29/03/2026
โDoktor, saya jumpa anak kucing. Saya tak mampu jaga, tapi nak buang memang tak sampai hati.โ
Ayat ni, jujur, antara yang selalu kami dengar.
Ada mommy jumpa dalam kotak.
Ada yang jumpa dalam longkang.
Ada yang terbiar depan pasar malam.
Ada yang sakit, berhingus, kurus tinggal tulang, sekadar hidup atas belas ihsan sesiapa yang lalu.
Dan selalunya, cerita ni bukan lah berhenti di situ.
Bulan ni empat ekor.
Bulan depan ada lagi lima.
Setahun boleh jadi berpuluh.
Semua ini sebenarnya dapat kita bendung andai populasi kucing kita lebih terkawal.
___
Kucing membiak laju bukan sebab nak susahkan kita
Mereka membiak sebab itulah fitrah. Tapi bila hidup dalam komuniti manusia, kadar pembiakan yang sangat cepat tu jadi boleh menjurus kepada kesan seperti:
โข anak kucing terbiar, kebuluran, jatuh sakit
โข penyebaran penyakit macam flu, FPV, FeLV
โข pergaduhan, kecederaan, territorial stress
โข shelters overload
โข komuniti pun mula rasa โkucing banyak sangatโ
Dan akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Kucing tu sendiri.๐ฟ๐ฟ
Bayangkan kalau setiap dari kita mandulkan 1 ekor kucing.
Generasi anak-anak yang tak sempat lahir untuk menderita, boleh dihentikan.
Seekor ibu kucing tak perlu lagi beranak tanpa henti.
Seekor anak kucing tak perlu menunggu diselamatkan.
Satu tindakan kecil, namun impaknya besar untuk dunia kecil mereka
Bila kita mandulkan kucing;
โจ populasi terkawal
โจ kurang risiko penyakit reproduktif
โจ kucing lebih sihat & tenang
โจ komuniti pun lebih harmoni
โจ kurang kes anak kucing dibuang
โจ kurang kucing mati sia-sia
_____
Sempena raya tahun ni, Tuahvet bawakan kepada Cat Parents
Potong Raya kini kembali. Mandulkan si bulus anda sekarang dengan penjimatan sehingga 20% ๐ธ
Ini masa terbaik untuk elak masalah beranak tak terkawal, kucing bergaduh & risiko penyakit โ ๏ธ
๐ Tempoh tempahan: 26 Mac โ 3 April 2026
๐ Hari pemandulan: 4 & 5 April 2026 SAHAJA
โก๏ธ Siapa cepat dia dapat slot!