Klinik Keluarga Koskam - HQ

Klinik Keluarga Koskam - HQ Klinik Keluarga Taman Koskam, Taman Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang

"Doktor, nak antibiotik boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah."Pernah tak anda rasa geram bila doktor tak nak...
11/04/2026

"Doktor, nak antibiotik boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah."

Pernah tak anda rasa geram bila doktor tak nak bagi antibiotik lepas anda mengadu demam, batuk, dan selesema? Rasa macam doktor tu kedekut ubat atau tak nak rawat betul-betul, kan?

Sebenarnya, doktor bukan kedekut. Doktor sedang selamatkan nyawa anda pada masa depan.

Ini fakta perubatan yang ramai selalu keliru:
Antibiotik HANYA bunuh bakteria. Ia SIFAR fungsi ke atas virus.

Ada dua jenis jangkitan yang buat kita demam:

1. Demam Virus (Viral Infection)
• Contoh: Selesema biasa, batuk biasa, sakit tekak biasa, demam denggi, influenza.
• Rawatan: Tak perlukan antibiotik langsung! Ubat paracetamol, rehat yang cukup, dan minum banyak air. Badan anda ada antibodi sendiri untuk hapuskan virus ini dalam masa beberapa hari.

2. Jangkitan Bakteria (Bacterial Infection)
• Contoh: Tonsil bernanah teruk, kencing kotor (UTI), paru-paru berjangkit (pneumonia).
• Rawatan: Di sinilah antibiotik diperlukan.

Apa jadi kalau demam virus biasa pun anda paksa telan antibiotik?

Bakteria dalam badan anda akan mula 'belajar' dan jadi kebal (Superbug). Bila kuman dah kebal, sampai satu masa anda betul-betul kena jangkitan bakteria yang teruk, antibiotik paling kuat pun dah tak mampu nak selamatkan anda. Ini yang dipanggil Kerintangan Antibiotik (AMR), dan ia sedang membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia.

Jadi, kalau doktor periksa dan kata, "Ini demam virus biasa, tak perlu antibiotik ya.."

Ucapkan terima kasih. Bermakna badan anda masih kuat dan tak perlu bergantung pada ubat 'keras'.

Bantu kami kongsikan ilmu ini. Jom hapuskan mitos "demam sikit wajib telan antibiotik".



SUMBER: Public Health Malaysia

11/04/2026

Klinik Keluarga Koskam - HQ buka seperti biasa 9.00am - 10.00pm hari ini Sabtu 11/4/2026

Assalamualaikum Klinik kami beroperasi setiap hari dan terbuka untuk semua. Kami juga menyediakan perkhidmatan:1.pemerik...
27/03/2026

Assalamualaikum Klinik kami beroperasi setiap hari dan terbuka untuk semua. Kami juga menyediakan perkhidmatan:

1.pemeriksaan kesihatan dewasa dan kanak-kanak
2.ujian darah/urine
3.nebulizer
4.vaksinasi haji/umrah
5.ultrasound bagi ibu mengandung
6.ultrasound batukarang,hempedu,hati,cyst,fibroid
7.sunat lelaki/bayi perempuan
8.ecg
9.pembedahan kecil/dressing luka
10.konsultasi kesuburan /ikhtiar hamil
Dan bnyak lagi.....

Waktu operasi
9 am- 10pm
Jumaat rehat :12pm -3pm

27/03/2026

Assalamualaikum klinik dah buka yaa seperti biasa

Assalamualaikum semua..Klinik tutup 20hb -24hb sempena menyambut hari raya aidil fitri..yang mana balik kampung halaman ...
19/03/2026

Assalamualaikum semua..Klinik tutup 20hb -24hb sempena menyambut hari raya aidil fitri..
yang mana balik kampung halaman semoga selamat sampai ke destinasi ..pandulah dengn berhemah demi keluarga tersayang..klinik keluarga koskam mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin kepada semua umat islam ..


raya aidil fitri

Anda sedang mengalami gejala-gejala kritikal  AAA / Triple A / Abdominal Aortic Aneurysm pecah?Jom datang berjumpa denga...
17/03/2026

Anda sedang mengalami gejala-gejala kritikal AAA / Triple A / Abdominal Aortic Aneurysm pecah?

Jom datang berjumpa dengan doktor kami di Klinik Keluarga Koskam - HQ untuk pemeriksaan

Masalah prostat seperti lemah aliran kencing, kencing tidak lawas, sukar sewaktu mula kencing, menitis air kencing di ak...
14/03/2026

Masalah prostat seperti lemah aliran kencing, kencing tidak lawas, sukar sewaktu mula kencing, menitis air kencing di akhir-akhir kencing, kerap ke tandas waktu malam dan hilang libido kemungkinan besar tanda-tanda awal pembesaran atau jangkitan prostat.

