14/02/2026
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT PKTAAB USM
Alhamdulillah, pada 10 Februari 2026 (1.00 petang) telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit PKTAAB USM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan CTC PKTAAB.
Majlis ini telah menyaksikan penyerahan sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000.00 yang telah dikreditkan terus ke dalam Tabung Kebajikan Pesakit PKTAAB USM bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Sumbangan telah disampaikan oleh
Pertubuhan Kebajikan Samarata Negeri Perak yang di wakili oleh Puan Alia Najwa Mohamad Said, Agency Growth Manager EFTB
Sumbangan ini adalah hasil inisiatif dan keprihatinan pihak AGG bersama wakil seramai 10 orang yang hadir bagi menjayakan program ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Prof.Madya Dr Noor Khairiah A. Karim, Timbalan Pengarah Klinikal PKTAAB & Dr Mastura Binti Mohd Sopian, Timbalan Pengarah Operasi dan Piawaian PKTAAB
Pada majlis yang sama, turut diadakan sesi ceramah kesedaran bertajuk “Protect Every Phase of Life” yang disampaikan oleh En.Syaiful Ismail, Agency Growth Manager.
Sesi ini memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan pendapatan serta perancangan kewangan khususnya apabila berdepan penyakit kritikal, dari sudut pendidikan dan kesedaran umum kepada warga hospital.
Majlis ini turut diadakan bersempena Program Continuing Medical Education (CME) Diabetes & Ramadhan 2026, anjuran bersama Klinik Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Pakar Perunding & Bahagian Perkhidmatan Kejururawatan PKTAAB
Program CME ini menampilkan Dr Mastura Binti Mohd Sopian, Pakar Perubatan Keluarga PKTAAB dengan tajuk ceramah “From Pills to Pen”.
Pihak PKTAAB USM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AGG atas sumbangan dan komitmen dalam menyokong kebajikan pesakit serta usaha meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan warga kesihatan.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi manfaat bersama.