Ekspo Produk Bumiputera

Ekspo Produk Bumiputera Barangan pengeluar Muslim.

07/08/2023

Kita boleh mengucapkan istighfar seringkas Astagfigrullah hal Azim. Manakala lafaz istighfar yang lebih sempurna adalah Astagfirullah al-'Aziim, al-lazi la i...

C&P:Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANF...
23/01/2023

C&P:
Namanya RUMPUT SAMBAU @ RUMPUT DEGIL @ RUMPUT LIAT @ RUMPUT KUCING ..biasa di kampung2...

DEGIL-DEGIL PUN BANYAK MANFAATNYA TAU...

Sebab apa?

Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat-sahabat semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang, nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang..

Jom ambil tahu semua khasiatnya.

👉 AKAR direbus tiada sukatan, ikut selera masing-masing.

- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah.

- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum.

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masalah pasal hati..

- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dah berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.

👉 DAUN.
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin keracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup.

- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..

👉 Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..

- Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap-kejap masuk tandas, kejap-kejap rasa air kencing terkeluar, boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.

- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah-merah ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah.

- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tunggu kan? Boleh amalkannya.

- Bagi yang ada masalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang? Bukan air pasang tau.

- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sediakan dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..

- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut. Insyaallah..

- Penyakit hati bengkak atau apa-apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.

Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan.

Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga tersebar ., Insyaallah
Wallahualam..

POKOK KADUK MELAWASKAN KENCING Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.MERAWAT DEMAM MALARIARebus daun kaduk dan di...
08/11/2022

POKOK KADUK

MELAWASKAN KENCING
Rebus daun kaduk bersama akarnya dan diminum.

MERAWAT DEMAM MALARIA
Rebus daun kaduk dan diminum air rebusannya.

MELEGAKAN SELSEMA,SAKIT PINGGANG,SAKIT GIGI,SENGAL TULANG,SEMBELIT
Minum air rebusan daun kaduk dan akarnya. Langkah-langkah merawat ketiga-tiga diatas:
Ambil satu dahan pokok kaduk termasuk akarnya.
Bersihkan keseluruhan pokok tersebut.
Rebus kesemua sehingga mendidih.

Biarkan air rebusan tadi menjadi suam.
Air rebusan diminum perlahan-lahan

CACING DALAM PERUT
Mandi dengan air ramasan daun kaduk.
Ambil beberapa helai daun kaduk segar.
Ramas-ramaskan daun tersebut.
Kemudian, campurkan kesemua daun ramasan kedalam sebaldi air. Akhir sekali, siramkan air tersebut keseluruh badan.

MELEGAKAN BATUK
Sapu bahagian leher dengan daun yang dikisar halus bersama sedikit air. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.
Kisar daun hingga halus dengan mencampur sedikit air.
Akhir sekali, sapukan pada bahagian leher.

PANAU
Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
Ambil beberapa helai daun kaduk.
Tumbuk sampai lumat.
Kemudian, sapukan pada kawasan tubuh badan yang berpanau.

UNTUK RAWATAN SAKIT GIGI & GUSI
Anda boleh cuba kunyah daun kaduk bersama halia, berupaya mengurangkan sakit tersebut.

KULAT
Jangkitan kulat di kaki. Ambil air rebusan akar dan daun kaduk dan rendamkan kaki.

PENGHADAMAN
Ambil air rebusan daun kaduk dan minum.
Juga boleh makan daun kaduk bersama nasi kerana daun kaduk berupaya membantu proses penghadaman di samping dapat mengatasi masalah angin dalam perut.

BATUK KAHAK
Minum rebusan daun kaduk. Ia berupaya merawat batuk dan kahak, melancarkan proses penghadaman dan menghilangkan senak perut.

Masih Islam kah Cindian ini setelah berkahwin Kali ke2 dgn wanita filipina
03/10/2022

Masih Islam kah Cindian ini setelah berkahwin Kali ke2 dgn wanita filipina

24/09/2022

Thailand police found this in a container vehicle. Dead bodies of children. Their organs where found removed. They are all kidnapped and brought to Thailand from different countries, police says.
Take care of your children and share this message to your contacts. :'(

Petua Merawat Sakit Buah Pinggang(Tip dan Rawatan Tradisional)Petua atau tip ni saya [admin sendiri] ambil dari sepupu y...
24/09/2022

Petua Merawat Sakit Buah Pinggang

(Tip dan Rawatan Tradisional)

Petua atau tip ni saya [admin sendiri] ambil dari sepupu yang tinggal di Muar, Johor. Dia mengalamai komplikasi ni semasa umur awal 20 tahun kalau tak silap saya, lebih kurang 10 tahun dulu. Dia boleh dikatakan di tahap kritikal terpaksa kena buat pembedahan untuk buang buah pinggang. Tempoh lagi 2 minggu untuk buat operation di hospital.

Tombong Kelapa

Datuknya [kini arwah] bagi tombong kelapa [bila belah buah kelapa tua ada anak biji di dalamnya] dan minum air perahannya. Pesan datuknya amalkan sehingga 2 minggu setiap pagi. Sepupu saya amalkan selama 2 minggu sebelum operation. Tiap-tiap pagi dia minum air tombong kelapa dan makan 2-3 biji tombong kelapa sekali [bukan isi kelapa - jangan tersilap].