Dengan ultrasound scan, doktor boleh kesan keadaan prostat anda atau suami anda dengan cepat & selamat.

Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk. Lakukan pemeriksaan awal segera.


**aupinang

Top 5 minuman “potong kaki” 2026.Bunyi kasar.Tapi kadang kadang, orang memang perlukan ayat yang terus masuk.Sebab ramai...
12/03/2026

Top 5 minuman “potong kaki” 2026.

Bunyi kasar.
Tapi kadang kadang, orang memang perlukan ayat yang terus masuk.

Sebab ramai masih sangka,
“Ala, saya bukan makan sangat pun.”
Padahal yang senyap senyap menolak gula naik setiap hari ialah apa yang kita minum.

Yang potong kaki bukan satu cawan.
Bukan satu hari.
Bukan satu jenama.

Yang bawa orang ke sana ialah gula yang lama tak terkawal.
Luka yang lambat sembuh.
Saraf yang rosak.
Aliran darah yang makin teruk.
Dan semuanya bermula dengan tabiat kecil yang dibuat hari demi hari.

Jadi, ini 5 minuman yang paling kerap sabotaj rakyat tanpa mereka sedar.

1. Bubble tea dan air boba
Nampak macam “reward” kecil.
Tapi sekali masuk pearl, cream, brown sugar, topping, dia bukan lagi minuman.
Dia dah jadi pencuci mulut dalam cawan.

2. Air gas dan soda manis
Ini antara minuman paling licin masuk.
Tak kenyang.
Tak bagi puas.
Tapi gula dia laju masuk dalam badan.
Minum satu, lepas itu rasa macam biasa sahaja.
Itulah perangkap dia.

3. Kopi dan teh viral yang terlalu manis
Ramai rasa selamat sebab ada nama kopi atau teh.
Tapi bila dah masuk syrup, whipped cream, susu pekat, susu manis, drizzle, foam, itu bukan lagi sekadar kopi.
Itu gula berpakaian cantik.

4. Jus, kordial, dan minuman buah proses
Ramai tertipu dengan perkataan “buah”.
Padahal banyak yang ini cuma air manis dengan rasa buah.
Bila serat dah tiada dan gula tambahan p**a tinggi, badan tetap terima beban yang sama.

5. Minuman tenaga dan minuman sukan
Yang ini ramai orang sihat pun minum macam air biasa.
Konon nak bagi segar.
Konon nak bagi boost.
Padahal kalau anda bukan atlet yang betul betul perlukan, ramai sebenarnya cuma sedang minum gula dalam botol yang nampak aktif.

Masalah besar bukan sebab anda minum sekali sekala.

Masalahnya bila minuman manis jadi rutin.
Pagi kopi manis.
Tengah hari air berperisa.
Petang boba.
Malam soda.

Akhirnya kita hairan kenapa gula susah turun.
Kenapa berat makin naik.
Kenapa luka lambat baik.
Kenapa kaki mula kebas.
Kenapa bacaan makin lama makin tak cantik.

Kadang kadang, musuh itu bukan nasi yang anda takutkan sangat.
Tapi apa yang anda sedut perlahan lahan setiap hari.

Kalau anda serius nak jaga gula, mula tengok gelas dulu.
Sebab ramai orang gagal bukan di pinggan.
Ramai gagal di minuman.



SUMBER: Public Health Malaysia

Assalamualaikum kepada semua pemegang PANEL MARA boleh walkin ke klinik keluarga koskam untuk dapatkan rawatan..
04/03/2026

Assalamualaikum kepada semua pemegang PANEL MARA boleh walkin ke klinik keluarga koskam untuk dapatkan rawatan..


Anda atau isteri anda sedang mengandung. Anda risau akan janin dan bayi anda? Dalam keluarga sebelah suami / sebelah and...
03/03/2026

Anda atau isteri anda sedang mengandung. Anda risau akan janin dan bayi anda? Dalam keluarga sebelah suami / sebelah anda ada ahli keluarga yang mengidap Sindrom Down?

NT Scan boleh dilakukan untuk saringan penyakit genetik pada janin yang masih dalam kandungan







**aupinang





Address

No. 1727, Lorong Pokok Sena 1, Taman Pokok Sena
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 12:00
15:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+60125742622

Website

https://beacons.ai/klinikkeluargakoskam, https://linktr.ee/klinikkeluargahq?utm

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Keluarga Koskam - HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Keluarga Koskam - HQ:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category