26/10/2023
Majlis Makan Malam Amal Pink October 2023 turut diserikan dengan ucapan YBrs. Dr. Mohd Ikhmal bin Fadzil, wakil Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Beliau berkata pada masa ini, tiada pusat rawatan paliatif di Utara Semenanjung Malaysia yang khusus untuk menampung keperluan pesakit kanser. Oleh yang demikian, inisiatif yang diambil oleh PPUSMB dan USM untuk membina Bangunan Paliatif Kepala Batas ini adalah satu usaha murni dalam menyediakan khidmat komuniti yang selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) negara iaitu dalam SDG 3 Good Health wajar mendapat sokongan padu daripada seluruh masyarakat Malaysia.
Dengan adanya pusat paliatif ini, ianya memberi peluang kepada penjaga yang keletihan fizikal dan psikologi untuk berehat sebentar dengan perkhidmatan respite care. Malah, bangunan ini akan turut menyediakan penjagaan hospis dan persekitaran yang kondusif untuk pesakit dan keluarga pada hari-hari terakhir kehidupan pesakit. Adalah dijangkakan pusat ini akan menjadi platform untuk menyatukan penyedia penjagaan paliatif dari seluruh Pulau Pinang untuk latihan kakitangan, latihan penjaga dan aktiviti sukarelawan.
Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Kepala Batas IPPT Breast Cancer Networksv
BERTAM RESORT PENANG, October 21 2023 - Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dan Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) berganding bahu anjurkan Majlis Makan Malam Amal sempena kemuncak sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara (Pink October) 2023.Majlis Makan Malam Amal ini diadakan ...