Sampai masa untuk tarikh operation, doktor sahkan penyakit buah pinggang tidak ada lagi selepas buat pemeriksaan. So, insyaAllah jika pembaca/blogger atau bagi tau kawan-kawan suruh amalkan tip ni. Tapi make sure sebelum buat pembedahan.
Alhamdulillah sepupu saya masih sihat sehingga sekarang.

Sebenarnya tip ni orang-orang dulu-dulu amalkan.

Cara-Cara Rawatan Dengan Air Tombong Kelapa

1. Ambil tombong atau dalam bahasa Jawa dipanggil 'Kentos Kelapa' tidak kira berapa biji setiap pagi. 2 atau 4 biji tombong kelapa sudah cukup.

2. Perah airnya dan minum dan dimakan tombong macam biasa pun boleh.

3. Saiz tombong tidak kisah besar atau kecil, tapi seboleh-bolehnya yang ada air di dalamnya.

4. Jika orang Islam, baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum minum airnya atau makan.

5. Amalkan sehingga 7 -14 hari. Mudah-mudahan sembuh. InsyaAllah. [Pastikan amal setiap pagi].

Kongsikan agar bermanfaat bersama

30/08/2022

Jaga kereta. Jaga kita

Dr. Rafidah p**a jadi mangsa cyber criminals?Nak tau Dr. tu pakai phone Android ke iPhone? Sebab android ni lebih bahaya...
20/08/2022

Dr. Rafidah p**a jadi mangsa cyber criminals?

Nak tau Dr. tu pakai phone Android ke iPhone?

Sebab android ni lebih bahaya untuk orang yang kurang arif bab phone ni.

Mudah saja si jahat tipu suruh install .apk mereka yang jadi malware untuk bagi fake login page ke bank anda, ataupun nama phishing site.

Bahayanya malware ni kalau dah dapat full permission, dengan segala contacts dan data-data penting ia boleh access.

Itu yang bank CIMB pun dia boleh gerakkan duit tanpa perlu TAC, sebab kalau phone dah enable secure TAC yang hanya perlukan permission daripada apps tu sendiri, masak.

Lepas tu, boleh jadi juga si jahat ni akan pindahkan duit tu ke apps lain, atau telco bills account keldai mereka.

Akhir kata, kalau nak selamat, saya memang sentiasa sarankan orang tersayang guna iPhone.

Macam baru ni ada juga kes orang nak beli online TV ke apa, dia terima .apk kat whatsapp dari scammer, tapi dia guna iPhone, tak boleh la bukak apps malware tu.

Tapi kesian, nak jadi cerita, dia forward apps tu ke phone ANDROID si suami.

Apps tu malware yang terus straight ke fake login page maybank.

Account makcik tu dan account pakcik tu maybank kena sebat sampai belas ribu.

Hati-hati lah warga Malaysia ku.

26/05/2022

Akhir zaman cantik muda sehat satu kegilaan. Ibu serupa che ta. Anak p**a instafamous. Ini jadi nya

18/05/2022

Dari idea sunan kalijaga

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hut...
13/05/2022

Kalau masa kanak- kanak dulu pokok inilah yang selalu akan di cari bila ikut ayah atau emak bila mencari kayu api di hutan, kerana pada waktu itu mana ada dapur gas dan boleh dikatakan semua orang kampung menggunakan dapur kayu untuk memasak.

Pokok yang saya maksudkan ini ialah pokok lemba, pokoknya seakan pokok sawit yang baru membesar dan banyak tumbuh meliar didalam hutan. Saya gemar mencari pokok ini ialah kerana buahnya sangat manis bila di makan buah yang telah masak.

Bila saya membesar barulah tahu pokok ini sebenarnya pokok ini banyak khasiatnya yang amat berguna kepada manusia kerana pada satu hari seorang lelaki yang terkena santau sehingga kulit wajahnya menjadi lebam kebiruan datang bertemu dengan ayah saya, lalu ayah menyeruh saya mencari pokok lemba katanya racun santau itu boleh di tawarkan dengan menggunakan akar dari pokok itu bila di rebus akarnya lalu di beri minum kepada orang yang terkena santau. Tampa membuang masa saya terus mencari pokok itu untuk merawat pesakit yang terkena santau itu.

Alhamdulillah selang beberapa hari lelaki itu datang bertemu dengan ayah dan mukanya tidak lagi menjadi lebam kebiruan serta darah tidak lagi keluar bila lelaki itu batuk dan waktu itu baru ayah bercerita pokok lemba sebenarnya di makan oleh binatang yang bernama Jebon bila selesai bertarung dengan ular tedung, kerana untuk menawarkan racun ular yang mematuknya.

Selain dari itu daun lemba juga boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk air mandian wanita selepas bersalin dan bayi bagi menghilangkan bau badan. Daunnya juga dijadikan campuran minyak urut untuk wanita selepas bersalin untuk disapu di kening dan perut. biasanya dimakan bersama pinang untuk merawat masalah pencernaan, gastrik atau dijadikan campuran ubat jamu. Akar pokok muda digunakan untuk merawat luka dalaman dengan cara merebusnya dengan air lalu diminum.

Manakala akar dan daun yang ditumbuk kemudian di balut pada tempat p**a sendi dan otot untuk merawat masalah sengal-sengal tulang.

Lemba juga mempunyai khasiat untuk menyembuhkan sakit kepala dan penyakit ulser mulut dengan memakan buahnya yang telah masak.

Sumber: Ustaz Rosdi Hasan

Address

Kepong

Telephone

+60123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ekspo Produk Bumiputera posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram