggota APM yang telah menamatkan penugasan mereka di ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas.

Terima kasih diucapkan atas segala keringat dan jasa yang dicurahkan sepanjang penugasan bersama. Selamat maju jaya.

25 Sep 2021 - Lawatan kerja daripada tim pemeriksa aset hospital medan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM ke ICU Hospi...
25/09/2021

25 Sep 2021 - Lawatan kerja daripada tim pemeriksa aset hospital medan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM ke ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas dan Hospital Medan ATM Pulau Pinang yg diketuai oleh Lt Kol (Dr) Nuraini bt M. Yusak

Hari ini genap 120 hari (4 bulan) ICU Medan ATM Kepala Batas beroperasi di perkarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pina...
24/09/2021

Hari ini genap 120 hari (4 bulan) ICU Medan ATM Kepala Batas beroperasi di perkarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang sejak mula beroperasi pada 28 Mei 2021.

Sehingga hari ini, ICU Medan ATM Kepala Batas telah merawat seramai 358 pesakit Covid 19 kategori 4 dan 5.

Terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penubuhan dan pengoperasian ICU Medan ATM Kepala Batas.

PENYERAHAN SUMBANGAN PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) DAN PERALATAN PERUBATAN OLEH ORIENTAL HOLDINGS BERHAD KEPALA BA...
17/09/2021

PENYERAHAN SUMBANGAN PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE) DAN PERALATAN PERUBATAN OLEH ORIENTAL HOLDINGS BERHAD

KEPALA BATAS – Oriental Holdings Berhad telah berbesar hati memberikan sumbangan berbentuk Personal Protective Equipment (PPE) dan Peralatan Perubatan kepada ICU Hospital Medan ATM, Kepala Batas pada 17 Sep 21. Sumbangan telah disampaikan oleh Dato’ Sri Tan Hui Jing, Pengarah Eksekutif Oriental Holding Berhad kepada Brig Jen Khairul Anuar bin Abd Aziz, Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia.

Sumbangan yang diberikan berbentuk Personal Protective Equipment (PPE) dan Peralatan Perubatan seperti Mesin Defibrillator dan Mesin Elektrokardiogram bagi kegunaan Petugas Barisan Hadapan yang terlibat di dalam pengoperasian ICU Hospital Medan ATM. Selain itu, ianya menunjukkan keperihatinan rakyat Malaysia dalam membantu kerajaan di dalam penularan wabak Covid-19.

Disediakan Oleh: Kapt (Dr) Wan Nurul Nazihah binti Wan Nor Alamshah

17/09/2021

Due to increasing COVID-19 cases and critical capacity have reached at Penang General Hospital, Malaysian Armed Forces starts pitching medical tents that can accommodate 100 beds

17/09/2021
16/09/2021
Aturgerak dan persiapan Hospital Medan ATM HPP Hospital Medan ATM HPP bermula 15 September 2021 melibatkan anggota dari ...
16/09/2021

Aturgerak dan persiapan Hospital Medan ATM HPP Hospital Medan ATM HPP bermula 15 September 2021 melibatkan anggota dari Batalion Kedua Perubatan (2 Bn Ubat) dan anggota ATM yang lain.

Pemasangan aset-aset ATM sedang berlangsung di kawasan parkir berhadapan Blok A Hospital Pulau Pinang.

14/09/2021
LAWATAN KE MARKAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA*SG MERAB - Peg Mem 2 Bn Ubat, Lt Kol (Dr) Mohd Zamri bin Derahman te...
10/09/2021

LAWATAN KE MARKAS ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA*

SG MERAB - Peg Mem 2 Bn Ubat, Lt Kol (Dr) Mohd Zamri bin Derahman telah mengadakan lawatan rasmi ke Markas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Sg Merab pada 8 September 2021 sebagai tanda penghargaan kepada APM di atas kerjasama yang diberikan sepanjang pengoperasian ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas.

Selain itu juga, lawatan julung kali yang diadakan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan ukhwah yang baik di antara dua agensi ini.

Lawatan telah disambut oleh YS PPj (PA) Abdul Wahab bin Rahim selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Ibu Pejabat APM . Di sepanjang tempoh lawatan, taklimat dan pendedahan terhadap tugas dan tanggungjawab APM telah diberikan secara informatif.

Lawatan ini selari dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke 28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Malaysia dan Awam.

Disediakan Oleh: Kapt (Dr) Wan Nurul Nazihah binti Wan Nor Alamshah

Address

Kepala Batas, Pulau Pinang
Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU Hospital Medan ATM Kepala Batas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category